Wednesday, November 13, 2013

The POYOSSSS in me..

Assalamualaikum all,

Selamat berpuasa (pada yang berpuasa).. semoga Allah menerima segala ibadah kita. Insya'Allah.. Ibu on ABC.. Allah Bagi Cuti.. Kakak Kembo datang ziarah awal pulak ni. Biarlah.. dia nak buat kerja dia kan..

Edisi tayang-tayang jer ni. Tak ada cerita menarik pun dari negara Pasir Berdengung. Melainkan..

Amsyar kena food poisoning
Haazem on break - study week
Arif pulak demam + batuk
Cik Asben baru mula kerja hari ni selepas 2 hari on MC

Kisahnya..
Tetiba Ibu nak sangatttttt makan mi rojak. Bukan angkara pi skodeng rumah kawan ke atau apa-apa. Tapi memang rasa nak makan sesangat. Maka.. Ibu pun ngadu la pada Cik Asben. Tapi setakat ngadu je la kan..

Di sini memang ada kedai makanan Indonesia tapiiiii.. pernah sekali satu insiden.. yang sungguh tidak menyenangkan hati dah berlaku. At last segan Ibu ke anak-anak lelaki Ibu. Tak payah la nak panjang cerita. Memadailah.. bukan adap kita. Even.. bukan etika normal seorang perempuan pada pelanggan lelaki pun. Kedai yang lain tu tak ada la pulak jual rojak or yang hampir-hampir dengan rojak.

Dah tu kena buat sendiri laa.. So, dah jadi macam tu.. mulalah dengan aktiviti skodeng resepi pulak. Macam-macam la yang Ibu jumpa. Rojak campur ayam la, rojak buah la, rojak pasembor la, rojak mamak la.. eishhhhh.. macam-macam ada.

Takmo pening.. so Ibu ambik version yang biasa Ibu makan sajalah. Janji sampai hajat. Tak la pening kepala sampai tak tidur malam lagi. Ibu ni jenis kalau ada benda yang "tak kesampaian", mula la tidur malam problem. Dok berangan macam-macam..

End result presenting..


Baru lepas shooting ni. Tak sempat nak rasa lagi. Tapi kata Cik Asben dah lepas piawaian "tekak" dia la. Yahooooo.. 

P/s;
Eeiiii.. suka sangat ni.. first time sukses masak-mask guna YEAST..
Very the poyosss kan.

12 comments:

  1. apa yg guna yis kaksham? cucoq ka? kuah dia buat mcmana?

    ReplyDelete
  2. La, saya ingat saya sorang jer fobia yis tu Kak Sham. Ado gak yang sekapal ghosan eh...hehehehehe.

    ReplyDelete
  3. Mala,
    K.Sham ambik resepi dari sini.
    http://jintanmanis.com/kuihmuih/620-rojaktepung

    Cuma yg kuah kacang tu, K.Sham guna kacang yg dah siap panggang.
    Sini kan byk jual. Senang kerja..

    ReplyDelete
  4. Azie,
    You're not aloneeeee..
    Sekapal la kita..

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum Sham,

    Tahniah sebanyak yeast kembang :)
    I don't take cucur when ordering rojak ... because of the kekembangannya tu :)

    ReplyDelete
  6. assalam k.sham
    tahniah dapat buat mee rojak sendiri..telan liuq posa2 tengok..kalau mee kuning senang dpt dahskodeng resepidaa..:)

    ReplyDelete
  7. salam k.sham….ros pun ABCJ (ALLAH bg cuti juge….heheh)….btw apa yg guna yis? mee k.sham bt sendiri gak ke? cayala!!!!

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaaa...nih nampak lagi best dari beli kat kedai:)

    ReplyDelete
  9. Alaikumsalam REAL,
    Sham pulak sebenarnya kalau di kampung mkn rojak "kuih" saja sbb the kuih ada bunyi kruk krak kruk krak. Yg the version Sham buat tu.. takdo la pulak.

    P/s;
    Bakal Sham cari jugak resepi cucur "with the bunyi" tu..
    && thanks.

    ReplyDelete
  10. Alaikumsalam Ummu,
    Mi kuning.. cuba Ummu buat sendiri. Senang saja. Setakat air kapur tu cuma optional. Kut tak guna pun tak apa.
    Insya'Allah.. then lepas tu boleh la try gugel resepi yg lain2 tu.

    ReplyDelete
  11. Alaikumsalam Ros,
    Iye, mi kuning buat sendiri.
    Ada masa kut malas tu dtg, order dgn kawan2 di sini.

    ReplyDelete
  12. Madre,
    Rasa biasa2 saja. Kebetulan gambar tu lebih "kaler" dari biasa..

    ReplyDelete