Thursday, December 26, 2013

Sambutan Hari Krismas di Kuwait..

Ello all,

Kuwait adalah sebuah negara yang mengamalkan agama Islam secara sepenuhnya. So, kalau nak kira bila dah macam tu.. to those yang beragama Kristian.. kalau nak celebrate X'mas "to the fullest" kena keluar dari Kuwait la.

And sebenarnya, inilah kali pertama Ibu lihat (baca berita jer) bagaimana "meriahnya" sambutan Hari Krismas di sini. Ini kerana selalunya setiap kali Hari Krismas.. Cik Asben kena on-call yakni kami terpaksa kena perintah berkurung. Lagi pun Cik Asben memang tak bagi izin kami nak pi lepak ke belah Kuwait City especially area office dia la. Lihat sahaja gambar di bawah.

Ini kerana berdekatan dengan office Cik Asben ada sebuah gereja. Yes.. ada sebuah jer gereja di sini. So.. boleh bayangkan sahajalah bagaimana ramainya umat manusia yang beragama Kristian akan bertumpu ke sana.

Cuti.. wooooo.. no holiday during X'mas day. Sekolah.. office.. semua bukak macam biasa. Gomen for sure kerja la hari tu. Kalau ada pun sekolah atau office yang nak cuti.. it sendiri adjust la. Biasanya swasta la.

Gambar ni sebenarnya keadaan malam sebelum Hari Natal.

Ada jugak rupanya "Santa Claus" di sini..

Diberitakan sehingga Jun 2013, terdapat 256 keluarga Kuwaiti yang beragama Kristian dan memegang kerakyatan Kuwait.

Kuwait juga adalah negara kedua selain dari Bahrain yang mengizinkan penduduknya mengamalkan agama lain dari agama Islam dan masih memegang kerakyatan Kuwait. So jangan ingat semua Pak Sheikh dan Minah Arab di sini semua beragama Islam.

Tapi kalau setakat yang dari Negara Gulf yang lain tu memang ramai la yang bukan Islam. Especially yang datang dari Lubnan. Dan dengan sebab itu kalau dia orang tanya "are you Muslim".. kita jawab "yes.. Muslim".. memang suka sangat la dia orang. Macam bangga sangat dia orang kalau kita ni Muslim.

Anyhow.. nak divert cerita sikit.. tu hari ada sorang foreigner bagi komen.. "Malaysia is not a Muslim country.. but most of the people there are Muslim". Any comment??


Lupa pulak nak tayang-tayang. Semalam Ibu buat lontong. Teragak la pulak. Tapi malas nak buat sambal tumis. Hence.. Ibu ganti jer dengan serunding daging. Apa  nak kira.. sendiri masak.. sendiri adjust.. sendiri makan.. khalass..

5 comments:

  1. MCM JUGAK YG ARAB BERJUBAH
    ITU PAKAIAN RASMI DIA, BUKAN KERANA DIA PAKAI NAK TUTUP AURAT SBB DIA ISLAM.. HIHI

    ReplyDelete
  2. K.Sham pun baru je tau di sini ada Kuwaiti yg lain agama. Kut tak dulu ingat semua Muslim.

    ReplyDelete
  3. eh i pun baru tahu sebab baca blog you sham, kalau tak, confirm tak tahu..

    tapi kita selalu beranggapan orang Arab semuanya adalah Islam walhal tidak sebenarnya...

    betul cakap irfa, pemakaian jubah tu pun satu... jubah tu pakaian rasmi mereka tiada kene mengena dengan agama mereka...

    ReplyDelete
  4. Kita cubalah pertahankan Islam di Malaysia. Doa tu penting kan.

    ReplyDelete
  5. NP,
    Biasanya cuma the Pak Arab yg berjubah. Yg Minah Arab if bukan Muslim.. setakat ni tak jumpa lagi yg berjubah. Dia org kat sini very fashion alert.


    Aziela,
    Sebenarnya K.Sham bila terbaca statement tu "wajib terasa" jugak. Sebab selama ni dok bangga canang to everybody dok kata "Malaysia is a Muslim country".

    ReplyDelete