Thursday, May 8, 2014

Bila rasa mulut dah tahap syurga..

Assalamualaikum all,

Meh Ibu nak cerita..

Hari ni mengumpat dah advance. Banyak masa hanya perlu guna medium ei, wassup.. chat.. ym and yang mana-mana sewaktu dengannya. Tak perlu nak sembang face to face. Nak lagi best selit sekali "print-screen". Konon nak jadi bahan bukti.. menguatkan cerita..

Tak cukup dengan mengumpat.. sempat pulak membatu api.. elok-elok orang berkawan (aman-aman) at last jadi macam embun di hujung rumput.

Dah jadi macam ni.. cuba la study diri sendiri semula. Ibu ni pun menegur diri sendiri jugak. Ada masa kita pun terkucil.. terlepas.. tercakap.. terwassup.. ter apa-apa je la. Kunun dengan niat nak tunjuk perihatin.. Whatever it is.. once dah sedar.. cepat-cepat tarik diri. Besar dosa mengumpat ni..

Errr.. ada orang kata.. blog pun boleh jadi medium "mengumpat".

Okey.. ni lagi copy paste dari a few articles. Rujukan dari Ustaz dan Ustazah yang selayaknya. Nak bagi back-link sure ada yang kurang rajin nak membaca. So di sini Ibu summarize-kan.

Mengumpat..
Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang. Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

1) Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2) Perbuatan mengumpat (mendedahkan) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Polan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3) Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti.

Seperti contohnya ;
Dari Aisyah ra katanya : Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah saw, lalu bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul saw, Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

4) Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

Contohnya, bagi menghindarkan dari berlakunya pemalsuan hadis-hadis Nabi Muhammad saw. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan atau menitipkan amanah. Atau urusan perkahwinan demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

5) Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6) Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai. 

Namun, andai kata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu, umpamanya : Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah-rendahkan. Andai kata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran di atas maka itu adalah lebih baik.

Okey dah habis baca..

P/s;
I wonder.. apa la perasaan orang yang pura-pura baik/senyum.. kekdahnya pijak semut pun tak mati kat depan kita tapi kat belakang.. aduhai.. (sambung dalam hati je la)

And may Allah open our doors..
Mana-mana yang terasa.. minta maaf ya..


Sambil-sambil tu.. ni dinner kami malam tadi (merangkap sahur).. new member in the house.. telur masin yang diimport khas dari kedai Siam si Bobby. Nak buat sendiri.. malas punya malas.. delay punya delay.. beli je la yang senang.

Then this morning before Cik Asben nak pi office..


Multi-purpose soup with mee suah to the rescue.. ikhlas ni.. masa Cik Asben tengah dok hirup sup tu.. ada orang tu kan kan.. boleh terliur pulak. Bad.. bad.. so bad..

Lama lagi nak iftar ni..


Happy Thursday friend..

11 comments:

  1. happy fasting k.sham…saya terlupa niat semalam. haha!!!inshaALLAH next monday plak. btw mana tak terliur, menggiurkan betul sup tu.

    ReplyDelete
  2. selamat berbuka posa ye...sunat ke ganti? hehehe

    ReplyDelete
  3. Ros & Nasa,
    Puasa sunat hari Khamis.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mee suah tu. adehhh terliur dah ni

    ReplyDelete
  5. yum yum...
    tgk gambar pun terliur... camna ler org yg dok tengok live tuh tak terliur yerrr hii

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sham,

    Kebetulan pula terbaca hari ini ...

    "Sabda Rasulullah SAW: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka, tidak akan memuji mereka dan bagi mereka azab seksa yang pedih; orang yang isbaal, pengadu domba dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah yang palsu.” (Riwayat Muslim)"

    Keterangan lanjut sini ...

    http://www.sinarharian.com.my/rencana/larangan-isbaal-melabuhkan-pakaian-1.278462

    Ingatan buat saya dan sahabat.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. tq 4 remind. May Allah bless us with His mercy.

    ReplyDelete
  8. Hari Rabu masa nak Zohor jam 3 lebih baru tahu yang saya period. Memang menyesal sungguh tak solat on the time, so saya tak pasti whether I should ganti that Zohor or not.

    ReplyDelete
  9. TATA,
    Kalau tak silap.. dulu pernah K.Sham diberitahu yang wajib kita ganti solat sebab dah masuk waktu & waktu tu kita dalam keadaan sedar.. bukan pengsan atau tidur. Insya'Allah nnt K.Sham try carikan alasan/link.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumsalam wbt REAL,
    T.kasih.. sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan..

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih KakSham diatas peringatan bersama..
    Kdg kala kita terlupa.. Ya kita mudah lupa untuk kebaikan tapi utk yang lain ..
    MasyaAllah..Semoga Allah Lindungi kita semua dari segala fitnah..

    ReplyDelete