Tuesday, December 3, 2013

Ibu yang KUNO..

Assalamualaikum all..


Pagi kelmarin semak wall Ibu dengan berita kematian artis yang sorang ni. Ibu tau la dia ni berlakon dalam filem yang mana.. umur berapa.. punca mati.. sapa nama.. etc. Semua thanks to upadte kenkawan kat fb la. Rasa macam tak perlu nak gugel kat Tok Wi kalau nak tau segala bio arwah ni. Dah tu berderet-deret la yang komen R.I.P. Aduhai..

Kut ya pun.. alahai.. entahlah.. Yang best tu kawan-kawan Ibu yang bangsa Cina and India or Serani.. tak ada pulak beriya nak post cerita pasal arwah ni or boh komen R.I.P ke.. semua yang terlebih rajin ni.. Melayu and Perempuan..

Ibu ni memang KUNO, tak kenal artis Korea, tak kenal artis Malaysia, tak kenal footballer Malaya yang lebih "menyerlah" dengan cerita and gossip sensasi dari yang sepatutnya..

Katalah apa nak kata pun tapi that's how I feel.. ada masalah ke?? Pendek cerita samalah jugak Ibu meluat bila tengok kaum Ibu yang boleh dipanggil NENEK yang dok sakan bergambar berlaga pipi dengan Anuar Zain tiap kali artis tu buat show untuk Secretary Week or what so ever la.. 

Ibu memang tak ada masa nak follow dia orang ni kat IG ke or any media yang lain. Then tak ada masa nak berwassup just semata-mata pasal artis or footballer kesayangan. Hatta masa team Harimau Malaya sampai ke sini awal last November.. issshh.. tak kuasa laa nak berebut-rebut bergambar segala dengan dia orang tu.

Ni ada yang lebih menyerlah dari anak-nak jantan or kaum Bapa.. sakan beriya nak bergambar dengan footballer yang "tersebut". Pada Ibu kut iya pun ter-minat sangat.. kan lebih manis kalau suruh je anak-anak yang bergambar. Ni dengan coach yang sorang tu pun "taste" jugak.. aduhai..

Memang long before dia orang sampai ke sini, Ibu antara kaum Ibu yang terawal tahu tentang team tu nak mai sini. Dah siap pakat anak-beranak nak pi stadium layan bola. Sekali bila tengok peil "segelintir" kaum Hawa yang macam lupa status diri tu.. baik laa Ibu tengok kat tv je (tapi at last Ibu teman kawan pi beli kain).

Me.. memang Ibu layan and minat tengok bola. Tapi so sorry laa.. Footballer yang lebih menyerlah disebabkan "gossip" semata-mata.. buang masa la nak follow.

Sama jugak dengan artis-artis ni.. I might be OLD tapi Ibu tau jugak nak appreciate seni ni. To those with the talent.. memang Ibu salute. Tapi yang naik hanya semata dek gossip or dek lawa or dek handsome or dek seksi or dek gambar tepi kolam renang.. ntah la..

Tu la kata.. Ibu ni KUNO.

8 comments:

  1. sy penah tgk kot citer tu tp xtahu pun dia adalah hero ;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak. Bila tengok bangsa sendiri gedik lebih nie, saya rasa bosan pula. Punyalah banyak lagi isu yang perlu di ambil kira. Kadang2, keterujaan mereka tu terlebih sangat sehingga tanggungjawab hakiki masing2 pun terabai. Astaghfirullah. Semoga kita semua akan bertambah baik di masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Irfa,
    K.Sham ni tgk sbb dah anak jantan 3 org kt dlm rumah ni. Sebelum ni tak tau apa2 pun psl dia tu.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Azie,
    Mungkin isu global is way too big for people like us. Tapi sekurang-kurangnya kita sepatutnya masih mampu mengawal "diri sendiri" jgn sampai dianggap.. sendiri sambung la..

    ReplyDelete
  5. hero fast and furious..tak delah nak posting pasal dia cuma rasa a bit of sympathy saja sebab mati kerana accident...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sham...
    waa.. mabruk... masih rajin updet.. balik msia macam banyak sangat benda nk buat dan fikir.
    enjoy your life di perantauan..

    baru2 ni 3 beradik melayu mati dibunuh... lg kesian tp takde siapa share di fb. emm.

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam Kak Tek.
    T.kasih.. sudi lagi ziarah Sham di sini.
    Pasal kes 3-beradik tu, ada jugak yg tag ke nama Sham, tapi tak la semeriah & serajin yg mengingatkan Sham tentang berita kematian si arwah ni.
    Mungkin kematian 3-beradik tu kurang mendapat liputan @ perhatian sbb dia org bukan "anybody" pun.
    Alih-alih mengutuk kekurangan family yakni ibu & bapa di arwah.
    Nak sedekah Al-Fatihah pun.. mcm sepi jer..

    ReplyDelete