Monday, October 14, 2013

Souk Safat.. projek kaum Adam..

Kali ni nak cerita pasal "ziarah" kami ke Souk Safat pulak. Errr.. lebih kurang macam Tangkak la. Kat sini segala jenis "benda-alah" yang berkaitan dengan teksil ada dijual. Rasanya Ibu pernah up satu entri pasal Souk Safat ni.

Jap.. Ibu gugel sat.. Haaa.. memang ada pun. Nak tahu lebih lanjut.. boleh layan kat sini.

Kali ni kami nak layan hajat Cik Asben pulak. Dia berhajat nak buat jubah. Yang ready made memang banyak. Tapi memandangkan saiz Cik Asben ku yang comel tu.. kalau "ditempah" rasanya lagi cantik hasilnya.

Anway dah nama pun nak layan hajat kaum bapa.. so kena ajak geng Adam jugak la kan. So, sebagai peneman.. kami ajak sekali Bro. Amir Kadir. Dia ni dulu fashion designer kat Malaysia. Gah jugak la nama. Nak tau lebih lanjut.. try gugel. As well as Uztaz Romizi pun join jugak. Nak bawak buah tangan untuk kaum keluarga di Tanah Malaya. Dia nak balik raya dah tuuuu..


Dah adik-adik berhajat.. kita tunaikan laa..
Nasi goreng kampung.. extra podeh..



Sure terjebak punya..
Sepasang untuk Ibu.. nak buat baju kurung.. tempah ngan Amir la ni..



So malam tadi, kami lanjutkan projek kaum Adam ni di rumah Amir pulak. Complete dengan sessi terai-menerai.. ukur-mengukur.. as well as isi perut. Rumah orang bujang.. so Ibu bawak bekal mi goreng mamak.


Anak Ibu yang layan diri.. 
Arif dah macam dok kat rumah sendiri la pulak..

Inilah sebenarnya punca "kerelaan" anak-anak sanggup mengekor kami ke rumah Uncle Amir. 
Kut tak.. nak sangat dia orang tu..

Sorry boys.. pegang boleh..
Nak bawak balik..NO

 Yang ni tengah bunting..
Tengah dok adjust la ni..

4 comments:

  1. salam k.sham,
    bestnyer kan ade designer yg local mari lagi kan..tentulah paham taste kan..
    comel sungguh kucing tu..mmg gebu sesungguh..bkn stakat depa tuh, kalau ummu pun nak gie jgk sbb kucing tuh jgk..hehe

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Ummu,
    Alhamdulillah.. setakat ni.. kalau ikut pd selera Kak Sham.. Amir tak pernah lagi mengecewakan..
    Di rumah Amir tu ada 4 ekor semuanya.. tu yg anak2 Kak Sham asyik dok pujuk Uncle Amir..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Cantiknya corak2 kain tu kak, kalau saya pun mesti terjebak jugak tu.

    Comel je kucing tu, anak2 saya suka kucing tapi nak pelihara tak lah kot.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Jun,
    T.kasih sbb sudi singgah.
    Bab kain tu.. tu la psl..
    Lama dh bebudak ni memujuk-rayu nak bela kucing.. cuma.. nak maintain tu la yg masalah sikit..

    ReplyDelete