Wednesday, October 23, 2013

DIET tapi...

Somebody sent this to me. To those yang rasa nak "membaca".. dipersilakan.

Sesetengah orang mungkin akan berputus asa dan berhenti berdiet dan menganggap program diet tersebut gagal atau tidak sesuai dengan mereka. Anda tidak harus berputus asa dan tetap berdiet dan cuba mengatasi masalah ini. Dibawah ini saya senaraikan beberapa faktor yang menyebabkan penurunan mendatar dan cara mengatasinya.

Adalah perkara biasa sekiranya penurunan anda tiba-tiba menjadi perlahan atau berhenti selepas seminggu atau dua minggu anda berdiet ia boleh berlaku untuk beberapa hari atau minggu. Ini terjadi kerana Faktor kecekapan tubuh. Pada permulaan anda berdiet badan anda tidak cekap dan memerlukan tenaga yang banyak walaupun untuk melakukan perkara-perkara kecil maka badan anda akan membakar lemak dengan banyak dan penurunan juga akan menjadi laju. Tetapi semakin lama anda berdiet badan anda semakin cekap.

Hanya sedikit tenaga yang anda perlukan untuk melakukan perkara berat oleh itu pembakaran lemak akan jadi perlahan dan penurunan berat juga akan menjadi mendatar. Apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan aktiviti seperti bersenam untuk meningkatkan pembakaran lemak. Pada tempoh seperti ini anda ‘HARUS BERSENAM’ untuk mendapatkan kembali penurunan berat badan yang tinggi.

Beberapa faktor yang juga menyebabkan penurunan menjadi perlahan / mendatar.

1. Anda masih mengambil berlebihan karbohidrat daripada yang di syorkan
Anda harus berhati-hati dengan karbohidrat tersembunyi. Berhati-hati dengan salad dressing, kekacang, sos,kicap, kuah atau gravy lamb/chicken chop, yong tau fu, buah-buahan yang rendah karbohidrat,sayuran berkanji dan pemanis tiruan. Lakukanlah ujian ketosticks secara kerap untuk memastikan anda tidak terlebih mengambil kabohidrat.

2. Anda berlapar atau makan tidak tetap waktu
Sekiranya anda berlapar badan anda secara semula jadi akan berhenti membakar lemak untuk memastikan badan terus hidup lebih lama kerana badan anda fikir sudah tiada makanan lagi untuk anda. Anda tidak seharusnya berlapar lebih dari 6 jam ketika berjaga, makanlah 3 kali sehari atau lebih untuk memastikan badan anda terus membakar lemak dan meninggikan metabolisma badan.

3. Badan anda membakar lemak disamping membina otot
Sekiranya anda sudah lama tidak bersenam atau anda bersenam buat pertama kali, kemungkinan besar badan anda sedang membina jisim otot. Jangan panik sekiranya jarum penimbang anda tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anda menggunakan alat penimbang yang mengukur komposisi badan. Anda mungkin dapat melihat atau merasai perubahan bentuk badan anda atau saiz pinggang yang semakin mengecil. Oleh itu disyorkan anda memilih senaman jenis cardio atau aerobic bukannya senaman yang membina otot atau anaerobic.

4. Anda mengambil terlalu banyak protin untuk satu masa
Anda tidak seharusnya mengambil protin dengan banyak pada satu masa kerana jika protin terlalu banyak badan kita juga boleh menukarkannya kepada tenaga dan ini akan mengganggu pembakaran lemak. Cara yang terbaik ialah dengan makan dengan saiz yang kecil tetapi kerap iaitu 4 atau 5 kali sehari. Anda juga harus cuba makan dengan perlahan kerana otak mengambil masa 20 minit untuk menghantar ‘ Sign’ kenyang ke tubuh.

5. Anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen yang menghalang pembakaran lemak
Penurunan juga mungkin akan menjadi agak perlahan sekiranya anda ada mengambil beberapa ubat-ubatan dibawah. Carilah alternative bagi menggantikan ubat tersebut atau rujuk kepada doctor anda.

Ubat untuk penyakit darah tinggi seperti deuratics atau dikenali sebagai beta blockers.

Ubat hormon seperti Pil perancang kehamilan, Estrogen dan juga ubat pengganti hormon yang lain (HRT - Hormone Replacement Therapie) seperti estradiol,estropipate dan progestins.

Collagen- minuman, pil, mandian atau sapuan (cream) yang mengandungi collagen mungkin merupakan penyebab kepada penurunan berat badan perlahan.

