Saturday, October 19, 2013

Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 & Hari Malaysia ke-50 di Kuwait.

Baru-baru ni Ibu dan Cik Asben dapat invitation ke majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 yang disambut serentak dengan sambutan Hari Malaysia yang ke-50 yang dibuat di Hotel Regency di sini. Memang meriah.. memang best. Best.. sebab dapat makan makanan MALAYSIA. Yes.. kali ni memang segala masakan yang biasa kita jumpa di Malaysia.. semua disediakan oleh rakyat Malaysia.

Persediaan awal.. definitely. Even seminggu sebelum majlis berlangsung adalah "hamba Allah" yang terpilih dah mula berkampung di hotel tersebut.

Ibu tak ikut serta la.. as I said.. hanya insan terpilih sahaja.

Nevertheless, walaupun dengan serba kekurangan dari segi "pengalaman" sebab yang dipilih ni bukan yang jenis "master chef" namun hasilnya.. tetap.. daboommm..

Terkurang terlebih tu.. adat la kan. As I said, bukan master chef pun yang masak kali ni.

Takmo cerita panjang.. kita tengok gambar sambil cerita ya..


Yang kat atas tu Datuk tengah potong kek. Yang hat satu ni, memang confirm la chef yang prepare.


Jangan terkejut.. ini tapai ais-kerim yang dah dimodify. Dimakan dengan macam-macam eksesori. Best jugak. Nak tahu macam mana rasa tapai ais-kerim.. try la makan tapai + ais-kerim.. and kalau boleh try perasa "vanilla". Besttttt..

I snap gambar you.. you snap gambar I..

Perasan tak apa silapnya gambar ni??

Model tak berbayar yang dok menayang satey and kuah kacang.



Wakil pelajar. Yang hat tengah dan baju biru tu la. Mereka berdua merupakan pelajar terbaik dalam aliran masing-masing. Semoga lebih ramai yang bakal mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia secara amnya dan membanggakan keluarga masing-masing khasnya.

Antara jemputan dari pihak lelaki.

Jemputan bagi pihak kaum Hawa pulak..

Tak dapat snap gambar makanan, kami tumpang bergambar di sign board tunjuk arah menu makanan sahajalah..

No comments:

Post a Comment