Sunday, March 16, 2014

Ibu.. is feeling so freaking annoyed..

Assalamualaikum all,

Semalam Kuwait hujan. Dari cuaca yang mula nak terik tiba-tiba jadi sejuk. Sejuk yang Ibu terpaksa pakai stokin dalam rumah. Siap pasang heater dalam bilik. Tapi Ibu sorang je la. Yang lain steady jer..



Yang kat atas tu gambar yang Ibu ambik masa kami pi lunch while yang kat bawah tu pulak gambar dari wall sorang reporter kat sini. Anyway.. semua tu rahmat Allah.

Tapi dalam kita sejuk siap dok ketar satu badan.. boleh pulak jadi panas bila baca komen sorang budak kecik ni. Bukan sekali.. bukan dua kali tapi dah TIGA KALI.

Kali pertama Ibu delete tapi Ibu pi jugak jenguk dia cuma tak FOLLOW.
Kali kedua Ibu ikut kan jer la kehendak hati dia.
Tapi kali ketiga ni Ibu delete semula.

Mula tu rasa macam nak pi tegur dah tapi rasa dia tak kan baca pun. So lebih baik Ibu lepas geram kat sini. Sure ada yang kata buat apa membebel sorang-sorang. Well.. rumah kita.. kita sendiri adjust la kan.

Meh Ibu nak cerita sikit.

Kenapa Ibu ada header kat atas tu.. sebab Ibu appreciate rakan-rakan yang pernah tinggal jejak kat sini. Ada masa.. sesekali Ibu pi jugak ziarah. Maklum jer la.. bukannya Ibu ni boleh setiap masa pi berjalan ke rumah orang pun.

Kenapa Ibu ada sidebar kat tepi belah kanan tu.. sebab itu antara rumah-rumah yang Ibu suka and kerap ziarah.

But both and most of the time.. Ibu cuma setakat jadi SR (silent reader). Kut dah berderetttttt komen orang tu.. Ibu setakat tumpang lalu jer la. Reason : dah tu semua orang dah kata.. semua orang dah tanya. Tambah pulak bukan bermakna bila Ibu senyap tu.. Ibu tak nak kawan.. haisshhhhh. Anyway.. terpulanglah pada tuan rumah nak mentafsir yang macam mana pun.

Tapi budak kecik ni.. ketuk-ketuk jer rumah kita.. suruh kita follow dia.. datang jer rumah kita.. suruh kita follow dia. Ibu dah follow pun.. siap terpampang muka Ibu kat senarai follower dia.

Apa motif dia nak tambah follower.. Ibu pun tak pasti. Sebab Ibu ni jenis nak kuantiti bukan kualiti.. ehhhh.. terbalik lak.. (saja jer tu - kut la ada yang faham).

Kita ni orang tua.. sikit tahun lagi dah masuk 5 series. End story.. pangkat EMAK pun pada dia dah. So jangan la buat peil budak-budak kat rumah ni.

Yang terpampang kat atas tu pun muka ORANG TUA. So.. walaupun komen tu setakat "cut and paste".. silalah panjangkan sikit akal tu. Be rational.. be logical.. be sensible.. dengan orang tua macam tu ke ko nak bertegur sapa?

Ibu bukan sombong.. Ibu pun bukan setiap masa asyik nak tunjuk negative energy kat setiap entry. Tapi bila dah tak berkenan tu.. Ibu kena cerita la sikit. Nak tegur.. rasanya dah ada pun yang pi tegur dia. And rasa.. macam tak melekat jer.

Sebenarnya.. ada jugak rakan-rakan blogger (even pangkat anak) yang cut and paste komen (with almost similar tune). Singgah sini and mintak kita buat kunjung balas. Insya'Allah.. biasanya Ibu akan DIRECTLY response and act on it. Orang dah sudi ziarah kita kan.. tapi yang sorang ni.. DAH TIGA KALI TU BABE. And how he react on it.. dia tak sedar pun kita dah follow dia. So macam mana la Ibu tak membebel kat sini.

Anyway.. macam biasa..lepas settle lepas geram.. Ibu nak share la gambar lauk cincai-cincai yang Ibu masak malam tadi. Memang serious nyer cincai. Mujur jer tak ada yang komplen. Sebab kata cincai.. entah.. tapi pada Ibu memang dah cincai la.



Partner - ikan kerisi goreng. Sayur pun Ibu tak masak. Betul.. serious nyer cincai tadi. Lepas makan.. rehat lebih kurang terus masuk tidur. Ingat bolehlah extend tidur tapi at last kul 3 pagi celik pulak dah mata.

And kenapa Ibu kata Ibu nak extend tidur.. nanti-nantilah Ibu cerita.


Selamat berhari minggu friends. Kami di sini dah Sunday blues..

10 comments:

  1. K.sham rasenya saya tahu sapa yg dimaksudkn. Di Kebanyakkn blog yg saya follow bdk ni intrupt dngn kmn yg sama. Rase annoying sngt.

    ReplyDelete
  2. Mmg byk rumah jugak yg K.Sham nampak dia tinggal jejak.
    Org lain K.Sham x tau la.. tp kut pd K.Sham.. mmg annoying la.

    ReplyDelete
  3. Haha kak. Sama la dengan saya. Bila dia tinggalkan jejak di blog lain yang saya baca, saya pulak yang rasa sangat annoying kat dia. nak aje rasanya membalas komen kat part dia. but since saya kena hormat tuan rumah, so saya diam aje la.

    That kind of comment is at the top on the most-hated-comment list.

    Sibuk nak ramaikan follower la tu. Nak bangga ramai follower tapi tak kenal sangat pun memasing tu.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Cuaca dunia sekarang sungguh kelam kabut ....

    Di Tanah Air , kering ...sampai air terpaksa dicatu catu

    ReplyDelete
  5. Ibu...Aina pun dah beberapa kali dapat komen macam tu. Mula2 klik lepas tu ignore jelah.

    Lama juga tak jengah rumah ibu...

    ReplyDelete
  6. TATA,
    Harap nyer kut la budak kecik tu tersesat ke sini lagi.. harap dia baca & faham bebelan K.Sham.

    ReplyDelete
  7. PB,
    Di sini pun cuaca tak menentu jugak. Patutnya dah mula masuk summer tapi tiba-tiba sampai ribut pasir berselang dengan hujan.

    Semoga kita semua akan dilindungi dan dirahmatiNya. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  8. T.kasih June.
    Sudi jugak jengah Ibu di sini.
    Budak kecik tu.. Ibu andaikan anak-anak yg masiih kurang berakal saja.. tapi.. kena ada batas jugak la..

    ReplyDelete
  9. Akak, saya rasa saya tau siapa. Sebab saya pun dapat juga. First time, saya layan...lepas tu ada lagi komen yang serupa macam tu, saya dah naik angin. Now, dia punya komen saya ketegorikan sebagai spam. Dah memang macam spammer pun cara dia tu....

    ReplyDelete
  10. Aziela,
    Yg K.Sham kagum tu.. mmg dia rajin. Rajin buat kerja yg kurang berfaedah mcm tu.
    Byk masa jugak yg dikorbankan nak layan hobi yg mcm tu.

    ReplyDelete