Thursday, January 2, 2014

Ahlan.. ahlan 2014..

Selamat tahun baru 2014.
 
Hari ni sure ramai yang cerita pasal anak-anak masuk sekolah. Tapi yang paling famous (one of it) sure pasal cerita kepala tersepit kat kerusi. Ntah laa.. banyaklah pulak Ibu dapat kiriman gambar pasal "kerusi yang disalah guna" ni.
 
Anyway.. Cik Asben baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 41 semalam. New year born baby dia tu. Senang sangat la nak ingat birthday dia.
 
Kami.. tak ada la nak sambut sambil tiup-tiup lilin ni. Tak pernah pun encourage the kids untuk tiup-tiup lilin ni. Ada jugak yang "pernah mintak".. I guessed from seeing their friends doing so. Ibu sampaikan jugak. Budak kan.. but later Ibu try to explain the reason kenapa Ibu tak galakkan "you know what".
 
So.. malam tahun baru tu Ibu jemput a few wakil from the students and family Tok Penghulu. Nak ajak ramai tak muat pulak rumah ni nanti. Sebenarnya banyak kali dah kami ni kena perli.. suruh pindah ke rumah lain. Takpa la.. kami redha. Ini yang kami mampu. Lagi pun kami bukan keluarga besar pun. Tambahan pulak dok sini bukannya lama mana. One fine day.. insya'Allah kami balik ke kampung halaman jugak. And sementara tu.. selagi kami masih selesa di sini.. cukuplah dengan rezeki kami yang seperti sekarang ini. Alhamdulillah.
 
Majlis dimulakan dengan solat Isya' berjemaah. Dah alang-alang masuk waktu kan. Then baca doa selamat untuk birthday boy (baby la sangat) then makan-makan la.

Menu.. kali ni memang ikut tekak/wishlist dari anak-anak Tok Penghulu. Ketam masak sos pedas, gulai udang (pedas extra), sup tulang and kangkung goreng pedas. Senang betul Ibu.. ada masa pening jugak nak memikir bab-bab menu ni. And for the jajan.. Ibu hidang keropok lekor and teh tarik. Khalass..

Tho' as usual Ibu akan snap pics dulu.. tapi malam tu memang tak sempat. Sejuk-sejuk ni perut cepat lapar. Tambah pulak.. ada sikit delay masa majlis tu. Biasalah.. depan rumah kami ni jalan besar. Sedangkan malam biasa pun jalan dah jem.. inikan pulak malam tahun baru. So.. masing-masing lepas je baca doa.. terus.. you know what..

Yang sempat cuma..
 

 
Gambar adik-adik students and yang bawah ni Ibu bersama anak-anak dara Tok Penghulu.


And pagi ni.. belen dari kenduri malam tahun baru tu.. sempat la tinggal lagi semangkuk. Celur mi kuning.. adjust jadi mi sup. Errrr.. full with protein tu.. dengan ekor lembu and beef-balls.. sangat tidak baik jika diamalkan selalu. 
 
Last but not least.. the best part.. 
 
 
Cik Asben belanja kita hadiah tahun baru.. aside from the lilies (ayat meriak ni).
 

6 comments:

  1. Wah, birthday boy yang bagi present. Cantik kak. Kak, menu pedas2 di musim sejuk..waaa... kalau saya ada mesti saya tundukkk jer khusyu' makan. Hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Aziela,
    K.Sham pun kalau org lain yg masak.. mmg K.Sham akan kusyuk jugak makan.

    Sendiri masak.. sendiri makan.. hurmmmm..

    ReplyDelete
  3. birthday boy 1/1 .... birthday husband mala 12/12 41 thn jugak hehehehe kaksham dah brapa thn kat Kuwait?

    ReplyDelete
  4. kami pun try to avoid celebrate bday tiup2 lilin ni.. tp mmg terpaksa tawar menawarlah.. instead of kek, beli buku keee hihihi

    cantikler white lilies tuh hummm mmg patut mak yg dapat hadiah dihari jadi anak kan

    ReplyDelete
  5. Maknanya suami Mala sebaya ngan K.Sham la. Untung org sambut bday in Dec.. lambat sikit umur tu naik.

    K.Sham dah dok sini masuk 7 tahun.

    ReplyDelete
  6. Mila,
    Mmg dh byk kali K.Sham dengar.. anak yg sambut bday.. patutnya BONDA-nya yg diraikan. Ye la.. tempoh mengandung dan melahirkan.. yg menempuh saja yg faham..

    Kek.. di rumah ni mmg susah nak jalan. Kut nak sangat, biasa beli in slices saja. Setakat menyampai hajat.

    ReplyDelete