Wednesday, September 11, 2013

Menangis di dalam hati.. siapalah yang tahu..

Bila semakin hampir tarikh untuk kami pulang ke Tanah Pasir Berdengung, semakin banyak pulak dugaan dan ceritanya. And if I might say, lebih banyak yang sedih dari yang gembira.

Seminggu sebelum kami pulang ke sini, Ayah jatuh tangga hingga patah tulang antara penyambung jari. Akibatnya, terpaksalah di simen hingga ke siku. Dengan faktor umur.. sudah tentunya speed of recovery bukan lagi sebaik 50 tahun yang lalu.


Kemudian, kami pulak mendapat berita yang peluang untuk menunaikan haji tahun ini tidak kesampaian. Kuota untuk kami terpaksa ditarik semula untuk memberi laluan kepada jemaah dari negara asal yang hanya tinggal 8,000 orang sahaja. Apakan daya, mungkin sudah suratan bukan rezeki Ibu dan suami pada tahun ini.



Dan akhirnya, sampailah ke hari yang ditunggu-tunggu. Hari drama air mata. Sejak dari pagi lagi, cuaca mendung seakannya memahami kesedihan kami. Hampir semua siaran di radio pulak hanya menyiarkan lagu-lagu jiwang karat. Alahaiiii.. 

Selebihnya.. tidak sesuai untuk dipertontonkan di sini. Cuma.. bayangkan sahajalah Ibu dengan mata merah dan bengkak.. isshhhh..

4 comments:

  1. Dah berbulan dok bersama2 family mesti sedihkan nak berpisah..dpt kubayangkan..heheh

    ReplyDelete
  2. semoga ibu tabah menghadapinya.. Insyallah ada hikmah yang terjadi. mungkin kita kurang di sini tapi akan dapat ganjaran yang lebih di mana-mana.

    ReplyDelete
  3. Ummu,
    Adatlah bg org merantau mcm kita ni.
    Walau jauh di mata namun tetap kekal di dalam hati..


    Syaz,
    Hanya DIA yg lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  4. sabaq kak sham ... sedih ah baca.

    ReplyDelete