Sunday, June 9, 2013

Terima kasih ustaz..

Alhamdulillah, selesai dan sampai sudah hajat Si Cinonet dan Haazem. Dua orang ustaz budak-budak ni dah nak balik Tanah Malaya for good. Tamat sudah tempoh pengajian mereka di sini. Kelak masing-masing akan menyambung pengajian di Tanah Seberang pulak. Semoga Allah memperkenan hajat dan doa mereka.

Dah jadi macam tu, anak-anak mintak Ibu jemputkan dua orang ustaz tu ke rumah untuk sesi sembang-sembang sambil makan-makan. Mujur jugak semua ustaz tu tak ada program lain, otherwise.. payah gak Ibu memikir nak slot-in ke hari lain sebab dia orang masih ada kelas di sini.



Muka orang yang teruja nak jumpa ustaz. Dengan kopiah and jubah. Beriya kunun nak ambik gambar dengan ustaz. At last.. "Arif malu laa..".


Arif tengah tunjuk skill. Baca doa makan jer. At least dia berani la jugak baca in public. Tu hari masa kat majlis penutup KAFA dia baca doa selepas makan. Kira balance la kan kan.


Sudi-sudi kan la yaa.
Yang terkurang.. terlebih.. harap maklum saja la ya.


Ini memang kes biasa. Kut tak gadget Uncle Bob.. reta Uncle Yus yang jadi mangsa. Memang selamber jer budak kecik sorang ni. Mujur la uncle yang berdua tu suka melayan.



 


Nak tayang-tayang menu kami malam tadi. Lauk ulang tayang yang entah ke berapa kali. As well as, Ibu dah nak tutup kedai hujung minggu depan. So mana-mana yang patut "disegerakan".. kita percepatkan.

Maklum saja bila Cik Asben saja yang tinggal di rumah, so menu wise pun jadi makin simple. Faham-faham sahajalah.. orang separa bujang.

P/s;
Next plan..

10 comments:

  1. Salam K.sham
    comel betu siconenet tuh ngan jubah ngan kopiahnya..siap buat lawak lagi yer..nampak cam semua ornag tengah gelakkannya..hehe

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Ummu,
    Ntah apa lawak yg dia buat.. mmg gamat la kejap.

    P/s;
    Mmg dia mintak nak pakai mcm tu.. nak ikut Ustaz Hafiz..

    ReplyDelete
  3. Bagus lah bebudak tu ada icon yang depa nak contohi. Sejuk hati sejuk mata menengok budak semuda itu sudah memahami sesuatu yang baik. Alhamdulillah.

    Oh ya.. Daging Salai Gulai tu masak dengan sayur apa tu?

    ReplyDelete
  4. Azie,
    Daging salai tu Sham masak dengan pucuk ubi.

    ReplyDelete
  5. salam kak sham
    whoaaa masak lemak daging salai tu..ak resipi!

    ReplyDelete
  6. Insya'Allah..
    Nnt K.Sham email.

    ReplyDelete
  7. hensemnya ustaz tu..nak isi borang jd bakal mak mentua boleh?hihi

    ReplyDelete
  8. Irfa,
    Boleh jer..
    Anak dara Irfa pun kiuttttt sangat..

    ReplyDelete