Sunday, September 22, 2013

AYAH.. crying my heart out..

Ibu tak pernah share cerita ni dengan sesiapa. Tapi hari ni Ibu terbukak hati nak kongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca. Bukan mintak simpati jauh sekali mintak dikasihani. Sekadar untuk berkongsi cerita "the special bond between me and my dad".

Ibu anak perempuan sulong dalam keluarga. Semuanya memang jatuh pada bahu Ibu untuk memikul. Mujur Ibu ni dari kecik memang AYAH yang membela, Omak sey waktu tu kerja di Kuala Lumpur. Cuma jumpa seminggu sekali. So, memang kasih sayang dan manja Ibu hanya tumpah pada Ayah sahaja.

Disebabkan Ayah yang membela, so memang banyak ikut peil ayah la. Ibu jadi seorang yang self-supporting. Semua kalau boleh Ibu nak buat sendiri. Sampaikan dulu nak tukar mentol kat rumah pun Ibu yang panjat tangga. Itu belum lagi lain-lain yang Ibu copy paste dari Ayah. Macam yang pernah seorang cikgu sekolah ni kata (dah arwah pun).. "seeing you is like seeing your father.. only that you're a girl and he's a man".

So sejak dari kecik, Ibu memang keras, Ibu memang tegas, Ibu memang garang.. and garang ni sampai ke hari ni pulak. Especially, dengan anak-anak Ibu. Anak-anak sedara pun ada masa kena jugak tempias. Ibu memang tak suka budak-budak lembik ni. Ibu cukup FAIL dengan budak-budak yang cepat cengeng.. cepat merajuk or cepat menangis. RIMAS. And so pada anak-anak lelaki Ibu, Ibu katakan.. "Boys don't cry.."  zalim kan..

Nangis-nangis ni was indeed never in my life vocabulary.

Selama ni pun sejak dari zaman sekolah sampailah Ibu dah bekerja, Ibu duduk sebumbung dengan keluarga. Ayah memang kawal ketat anak dara dia yang sorang ni. Knowing that Ibu ni jenis yang macam mana.. ayah lagi dok perhati 24/7. 

Our bond was special. Omak pun ada masa tumpang jeless. Adik apatah lagi. Dulu pernah jugak adik perli.. "Along kalau dah sembang ngan Ayah.. orang lain jangan try nak mencelah la". So, as simple as that.. faham-faham je la kan.

But then come to think about it.. baru Ibu perasan..

Masa Ibu first masuk asrama.. bukan Omak yang nangis.. tapi Ayah. Dia cukup risau kalau Ibu kena buli, makan tak sedap, susah hati, duit tak cukup.. macam-macam yang dia fikirkan. Ini semua Omak sey yang cerita. And selalunya, kalaupun Omak dah cukup bagi duit belanja.. Ayah akan panggil Ibu sorok-sorok dari Omak and bagi extra pocket money. Kami bukan orang senang. So bila dia dah sampai ke tahap bagi duit sorok-sorok tu.. maknanya.. its from his own saving.. yang Omak sey tak penah tahu. Semua ni baru je Ibu tahu bila balik cuti summer ni.

Pernah sekali Ibu balik dari asrama, hari hujan lebat. Ibu balik time tu tak bagi tau ke Ayah or Omak. At last, Ibu tersadai kat luar rumah for few hours. Sekali bila Ayah nampak Ibu kat luar rumah, terus dia keluar dengan tak ada payung.. tak ada apa nak menutup lencun Ibu. Masuk je rumah, dia la yang lap badan Ibu, keringkan rambut Ibu.. and I was 14 at that time. Dah anak dara sunti okey. So, just imagine.. macam mana la Ibu tak sedih bila mengenangkan semua cerita-cerita ni.

Selepas tu first time Ibu dapat interview kerja di Arab-Malaysian.. you know who yang prepare my breakfast? It was my Ayah. baju Ibu dia yang gosok. Pagi tu since Omak yang drive Ibu from Kuala Pilah to Kuala Lumpur.. it was his hand yang Ibu cium dulu, dahi Ibu yang dia cium dulu.. not to mention Ayah jugak yang nangis dulu. Walhal Ibu cuma baru nak pi interview.

Bila dah kerja, Ibu gatal pulak nak menyewa rumah dengan kawan-kawan. Tapi Ayah tak izinkan. Macam-macam helah.. macam-macam pujuk.. semua tak jalan. Cuma bila Ayah dah pencen.. Ayah setuju pindah ke Kuala Lumpur. Semua sebab Ibu kata Ibu dah tak larat nak berulang dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur.

