Friday, January 10, 2014

Majlis Penutup KAFA - 2013..

Assalamualaikum all,

Tinggal di negara yang mana medium utama adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.. sudah tentu sukatan pelajaran pun akan lain dari Malaysia. Dan tinggal di negara seperti Kuwait, kami bersyukur bila mana pendidikan agama atau Ad-Deen menjadi satu subjek wajib di semua sekolah baik sekolah kerajaan mahu pun persendirian. Yang membezakan cuma sama ada sekolah tersebut mengiktiraf subjeck Ad-Deen sebagai subjek utama atau hanya mencukupkan "syarat".

Tapi seperti jugak di Malaysia.. sure masih ada yang terkurang sana sini. Thus kami ambik pendekatan untuk mengajar sendiri anak-anak Malaysian di sini dengan bantuan adik-adik dari Kuwait Universiti.

Alhamdulillah.. kelas yang dijalankan setiap Khamis malam Jumaat dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kelas dibahagikan kepada tiga peringkat (mengikut umur). Therefore, sukatan pelajaran pun akan mengikut peringkat umur.

And recently exam second term untuk KAFA dah selesai. Dah exam sure ada result kan. Unfortunately semua hero Ibu kurang bernasib baik kali ni. Very simple.. malas study.. macam tu la jadinya. Cuma Arif saja yang dapat tempat kedua untuk drawing contest.

And Khamis minggu lepas diadakan majlis penutup KAFA bagi tahun 2013. Di samping penyampaian hadiah, anak-anak jugak ada buat persembahan. Bukanlah nak perfect mana pun.. as long as ada participation. Thus "semangat" tu yang mustahak sebenarnya.

Okey jom kita layan gambar pulak..









And so buat waktu ni.. anak-anak direhatkan sementara menunggu pemilihan AJK baru. Bila dah tak ada kelas ni.. boleh la kami layan plan sendiri. Anak-anak pulak asyik bertanya bila KAFA nak buat kelas semula. Faham-faham je la.. sambil pi KAFA tu boleh jugak jumpa kawan-kawan. Standard la tu kan kan..

3 comments:

  1. Assalam Kak Sham
    comel-comel dan segak-segak semuanya..:)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam LW,
    T.kasih.
    Last minute semua terpaksa pakai distasya. baju Melayu dah tak muat pulak la lagi.

    ReplyDelete
  3. Bagus usaha sebegini. Kalu kita tak usahakan kesian anak-anak yg perlu diberi ilmu dan didikan.

    ReplyDelete