Friday, December 6, 2013

Anak yang stress.. Ibu yang gabra..

Assalamualaikum all,

Macam yang Ibu cerita semalam.. malam tadi exam KAFA untuk semua kelas anak-anak. Yakni kelas anak-anak comel, anak-anak pertengahan and kelas seniors.

Macam biasa semua dok pakat buat revision last minute. Kunun subject tak banyak so tak perlu risau sangat. Walhal masa balik dari KAFA, semua kata.. "eiii.. susahlah exam kali ni..".

Itu belum lagi tang spelling error yang berlambak.. example : DUNIA ~ DONIYA.

Ibu tak risau sangat pun bab spelling error tu. Bukan selamanya pun nak dok sini. Esok lusa balik Tanah Malaya.. pandailah dia orang nak adjust tu. Bukannya tak ada pun bahan bacaan Bahasa Melayu di rumah ni. Cuma pada yang di sekolah, di rumah dan kat mana-mana pakat dok spekang tu.. memang perlu la rasa risau sikit. Jangan pulak sampaikan dengan makcik pakcik ni pun dah tak reti nak cakap BAHASA IBUNDA.. sendiri mau ingat laa.

Dok obersi kena spekang semanjang je ke?? Ada yang terasa ke??

Meh, Ibu nak share gambar anak-anak MELAYU MALAYSIA masa exam KAFA malam tadi..












Ekspresi muka yang pelbagai..
 
 
Rezeki anak-anak.. rezeki pada semua jugak..

Akhir kalam.. exam pun dah selesai.. tunggu je la result macam mana nanti..

No comments:

Post a Comment