Bila Ibu dah ada boyfriend.. dia la yang akan scan dulu. Waktu tu Ibu ada berkawan dengan sorang Hamba Allah ni. I've wasted 3 good years with him. Tapi masa tu sekali pun Ayah tak pernah marah walaupun Ibu tahu Ayah tak berkenan dengan Si Polan. Cuma bila Cik Asben personally jumpa dengan Ayah, Ayah dengan senang hati izinkan kami berkawan. Hatta nak keluar sama pun Ayah relakan.

Masa hari Ibu kawin.. tau tak masa akad nikah Ayah nangis??

Dia nangis sebab nak melepaskan anak perempuan dia yang sorang ni. Ini pun Ibu baru jer tau. Only recently.. Itu pun masa tengah drive dengan Omak. Rasanya Omak pun tak gamak nak cerita. Entah-entah banyak lagi rahsia yang Omak sey simpan.

Kemudian dapat pulak cucu. Omak waktu tu masih bekerja di MAS.. so masa Ibu dalam tempoh berpantang.. makan pakai Ibu semua Ayah yang menjaga. Mungkin ada jugak Ayah orang lain yang do the same thing. Tapi sampaikan ke tahap menjaga JAMU Ibu pun, Ayah yang sediakan.. Korang ada??

And for that reason.. hubungan kami memang rapat. Just say.. kalau untuk birthday Omak.. Ibu might be spending say 3-4 ratus.. untuk Ayah mungkin Ibu spent double the amount. Time tu jangan ada je yang "tersebut" dek Ayah, semua Ibu cuba sampaikan.

Ada sekali Ayah demam.. dia teragak nak makan buah epal hijau.. unfortunately.. semua kedai buah-buahan near by to our house tak jual la pulak. And it was almost 11.00pm. At last Ibu dapat jugak beli walaupun setakat 3 biji. Itu pun I had to drive for almost 2 hours. Masa Ibu bagi buah epal hijau tu ke Ayah, Ayah nangis.. nangis sebab dia rasa bersalah dia dah menyusahkan Ibu.

Alhamdulillah, last July sampai jugak hajat Ibu nak bawak Ayah and Omak menunaikan umrah bersama. Hanya kami bertiga.. Ayah.. Omak and me. Then bila Ibu kata Ibu dah ambik bilik khas yakni Ibu takmo share dengan orang lain, Ayah peluk Ibu, Ayah cium Ibu. And while we're there.. puas hati Ibu. Puas sebab Ibu dapat menyenangkan hati dan urusan Ayah and Omak. Semoga Allah menerima ibadat kami tempoh hari. Insya'Allah. 





Well, on this coming 4th November cukuplah umur Ayah 74 tahun. Dalam umur yang macam tu, sepatutnya dia dah tak payah nak risau-risau pasal Ibu lagi. Tapi bila dia tau yang visa untuk Ibu dan Cik Asben menunaikan Haji tahun ni tak kesampaian.. dia nangis jugak. What you got to say about that??

Then, bila Ayah jatuh tangga recently.. I felt so guilty. Manakan tidak.. kalau tak pasal Ibu.. mungkin Ayah tak jatuh.. and mungkin tangan Ayah tak bersimen macam sekarang.

Kisahnya, it was almost 9.00pm. Ayah time tu baru nak solat isya'. Walhal Ayah dah dalam keadaan berwuduk.. siap dengan jubah yang Ibu belikan. Sepatutnya Ayah dalam keadaan yang sebegitu terus dengan solat isya'-nya. Tapi tidak, Ayah boleh pulak naik tangga bilik atas dengan alasan dia nak bukak suis lampu so nanti Ibu senang nak balik. Biar senang Ibu nak drive masuk ke rumah.

Macam mana la hati Ibu tak sedih bila dengar semua ni?? Semua sebab Ibu..

Walaupun tak lama, tapi Ibu sempat menjaga makan pakai Ayah. Bayangkan sahaja. Waktu tu cuma tinggal seminggu Ibu nak balik ke sini. Ibu cuba nak extend our stay tapi Ayah tak izinkan mengenangkan anak-anak yang dah nak masuk sekolah.

Hari terakhir di Malaysia which was last 7th Sept.. sesampai di epot.. Ayah terus jadi bisu. Ayah terus bawak diri. Bersembang dengan Ibu pun so-so sahaja. Ibu faham sebab Ibu pun macam tu jugak. Both of us jadi macam canggung bila nak bersembang. Macam ada yang tak kena.

Dan akhirnya 2.45pm, kami terpaksa lapor diri. Masa depan pintu C, depan-depan pegawai kastam tu, Ayah peluk Ibu, Ayah kucup dahi Ibu.. Ayah cium pipi kanan dan pipi kiri Ibu.. apa lagi.. terus berjurai la air mata Ibu. Tak sepatah perkataan pun yang terlafaz waktu itu. Yang cuma Ibu dengar "Faeiz.. nanti tolong jaga Along baik-baik". What do you got to say about that??

