Monday, February 24, 2014

FREE KUWAIT

Esok Kuwait raya.. liberation day la. Kira macam hari merdeka jugak la. Dah tu.. hari ni kira macam "hari bantai" la kalau di N9.

Dah tu.. semua sekolah dibenarkan dan digalakkan untuk adakan sambutan mengikut cara masing-masing. Tapi biasanya setakat makan-makan and pakaian beragam la.

Unlike anak Ibu yang 2 tu.. Arif very excited (maybe sebab still tadika lagi kan). Hari ni he got to wear his baju raya. Well.. that's what we call it.



Mula ingat kita orang selamat dah dari kena mencari baju raya tapi balik dari sekolah semalam dia kata "Ibu.. teacher suruh pakai baju Kuwait". Aduhaiiii..

So.. malam tadi mula la operasi mencari. Senang jer nak cari sebenarnya.





Ini baru satu kedai.. sebenarnya SATU Kuwait dah macam ni for the past almost one month..


Yang ini pulak gaun anak dara kawan Ibu. Unlike boys.. pilihan untuk the girls lagi meriah sebenarnya. Dari segala eksesori.. macam-macam.

Btw.. demam baju raya ni bukan setakat hari ni or esok sahaja. Kalau pi jalan-jalan kat mall or whatever.. ada je pemandangan yang macam ni..

6 comments:

  1. TATA,
    Dia org ni mmg takda istilah raya sebenarnya. Raya posa tak cuti. Raya Haji.. sibuk dengan kurban.

    Cuma during Liberation Day ni la (25th Feb) dia org boleh bergaya sakan. Meraikan kemenangan dari tentera Iraq. Twice pulak tu Iraq ceroboh Kuwait. Tu sebab pd dia org Liberation Day lagi meriah dari segala perayaan.

    ReplyDelete
  2. pakai satu hari je kan?
    boleh simpan utk tahun depan pulak ye

    ReplyDelete
  3. teringat macam baju free syrian,
    moga syria bebas one day, I pray for them and all, insha Allah

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Arif mungkin pakai sekali ni saja la.
    Next year.. entah laa..

    ReplyDelete
  5. Tihara,
    Insya'Allah.. wa bi'iznillah..

    ReplyDelete