Sunday, July 7, 2013

Kepada Mu kami datang..

Terasa seperti pulang ke rumah..

Unlike tahun-tahun yang lepas, tahun ini MAS dibenarkan mendarat di lapangan terbang Madinah terus dari Kuala Lumpur. Penerbangan yang ditempah khas untuk jemaah dari KRS Travel Sdn Bhd mengumpulkan jemaah-jemaah dari Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sesampai kami di Madinah, perjalanan diteruskan dengan menaiki bas untuk sampai ke hotel. Perjalanan yang mengambil masa dalam 15-20 minit sangat mengujakan bagi jemaah yang pertama kali sampai ke tanah gersang ini. Tambah pulak dengan deretan pokok kurma yang sedang lebat berbuah di kiri kanan jalan, sepertinya melihat pokok buah rambutan sedang masak ranum jika di Malaysia.


Tipulah kalau Ibu kata Ibu tidak rindukan pemandangan yang biasa seperti pokok kurma, rumah batu berdinding pucat, debu pasir dan batu-batu di tepi jalan raya. Dalam keadaan panas terik yang mencecah hingga 45’C, sebenarnya dalam hati ini seperti ada perasaan gembira walaupun terpaksa berpisah dengan hero-hero Ibu yang berada di Tanah Malaya.

Untuk hari pertama, para jemaah diberikan kelonggaran bagi melakukan aktiviti sendiri. Insya’Allah.. untuk hari kedua dan seterusnya sudah ada rancangan yang disusun oleh pihak yang terlibat.


Ada rezeki kita sambung lagi ya..






7 comments:

  1. as salam Syam
    akak pun rindukan suasana itu semoga ALLAH makbulkan permintaan hamba nya ini utk kesana lagi dan lagi

    ReplyDelete
  2. salam,

    selama nih i silent reader jer :)

    i pernah menggunakan khidmat KRS tahun lepas for umrah :)

    tengok gambar dalam masjid nabawi tuh hati nih rasa sayu jer.

    entah bila lagi datang peluang ke sana.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... betapa besar nikmat yang dilalui.

    ReplyDelete
  4. Assalam k.sham..
    alhamdulilla dah menjejaki kat bumi suci..bilanya ygk.sham pegi tuh?

    ReplyDelete
  5. Wahai berkongsi rindu lah pula orang di sini ... Selamat beribadah Sham ... dan selamat berpuasa Ramadhan Mubarak ... assalamulaikum wbt :)

    ReplyDelete
  6. oh akak balik mesia dan ke umrah ke?
    selamat menunaikan umrah ye

    ReplyDelete