Thursday, January 30, 2014

Nasik lemak 30 sen..



As long as I can remember, Omak dah berniaga nasik lemak since Ibu masih di sekolah rendah lagi. Gaji Ayah yang tak seberapa.. maklum sajalah. Walaupun waktu tu barang masih jauh lebih murah dari sekarang namun dengan gaji yang tak seberapa tu.. and tho kami hanya dua beradik.. alhamdulillah.

My Mom.. is a very ambitious lady.. dia nak itu.. dia nak ini. Tapi tak pernah sekali dibebankan atas gaji Ayah. Thus atas usaha sendiri.. Omak sey berniaga nasik lemak. Dijual di kedai-kedai kopi kepunyaan Ah Seng and Ah Tong di kampong kami. Waktu itu hanya 30 sen sebungkus. Tapi cukup sudah untuk mengalas perut hingga waktu makan tengah hari.

Taste wise.. Ibu rasa sedap la kut. Seingat Ibu tiap kali Omak sey mintak cuti.. gerenti tokey kedai Cina tu akan bergaduh dengan Omak sey. Kisahnya.. dia orang akan lari "income" kalau Omak sey tak berniaga.

Ibu jugak pernah berjual nasik lemak di sekolah tapi banyak kali jugak Ibu kena "sembur" dengan orang kantin. Sebab katanya.. kami tak ada hak berjual di sana. How irony.. rezeki Allah itu untuk semua. And.. memadailah jika Ibu saja yang tahu kisah selanjutnya.

And so, walaupun Ibu selalu kena marah dengan orang kantin (only now I know.. ada spy antara kawan sekelas) tapi cikgu-cikgi di sekolah ada masa tetap jugak mintak Ibu bawak sebungkus dua. Lepas la untuk belanja sekolah Ibu... alahhhh.. mula la nak nangis ni.

Waktu tu.. mana ada orang berjual daun pisang. Kalau ada pun.. maybe kami takkan beli sebab "tak mampu". Thus.. solution.. Ayah akan cari ni di kawasan terbiar yang ada pokok pisang. And ada masa ada jugak orang kampung yang rasa pokok pisangnya perlu "dibersihkan".. well.. mula la "orang-orang yang tertentu" ni akan mencari Ayah. Itu belum lagi cerita pacat yang dah gemok melekat di betis atau takut ada ular sesat masa Ayah mencari daun pisang.. aduhaiiii..

Belum lagi cerita Ayah mencari daun pisang semasa hari hujan atau ketika Ayah tergelincir dari anak bukit hanya semata-mata mencari daun pisang. Banyak sangat kenangan yang mampu membuat Ibu menangis jika diingat semula.

Macam ni sajalah.. keluarga kami bukan seselesa sekarang. Anak-anak perempuan tak ada yang nak berkawan dengan Ibu hanya sebab Ibu tak ada anak patung togel. Adik pun.. mujur saja dia rajin mencari duit poket dengan bermain Cak Lempong di majlis-majlis kenduri kawin. Well.. just tell me about hard life.

Omak sey.. maybe sebab tak ada rantai leher 4-5 lapis or gelang tangan hingga ke siku and my dad.. well.. cukup saja Ibu katakan.. keluarga sendiri pandang sinis..

Tapi semangat Omak sey memang kuat. Dengan berjual nasik lemak and karipap.. Omak mampu menyampaikan "hajat" nya. Ayah.. very simple person. Cukup makan.. cukup pakai.. dia dah biasa "diuruskan" hence.. well he's very happy with his life back then.

And hari ini.. Omak sey masih berniaga nasik lemak. Walaupun kami dah cukup makan pakai tapi maybe sebab berjual nasik lemak dah serasi dengan jiwa kami.. entahlah..
 

Dulu Ibu selalu komplen takmo makan nasik lemak yang sama dengan yang Omak sey jual di kedai so untuk kelainan Omak sey akan tukar dengan telur mata separuh masak and boh goreng kangkung. Aiwahhhh.. heaven on earth.

And pagi ini.. Ibu ulang lagi nostalgia ini tapi untuk hidangan Cik Asben before dia pi kerja pulak.

