Thursday, October 3, 2013

Isteri bersolek.. rasional atau ibadah??




Totally takda modal nak cerita.. so ari ni Ibu copy paste je la sikit-sikit dari mana-mana yang Ibu berkenan. Ada terbaca pasal "isteri bersolek" ni. Actually, rasa macam kena share la jugak kat sini.

Pada Ibu, sebagai seorang wanita.. untuk kelihatan cantik sentiasa adalah lumrah. Islam tidak melarang wanita untuk bersolek untuk kecantikan fizikal untuk tujuan yang diharuskan syarat. Bahkan, bersolek hukumnya wajib jika untuk suami. Tapi ianya adalah haram jika untuk diperlihatkan kepada lelaki ajnabi atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum hakam juga, jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian Allah dan menyerupai persolekan wanita jahililah atau tabbaruj jahililliah.

Tersebut di dalam kitab Al Wa'yul Islami bahawa;
"Ada pun perhiasan atau alat kecantikan (alat solek) wanita selagi tidak mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan penipuan hukumnya adalah mubah (harus) bagi wanita tidak bersuami dan tidak bertujuaan untuk menampakkan kepada lelaki yang ajnabi serta tidak berlebih-lebihan dalam pemakaiannya. Akan tetapi apabila wanita itu bersuami dan suaminya mengkehendaki ia bersolek untuknya, maka hukumnya wajib ia bersolek untuk suaminya. Jika suaminya orang yang tidak suka isteri bersolek dan berdandan dan ia melarang, maka haram hukumnya ia berbuat demikian, kerana terjatuh kepada mendurhakai suami. Tapi jika suaminya diam, maka hukunnya harus ia bersolek."
Sesungguhnya menjadi seorang wanita ini bukannya mudah.. tapi ia juga bukan susah kalau kita tahu cara yang betul untuk menjadi seorang wanita yang solehah. Sebagai wanita dan juga seorang isteri, Ibu merasakan kecantikan mesti diutamakan untuk kelihatan sentiasa menarik di hadapan suami. Bukan susah nak dapat pahala.. dan senang juga untuk mendapat dosa. Ingat wanita adalah golongan yang paling ramai yang menjadi ahli neraka.

Berhias atau berdandan adalah sifat fitrah seorang wanita, di mana secara naluri para wanita umumnya punya kecenderungan untuk tampil kelihatan cantik dan menarik. Ini barangkali berhubungan dengan jiwa wanita yang suka pada keindahan dan kebersihan. Naluri ini adalah karunian Allah yang harus disyukuri.

Betapa tidak, barangsiapa yang menemui isterinya, lalu dia mendapati isterinya dalam keadaan cantik dan menarik, bermakna si isteri telah menyenangkan suaminya. Namun yang demikian, ini tidak harus ditunjukkan dengan “kecantikan” semata-mata. Si isteri juga harus mampu menarik hati si suami dengan sikap lemah lembut dan manjanya.

Islam benar-benar mendorong kaum muslimah agar menjaga kecantikan dan kelembutannya. Rasulullah SAW bersabda kepada Umar, Maukah kuberitahukan sebaik-baik simpanan seseorang? Dia adalah wanita salihah, iaitu jika suami memandangnya, dia menyenangkannya.”

Dari hadis Abdullah bin Salam, Rasulullah bersabda Sebaik-baik isteri ialah isteri yang menyenangkan kamu bila engkau memandang (nya), dan taat kepadamu bila engkau menyuruh (nya), serta menjaga dirinya dan harta bendamu di waktu engkau tidak berada bersamanya.”

Oleh itu, berdandan untuk suami merupakan sebahagian dari ibadah. Sehingga isteri kelak akan mendapatkan balasan dan pahala dari Allah di akhirat kelak. Selain itu, dia akan mendapatkan kebahagiaan dan kepuasan dalam hidupnya bersama suaminya.

Insya'Allah..

4 comments:

  1. bersederhana dalam kehidupan kita .. sekali sekala calit gak la lipstick bila dah nmpk pucat sgt.

    ReplyDelete
  2. Mala,
    Betul tu.. yg sesekali tu yg manis.
    Tp jgn la pulak asyik dgn sluar track & tee dlm rumah.. maybe dia org tu x pandai nak komen. Tp dlm hati.. siapa yg tahu..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Sham
    arwah mak saya dulu suka bersolek walaupun kat rumah je..katanya nak Nampak kemas..memang betul pun, setiap hari saya lihat dia bersemangat ke menguruskan rumah tangga.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam wbt LW,
    In our family circle ada 3-4 org yg mcm ni. Di rumah & luar rumah mmg sentiasa kemas & cantik. Bila ditanya, jawabnya.. to built self-confident + disiplin diri.

    Thus, tak salah kita buat ELOK ni. Takda la asyik berkain batik, baju kelawar.. usahkan suami. sendiri pun jadi lemau.

    Just ME..

    ReplyDelete