NSAIDs (Nonsteroidal inflammatory Drugs) yang biasanya digunakan untuk merawat sakit kepala, kecederaan ringan akibat bersukan, dan Kesakitan ketika Haid. NSIDs biasanya terdapat dalam beberapa jenis aspirin biasa kita gunakan.
Statin atau ubat untuk megurangkan kolestrol.

Anti depressant terutamanya SSRI (Selective Serotonin reuptake inhibitors).

SSRI biasanya digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Malahan ianya juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, cirit-birit, sukar tidur, ruam dan menyebabkan kenaikkan berat badan.

- Steroids seperti prednisone. Kita mungkin menggunakan ubat-ubat yang mengandungi steroid tanpa sedari. Steroid biasanya terdapat di dalam bentuk pil, cream, cecair, semburan atau lain-lain yang biasanya di gunakan untuk merawat penyakit seperti, asthma yang teruk, alahan kulit seperti ruam, dan keradangan usus.

6. Anda kurang minum air kosong
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air yang cukup diperlukan untuk pembakaran lemak yang optimum dan perkumuhan pembakaran ataupun ketone yang di keluarkan melalui air kencing. Kekurangan air akan melambatkan pembakaran lemak dan menyebabkan penurunan mendatar.

7. Sembelit
Sembelit akan menyebabkan metabolisma menjadi rendah ini akan menyebabkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Anda boleh mengambil fibermax ( dari pengedar anda) atau apa-apa jenis fiber atau physsilium Husk yang tidak berperisa ( boleh didapati dari farmasi ) untuk mengatasi masalah ini. Atau anda hanya perlu tingkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau didalam menu anda.

8. Haid atau period bagi wanita
Ketika didatangi Haid tiada tindak balas kimia berlaku didalam badan dan tidak akan membakar lemak.Jangan risau ini adalah normal dan badan anda akan kembali membakar lemak selepas habis tempoh berdiet. Pastikan anda menjaga diet anda kerana ketika tempoh haid badan akan ketagihan karbohidrat dan gula.

9. Terlebih mengambil pemanis tiruan
Anda mungkin sukar berhenti mengambil pemanis ketika permulaan berdiet. Pastikan anda mengambil kurang dari 3 paket pemanis tiruan sehari kerana 1 paket pemanis tiruan biasanya mengandungi 1 gm karbohidrat. Cubalah mengurangkan pengambilan pemanis tiruan dan berhenti mengambilnya secara berperingkat.

10. Anda mengambil Kafien
Kafien member kesan kepada gula didalam darah dan menyebabkan anda ketagihan karbohidrat. Anda boleh mencuba minuman ‘decaf’ atau nyah caffien tanpa gula untuk menyelesaikan masalah ini.


Have a great day everybody..

8 comments:

  1. Assalam k.sham
    Info yang sangatbeguna, tksfor sharing..
    Memang cukup mencabar k.sham nak diet nie..perlukan keazaman &juga enough knowledge..itulah kdg kita berdiet tp tak turun2 jgk berat...tuh yg tensionnyer..cuba low calarie diet k.sham to see the result..:)

    ReplyDelete
  2. Saya tidaklah memberatkan sgt isu diet kerana nak jaga badan lebih kepada diet utk kesihatan. Nasi saya akan ambik sekali sahaja sehari.

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Ummu,
    Pd K.Sham DIET ni sebenarnya very subjective. Ada orang nak kurus, ada org nak sihat, ada org diet sbb nak elak penyakit.
    So terpulang la pd persepsi masing2.
    Yg penting, dlm peringkat umur dah nak masuk -50- ni K.Sham kena la lebih jaga makan.
    Especially bila sejarah kesihatan family K.Sham yg x begitu cemerlang.

    Btw, thanks Ummu. Insya'Allah bakal dicuba jugak nnt tu.

    ReplyDelete
  4. ros laaaa antara org yg selalu give up nak diet bila tgk penimbang angka tak berganjak…..btw k.sham, no 6 tu mcmana ksham nak overcome. heheh!!!!pepepun dr segi fizikal ksham dah balance (cun je body muuuuu)

    ReplyDelete
  5. thanks Sham for sharing ... dah obese dah ni ... assalamualaikum wbt :)

    ReplyDelete
  6. Ros,
    K.Sham ni mmg jenis kurang minum air masak.. so susah sikit nak buang air besar. So, solution.. tepek detox la.
    Kalau ikut family.. kami mmg semua big size + ada pakej.
    Tak kurus mana pun tapi mungkin sbb di sini kami makan beras basmathi.. kurang kanji.

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam REAL,
    Sham hanya memanjangkan pesanan kawan.
    Kalau ada yg berguna.. alhamdulillah..

    ReplyDelete