Macam la its gonna be his last word. 

Bila dah dok jejauh ni.. sepanjang hari dok risau.. Especially bila ada call masuk at my 012 waktu tengah malam or waktu subuh. Takut ada yang tak sedap sampai ke telinga..

So.. bayangkan laa.. macam mana la Ibu tak sedih.. tak cengeng. Even masa menaip ni dah lencun bucu baju.. tisu dah lama habis pun.

But.. jangan disangka pulak Ayah ni jenis orang yang sangat lembut hati. My dad is a very firm and steady person. Kalau di pejabat.. orang memang dah tau la peil dia. My Omak.. memang tak ada dakwa dakwi la. Kalau putih.. putih la. Kalau hitam.. hitam la. Begitu jugak dengan my brother. Tapi dengan Ibu.. macam tu la..

Dengan sebab itu.. sebelum suka-suki nak tuduh orang macam-macam.. sebaiknya biarlah tahu dulu kisah yang tersurat dan tersirat. In short, kalau tak tahu hujung pangkal.. eloklah berhemah sikit kalau nak menyampuk cerita orang tu..

12 comments:

  1. Ya Allah Kak Sham u such a lucky gal sebab masih ada ayah..ada kenangan dengan ayah..ada yang manis untuk di kenang sepanjang hayat...my eyes tears while reading this..

    ReplyDelete
  2. kak sham ... kan dah nangis baca entry ni!! rasa mcm nak balik malaysia la ni jugak

    ReplyDelete
  3. Sorry LW.. sorry Mala,
    Tak ada niat nak buat adik2 sedih..
    Cuma its been good 41 years Omak simpan segala rahsia ni.
    Itu pun dia cerita masa tgh driving.
    Rasa dia pun tak sanggup nak tgk muka K.Sham nak cerita semua ni.

    ReplyDelete
  4. rasa nak nanges jugak bila baca cerita k sham ni...I dpt rasa apa yg k sham rasa :(

    ReplyDelete
  5. Cerita kita hampir sama..tp bukan arwah ayah, yg mcm ayah sham tu adlh arwah abang sy..dia meninggal masa sy di yokohama, tp sempat balik masa dia sakit..jga dia n hulur duit sikit, namun xterbalas budi arwah yg ditaburkn utk sy.

    ReplyDelete
  6. Sy mohon maaf kt sham, tntu comment sy dh myinggung hati sham..sori ssgt ya. (sy xbermaksud begitu namun sy mengaku tersilap..harap sham maafkn sy. Sham xtumpah spt kwn baik sy yg juga org nogori. Dh lama sy jd silent readers sham. Xpernah bg comment sblum ni. Harap sham maafkn sy.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt Sham ... baru menjenguk Sham ni ... jurai pula air mata ... yes kasih sayang ayah hanya yang merasa memahami ... masyaAllah ... you are a most lucky girl ... :)

    ReplyDelete
  8. salam k.sham…….terharu & sedihnye baca N3 akak. say a mmg xdpt selam sedalam2 hati akak sebab mmg saya dr kecik ayah dah tinggalkan kami adik beradik. perasaan marah mmg smp ke besar ada cuma bila dah berumahtangga baru dpt kikis perasaan marah tu. pepepun akak mmg sgt2 BERUNTUNG dpt ayah mcm ayah akak. Semoga syurga balasan kedua2 anda. AMin

    ReplyDelete
  9. huhu..sebaknya ;(
    xleh komen banyak..teringat ayah kat kg

    omak akak keje MAS?
    crew ke dulu?

    ReplyDelete
  10. PD,
    Thanks for kind thought.


    Alaikumsalam REAL,
    Insya'Allah.. hope all is well.
    & mudah-mudahan begitulah hendaknya.


    Rezwatisman,
    Bi'iznillah & insya'Allah..


    Irfa,
    Dah jgn sedih2..
    Mak akak dulu under F&B..

    ReplyDelete
  11. sedihnya cerita k.sham... hampir menitis air mata su. selalunya seorg ayah jarang tunjukkan kasih sayg. kita hanya perlu memahami. su kagum sgt kalau seorg anak perempuan rapat ngan ayah (coz its rare!).

    semoga akak tabah diperantauan dan mak ayah akak diberi kemudahan dlm urusan2 mereka oleh-Nya (mak ayah su juga). aminn.

    ReplyDelete
  12. Salam..kak sham..I understand that feeling..coz im also the one yg facing the same situation wif my father..n now sy jauh gak dr die..makin dgn kesihatan mereka yg makin merosot.. so hard to think n facing the realty..may Allah will bless our parent..semoga kak sham tabah n kuat unt hr yg akan dtng..insyaallah

    ReplyDelete