Monday, June 3, 2013

The Bachok in me..

Dah berkahwin dengan Cik Asben for 14 years (and still counting). But, believed me.. sampai ke la ni Ibu masih tak pandai nak kecek Kelate. Sikit-sikit tu.. boleh laa. The same thing dengan Cik Asben yang tak ghoti langsung nak spekang neghori. Tapi that doesn't mean kami tak faham dengan bahasa ibunda "masing-masing". But still in some cases.. orang tengah masih diperlukan.

Terutama apabila kami menziarah the elders yang lebih OTAI. Dan apabila loghat yang digunakan jauh lebih power dari skala biasa.

Tapi in term of bab makan, we tend to tolerate. Seperti Ibu yang boleh menerima extra "manis" in my meal, the same goes to Cik Asben yang lidahnya selamber saja bila mengunyah cili.


Anak-anak pulak, 50-50. Ada yang makan roti canai dengan gula.. same with ada yang asyik mencari kuah gulai atau masak lemak cili api. Ada yang tak makan sayur and ada jugak yang mengganti budu menjadi kuah banjir.

As for me, tipulah kalau Ibu ni pandai semua. Tapi bab yang satu ni memang Ibu pandai. Walaupun setakat campak-campak.. hasilnya tetap tak pernah berbaki. May it be daging, sotong, udang or ayam.. goreng kunyit tetap menjadi pujaan hati seisi keluarga. And since hari ni, cuma ini yang Ibu jumpa dalam fridge.. maka ini jugak la yang Ibu masak.

P/s;
Suka makan banyak.. tak suka makan sikit.
Tapi makan tetap makan.

11 comments:

  1. saya oghe Bachok tapi saya suka makanan semua negeri..masakan oghang nogoghi lg y suka sebab pedas bedesing:)

    ReplyDelete
  2. Salam k.sham..
    kalau ade bhs lain yg boleh menghubungkan mmg jwbnya bhs bonda ko, bonda ku tak penting dah kan..heheh..
    betul tuh k.sham..sapa yg tolak goreng kunyit tuh bak mai sini..heheh

    ReplyDelete
  3. saya orang kelantan tapi saya tak suka makan manis kecuali kalau menda tu memang dessert... la ni makan nasi mesti nak pedas, kalau tak pedas tak best.... tapi tak penah pulak jadikan budu sebagai kuah... :)

    ReplyDelete
  4. Orang selalu kata, N9 dan Kelantan is sooo contrast. Perkahwinan antara 2 warga nie mesti susah nak sesuaikan diri. Tapi yang sebenarnya, it's not the state, it's just the person itself kan kak... Kalau kawen sama negeri, sama selera tapi sikap masing2 susah nak tolerate each other pun, susah juga jadinya.

    For me, untungnya kalau perkahwinan daripada budaya yang berbeza. We expand our knowledge sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Zaila,
    Arif yg kecik tu pun.. sesuap nasi seteguk air.. tapi nak yg pedas jugas.
    Tapi ikut lauk yg dia berkenan la.


    Alaikumsalam Ummu,
    Itu sebab kalau balik sini, serbuk kunyit mmg kena bawak extra.
    Masing2 mmg tak menolak kalau lauk yg satu ni.

    ReplyDelete
  6. NP,
    Sham setakat sotong yg isi pulut tu ke (lupa lak nama), gulai yg Ma masak.. tu okey lagi.
    Tapi kalau dessert, mmg Sham tarik diri. Manisssss sgt.

    P/s;
    Amsyar yg suka buat "budu" jadi kuah banjir.

    ReplyDelete
  7. Azie,
    Sangat setuju.
    Its all in our head.
    Kita yg buat ruling.
    Dulu K.Sham experienced the same thing.
    Masalah "adat perpatih" & "adat temenggung".
    Alhamdulillah.. lepas byk kali explain the actual principal on adat perpatih, keluarga in law mulai faham.

    ReplyDelete
  8. oo pak incik kak syam bachok mari kaa? hehe...saya kat pasir yang berwarna emas...

    ReplyDelete
  9. Ha'a la LW,
    Kg Masjid Repek, Chabang 3 Melawi..
    Ada rezeki kita jumpa raya nak..
    Akak raya sana tahun ni..

    ReplyDelete
  10. nak jumpa jugakla
    itupun kalau balik raya klate ;)

    ReplyDelete
  11. Insya'Allah..
    Mmg balik sana tahun ni.
    Kami sampai seminggu sebelum raya.
    Byk kedai makan nak kena khatam ni.

    P/s;
    Tapi sayang.. kedai nasi ulam cikgu tak sempat nak rasa.
    Bulan posa siang x bukak kan.

    ReplyDelete