Thursday, May 22, 2014

Al-Quran dalam gadget??

Assalamualaikum all,


Soalan Ibu..
Boleh ke kita baca Al-Quran yang ada dalam phone or other gadgets tanpa air sembahyang (wudhu').

Pada yang dah tahu.. alhamdulillah.. tapi Ibu ni memang banyak ketinggalan. And so dari rasa was-was.. kita carilah mana-mana or siapa-siapa yang boleh dibuat sandaran sebagai bahan rujukan.

Semoga ia juga berguna pada sesiapa yang memerlukan..

Wallau' alam..


9 comments:

  1. Fahaman saya adalah membaca alQuran memang memerlukan wuduk. Tapi kalau saya baca tafsir alQuran atau surah-surah pendek yang dalam buku tahlil atau buku yasin (ada tulisan rumi) saya tak berwuduk.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. emm sy bukak jugak kalau travel xde quran nak baca, sbb dah biasa baca lps solat.terpaksa lah buka apps

    ReplyDelete
  3. Betul tu ..kdg2 bila bab agama ni rasa was was nak rujuk dalam aplikasi macam gajet ni..takut tersilap lain maksudnya..

    ReplyDelete
  4. Informasi menarik dan terima kasih for sharing...

    ReplyDelete
  5. kak, jom dengar tahsinul ibadah kat ikim.fm on thursday 10.20am waktu malaysia (tak taulah waktu sana kul brp kan). Banyak sgt pertanyaan yg kekadang kita waswas yg ustaz jawab.

    Bab baca alquran ni banyak kali jugak org tanya, kalau mushaf yg hanya ada ayat alQuran tuh memang tokleh pegang kalau takde wudhuk, tapi tafsir alquran, or extraction mcm surah2 pilihan or yassin ker tak jadi masalah. Memanglah sebaiknya dengan wudhuk kan, tapi kalau strict sgt, limited sgt kita membaca alquran. kekadang dlm flight ker, dari membuang masa.. seronok sgt buka dan baca alquran

    ReplyDelete
  6. Thank you all.. especially on the positive response.
    Insya'Allah.. mana2 yg boleh dikongsi.. K.Sham akan share di sini lagi. insya'Allah.

    Mila,
    Di sini radio "luar" mmg kena ban. Tp.. insya'Allah akan diusahakan.

    Btw.. tujuan K.Sham tanyakan soalan tu sbb selalu sgt "masa byk terbuang" menunggu.. fahamkan..

    ReplyDelete
  7. Dulu saya berjaya download apps tu, jadi saya akan baca anytime and anywhere yang sesuai. Kadang2, teman hubby memancing pun boleh baca. Memang rasa ralit dan leka dengan ayat2 Allah ni. Tapi 2-3 months' back, saya ada masalah pula nak download. Sedihnyaaa

    ReplyDelete
  8. bagi saya pula saya akan pastikan diri dlm keadaan brwudhu smsa mmbaca Al-Quran dlm apa bntuk sahaja

    ReplyDelete
  9. tq for sharing, daripada kita was was, baik bertanya pada yang arif...

    ReplyDelete