Cukup la tu ya.. bucu baju dah lencun ni..

13 comments:

  1. alakai kak
    nape entri kita ni cam sama je
    spesen lap air mata bucu baju?
    huhu

    tetiba terasa nak makan nasi lemak ada kangkung ;)

    ReplyDelete
  2. Alahai Irfa.. jgn la mcm ni.. belum baca tp K.Sham dah emo.

    Mmg la penangan Kakak Kembo ni hebat betul.. asyik nak cairrrr jer..

    ReplyDelete
  3. Dulu pun masa kecil kami tinggal adik-beradik aje dalam rumah tu. Angah tukang buat nasi lemak, Alang tukang jual kat tempat kerja dia. Setiap hari sarapan nasi lemak aje kami kat rumah. Tapi mmg sedap la.

    ReplyDelete
  4. Eh cam sama je crita kita mak sey dulu pun jual nasi lomak dopan umh budak2 gi sekolah mesti singgah boli dulu org nk gi motong pun mesti singga0h boli dulu hehe...bezanya adik beradik den 13 org...-yan-

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt Sham ... alhamduLillah ... susah senang silih berganti ... now bila beratur kedai nasi campur especially kat UKM (bila temankan sahabat dari Brunei belajar kat situ) saya selalu perhati mana-mana mereka yang tak berapa nak mampu dan berkira-kira bila ambil lauk ... sendu je rasa hati ... nak offer bayar segan pula because semua kita ada harga diri ... kesusahan yang dulu sentiasa menginsafkan kita ketika senang insyaAllah ...

    ReplyDelete
  6. TATA,
    Kalau dh kena dengan selera.. cekodok plain pun layann..

    ReplyDelete
  7. Yan,
    Kut tak dulu sey ado 4 laei adik lelaki tapi sumo dah poei dulu..

    ReplyDelete
  8. Alaikumsalam REAL,
    Sahabat yg dirindu..
    Masa Sham sempat menghantar Amsyar ke sekolah agama di Msia dulu.. waktu lunch or tea break suka jugak Sham perhati anak2 kita mkn.

    Selalu yg jadi "mata" Sham.. si Amsyar la. Ada rezeki yg lebih.. insya'Allah..

    ReplyDelete
  9. salam k.sham….kisah keperitan hidup semasa dulu k.sham tu lebih kurang dgn mak saya….cuma yg membezakan mak saya 'alone' mengharungi segala derita & kesusahan membesarkan kami 7 beradik selepas arwah ayah tinggalkan dia. juga dgn kederat empat kerat memasak & menjual makanan. huhu!!!cuma time 3 yg last termsk saya, kehidupan kami dah beransur senang since kakak2 & abg byk membantu. pepepun ALLAH maha adil. semasa muda mak susah tapi alhamdulilah sekarang senang.

    ReplyDelete
  10. Alaikumsalam wbt Ros,
    Alhamdulillah.. wpun sekarang kita dah selesa.. dah dlm comfort zone.. jgn pulak kita lupa bersyukur.

    Mcm yg Omak selalu pesan pd K.Sham..
    Allah kalau nak bagi "anytime"
    Kalau nak tarik pun "anytime"

    ReplyDelete
  11. Emak saya juga pernah berniaga nasi lemak 30sen ketika membesarkan saya dan adik2. Emak buat dan hantar kat kedai atau gerai tepi jalan dan saya tukang jual di sekolah.

    Sekarang emak dah jarang memasak apatah lagi nasi lemak. Semua di masak oleh anak2 menantunya. Cuma sesekali kami ketagihan nasi lemak emak. Dan request dia masak nasi lemak lagi. Esok lah :)

    ReplyDelete
  12. Nasi lemak. Mmg dah sinonim sgt dgn masyarakat Melayu. Hampir semua org ada kisahnya yg tersendiri.

    P/s;
    Wahhhh.. Bonda ada kat sana ya.
    Boleh la request and manja-manja lebih sikit.

    ReplyDelete
  13. Yer kak, bonda ada kat sini 2 bulan. Dah tak senang duduk tu sebab tak boleh keluar rumah. Sejuk melampau katanya :)

    ReplyDelete