Monday, April 14, 2014

Madinah - Kuwait.. Ilal liqa'

Assalamualaikum all,

Rasa kurang lengkap kalau umrah jika tidak disertakan dengan ziarah. Namun ia juga bukan satu kemestian. Pada yang berkemampuan.. punya masa.. punya izin dari-Nya pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mencecah kaki ke kota Madinah.

Tak payah nak cerita banyak.. for its sure gonna be the same story like those told by others. Yang membezakan mungkin hanya "pengalaman" masing-masing semasa di sana.

Seperti ziarah ke masjid-masjid yang terkenal di sekeliling kota Madinah. Well.. that is a must.

Sedikit bonus bagi kami kali ini.
Alhamdulillah.. kali ini kami berpeluang menziarah ke kilang mencetak Al-Quran. Sebenarnya semenjak dari visit yang pertama Ibu sudah tanam doa dan hajat untuk ke sana tapi cuma kali ini ia termakbul.




Sesampai kami di sana jam sudah 10.30 pagi dan que pulak dah panjang. Actually only kaum Adam saja yang boleh masuk ke kilang mencetak Al-Quran ini.

Logik la kan;
1- Dia orang ni semua berwudhu.
2- Khuatir mampu mendatangkan khilaf jika terlepas tumpuan.

Bagi anak Ibu.. aside from nak tengok bagaimana Al-Quran dicetak.. peluang untuk mendapatkan naskah Al-Quran percuma is sort of their personal target. Siapa tak seronok dapat hadiah.. especially Al-Quran. Well.. maybe it just us. Nevertheless.. its an experience not to be missed.

Ibu pulak ini peluang untuk mendapatkan buah tangan bagi keluarga di Malaysia. And yang menjadi pilihan was..


FYI.. yang biru tu untuk keluarga di kampung. Memang saja Ibu dapatkan saiz yang besar so harapnya (insya'Allah) mudah pembacaannya kelak. Dia orang mata dah rabun kan.

While yang merah tu hadiah untuk insan-insan istiwewa pilihan anak-anak Ibu.

Tapi yang mengkagumkan kami pada hari itu was.. Ieca (anak perempuan bongsu Puan Zie) yang tiba-tiba berhajat nak Al-Quran saiz poket. Senang nak bawak dalam "beg" katanya. Unfortunately.. Si Mama tak pulak membelikan (there was a reason to it).

On our way back.. tiba-tiba ada sorang Tok Sheikh ni mintak nama penuh Ieca and tanya dia dari mana. And tak semena-sema Tok Sheikh ni keluarkan sebijik AL-Quran pocket size and started writing something on the front page of the Quran. And later he gave it to Ieca plus advised her keep-on reciting Al-Quran everyday.

Ini gambarnya..


Kami.. memang terbisulah sekejap. Its just like HE responded to the little girl request as if "immediately".

For Ieca.. memang suka yang teramatlah.. while for us.. hanya simpan "komen" dalam hati.




Hari terakhir di Kota Madinah.
Tidak banyak yang berlaku. Rutin biasa.. and if I may say.. during our last day there sepertinya semua tidak punya semangat langsung hendak balik ke Kuwait. Nak packing barang pun malas.

Sebagai penutup ziarah kami.. setelah selesai solat asar.. semua pun siap untuk check-out and our last destination was kedai menjual segala jenis buah kurma. Again.. Ibu memang tak ada sebarang pengalaman on this matter so semuanya Ibu serahkan pada Jalil (the bus driver).



And tempat dituju (again jangan di tanya lokasi) cuma yang Ibu tahu it was a shop owned by a local tapi pembantunya ada seorang lelaki bangsa Indonesia. Well.. the price was reasonable. Cukuplah untuk membeli serba-sedikit buah tangan untuk rakan-rakan di Kuwait.

Insya'Allah.. dengan izin-Nya.. ada kelapangan.. ada sedikit cerita ingin Ibu kongsikan di sini.

BILA HATI DAH TERCUIT..

9 comments:

  1. Allahu Akbar. Sedikit sahaja yang Allah kuriniakan sehinggakan terdiam dan terkunci minda kita untuk menidakkan kuasa Allah. Subhanallah...

    Hadiah katanya dari Pak Sheikh tu yer kak. Siap tulis hadiah dari nama dia kepada puteri kecil. Madinah Munawarah. Tahun hijrah. Subhanallah....

    ReplyDelete
  2. Kalau dh ketentuanNya tiada siapa yg dpt menolak rezeki dr Nya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah kembali dari menunaikan ibadah umrah..

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar ... MasyaAllah may Leca girl and anakanda-anakanda Sham be guided by Al-Quran throughout their lives ... assalamualaikum Sham :)

    ReplyDelete
  5. Tifa,
    US without ALLAH.. we're nothing.
    Allah without US, HE's still ALLAH.

    ReplyDelete
  6. Nasa,
    Alhamdulillah.
    Sudah seminggu kembali ke Kuwait.
    Tapi hati masih di "sana".

    ReplyDelete
  7. Masya'Allah.. wa tabarakallah.
    Insya'Allah.. semoga kita semua mampu membudayakan amalan membaca Al-Quran sebagai suatu cara hidup seharian.

    Alaikumsalam wbt sahabat.

    ReplyDelete
  8. Allah mendengar permintaan dia kak!

    ReplyDelete