Sunday, October 13, 2013

9 Zulhijjah.. berpuasa dan keistimewaannya..

Assalamualaikum all,

Insya'Allah.. esok Isnin.. bersamaan 9 Zulhijjah. Pada sesiapa yang mampu.. mungkin boleh berpuasa sunat pada esok hari.

Pada 14 Oktober (Isnin) adalah bersamaan 9 Zulhijjah yang mana pada hari tersebut para jemaah haji akan melakukan Wuquf di bukit Arafah. Maka disunatkan bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji untuk berpuasa pada hari tersebut.

Antara Istimewanya HARI ARAFAH

1. Syaitan Menjadi lebih kecil pada Hari Arafah

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding HARI ARAFAH, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar. Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat."

2) Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah:

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sebaik-baik doa adalah DOA PADA HARI ARAFAH, dan sebaik-baik apa yang dikatakan olehku dan rasul sebelumkuku adalah: 'Tiada tuhan melainkan Allah, hanya Dia tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia terhadap setiap sesuatu Maha Berkuasa'."


2 comments:

  1. Selamat hari raya korban k.sham.. :)

    ReplyDelete
  2. T.kasih Su..
    Selamat hari raya qurban buat Su dan keluarga juga.

    ReplyDelete