Friday, May 30, 2014

3 hari cuti yang tak macam cuti pun..

Di sini cuti 3 hari ya'ni Khamis till Sabtu. Tapi tho cuti.. Ibu macam tak cuti pun. Ada je benda nak kena selesaikan.

Hari Khamis.. 
Pi hantar anak-anak bergunting rambut. Unlike others yang mungkin boleh suka-suki pi serah kepala kat mana-mana kedai.. budak-budak ni prefer pi kedai yang satu ni jugak. Sebabnya..


Kat sebelah kedai gunting tu ada kedai jual ABC Pinoy (halo-halo). 1kd semangkuk.. tapi ada macam-macam alien dalam tu.. buah kabung.. jelly.. kelapa muda.. ada masa sesat jugak jagung manis.

Ni semua sebab yang tukang gunting tu tersangat la cerewet. 1 kepala ada masa cecah 45 minit. Selalu jugak anak-anak Ibu tertidur time bergunting tu. Kut 3 kepala.. dah 2 jam lebih. Plus masa menunggu turn customer yang sebelum tu lagi.. Mau cecah 3 jam lebih jugak melepak kat situ..

So dah alang-alang menunggu tu.. make sure ada benda yang boleh divert attention..

Petang Jumaat..
Ada majlis sambutan Israk Mikraj di Kedutaan Besar. Dah tu ada kawan mintak Ibu tolong buatkan mi kuning sikit. Nak dijodohkan dengan sup tulang.. kata dia la..

Kut ada sesiapa yang berkenan nak resepi mi kuning.. boleh la try tengok kat sini.

Btw.. inilah hasil menggelek mi selama hampir 1 jam..


Andai ditakdirkan ada extra kerajinan.. bolehlah Ibu sambung menggelek mi kuning lagi. Reason : nak menghabiskan stok tepung di rumah ni. Ye la.. nak mem-baking dan yang sewaktu dengannya tak pandai.. buat sepah dapur.. pandai laa..

Hari Sabtu pun macam dah ada plan.. nanti-nanti kita sambung cerita la ya..

Okey.. ilal liqa' friends..

2 comments:

  1. ohh...patutlah dorang nk gunting rambut di kedai tu je heeee
    Resipi mee kunig?..boleh la JM try nanti

    ReplyDelete
  2. resepi mi kuning tu menarik..dijamin halal dan takde pengawet kalau buat sendiri kan..

    ReplyDelete