Friday, February 28, 2014

Robocop in Kuwait..

Khamis malam Jumaat. Kebiasaanya ada KAFA untuk anak-anak Malaysia kelolaan Perwakilan Wanita Malaysia-Kuwait. Tapi minggu ni kelas direhatkan atas sebab semua ustaz takda di sini. Semua pi umrah. Ada yang atas tajaan Masjid Kabir Kuwait and ada jugak yang pergi atas tajaan badan-badan kebajikan yang lain. And ada yang lagi bernasib baik dapat pergi naik flight... and the rest naik bas. Thus semua ditanggung beres. Visa.. tempat tinggal.. errr.. bab makan Ibu tak sure pulak.

Yang Ibu diberitahu.. semua pelajar Kuwait U (Malaysian) dapat pi umrah kali ni. Rezeki tu babe. Alhamdulillah..

And semoga adik-adik kita tu mendapat umrah yang mabrur serta barokah.. insya'Allah..

And dah macam tu.. since kami pun tak cukup korum untuk badminton.. makanya.. buat hal masing-masing jer la..

Dah macam tu.. apa lagi.. since Jumaat and Sabtu ada kelas karate pulak.. kami layan tengok wayang jer la. Dah dua minggu berturut dia orang ni layan kartun so kali ni Ibu request (kalau nak Ibu tag along) please la.. tengok cerita lain pulak. Conclusion.. (lepas ding-dong-ding-dong) kami layan cerita Robocop.

Tak tau la how about others.. but secara konklusif nyer (kami anak-beranak) errr.. macam tak berapa nak umphh sangat la. Arif sampai nak tertidur dalam panggung sebab cerita a bit slow. But as I said.. itu pada kami la.. orang lain.. entah laa..

Robocop tak siap make-up lagi.. Pokcik Kelawar jer yang ada malam tadi..

Lepas tengok show.. semua lapar. Dah jam 10.00 malam pun so direct kami tuju ke kedai Siam kat Kuwait City (kami cuma ada 1 jam saja before kedai tutup). Dalam kereta dah mind-set tang apa yang nak dimakan. And my choice was..

Selera tak berapa nak mari.. at last pilih fish-ball noodle soup jer..

Habis makan kena rush balik pulak. Standard la.. malam minggu kan.. nak ngelak jalan jem.. And nak berebut parking pulak. Sebelah building kami ada gym untuk lelaki. Biasanya malam minggu ni dia orang akan datang suka-suki tumpang parking kami.

Yang tak syok tu.. 2 parking lot.. untuk sebiji kereta. Bukan sebab kereta dia orang besar (memang besar pun). Setakat H2 and H3 tu.. bersepah jer. Tapi sebab jenis yang tak reti tak parking elok-elok ni.

Errr.. bukan Kuwaiti.. sebab kut locals.. dia orang tak main la lepak kat situ.. (gym cikai jer). Paling kokak pun dia orang akan lepak gym seberang jalan rumah Ibu. Yang itu complete A - Z. Membership pun jenis yang cecah satu session cecah RM20,000 setahun.

Habis dah.. dah cerita tu jer.. have a nice weekend everybody.

Ilal liqa'

6 comments:

  1. mmg geram je dgn orang parking x masuk kotak nih

    ReplyDelete
  2. Menyenget.. tak masuk kotak.. janji 2 lot sebijik kereta.. biasa sangat la kat sini. Kut yg drive sendri tu kita faham la dah peil tuttttt.. ni yg ada pakai driver pun sama..

    P/s;
    Driver la yg tutttttt..

    ReplyDelete
  3. Bestnya student msian dpt sponsor g umrah. Sapa yg sponsor ksham? Btw psssst sini pun style 2parking 1 keta gak. Mentang2 rakyat xramai tp time kita nak parking yg dekat tu bengang gak le

    ReplyDelete
  4. Ros,
    Kat sini biasa berebut badan kebajikan nak sponsor students pi umrah. Cuma tunggu visa approve atau tak saja.

    Parking depan/sebelah kedai la yg selalu senget. Mcm la dah tak nyempat2 nk pi shoping sgt.

    ReplyDelete
  5. Kak, kalau kedai tu lagi sejam nak tutup, meaning dia akan tutup terus atau bagi peluang orang dalam tu bagi habis makan dulu?

    ReplyDelete
  6. Yg masih makan tu.. makan je mcm biasa. Tapi kut ada yang baru sampai.. biasa dia orang akan tengok jugak. Mcm kami ni yg dah regular.. tokey pun dah tau apa yg kami nak makan.

    ReplyDelete