Tuesday, May 13, 2014

Menumpang kasih..

Assalamualaikum all,

Hari ni Malaysia cuti kan.. semua or ikut negeri?? Bab ni memang sejak dari dulu la fail.. Ibu dulu time "punch-card" cuma pandai selak kalendar ikut negeri jer..

Anyhow.. menyampaikan hajat anak-anak..
Ada di antara ustaz-ustaz di KAFA dah nak balik Tanah Malaya for good. Tempoh pengajian kursus bahasa dia orang di sini dah nak habis. And before dia orang makin sibuk untuk final exam.. anak-anak Ibu mintak dijemput ustaz-uztaz tu datang ke rumah. Sesi makan-makan and sembang-sembang katanya.


Sembang-sembang..
Macam-macam yang dapat Ibu belajar dari adik-adik ni. Ada yang sanggup melupakan dan ada jugak yang sanggup menangguhkan bidang yang diminati semata-mata nak menyampaikan hajat Bonda dan keluarga. Bila ditanya.. tak terkilan ke? Jawapan (without any hesitation).. ilmu Allah ni luas.. once dah graduate nanti.. boleh jer sambung yang dulu tu..

Sejuk telinga yang mendengar.
Bertuah pulak Ibu yang mengandungkan anak yang seorang tu.

Sambil-sambil tu dapat jugak update dari adik-adik ni yang dia orang dah lama boikot "mat'am" di universiti. Cuma masalahnya.. orang lain yang memboikot tapi nama dia orang yang terlibat. Antara sebab.. kualiti makanan yang "kurang serba-serbi".

Dah dok berjauhan ni.. kita la ganti kakak.. kita la ganti emak.. kita la tempat mengadu dia orang ni.

And for that reason.. suka sangat Ibu nak pesan pada kawan-kawan di luar.. dia orang ni insan terpilih. Jika ada rezeki lebih.. panjang-panjangkanlah tangan tu untuk bersedekah. Not talking just about myself.. tapi pada semua.

Bersedekah pada "mereka" yang berjihad ke jalan Allah ni.. besar ganjarannya.

Bila lagi nak mula menabung untuk alam akhirat.

Ilal liqa' friend..

3 comments:

  1. Betul tu kak. Bersedekah la walaupun sedikit. Kalau kita bersedekah ke jalan Dia dan kerana Dia, insyaAllah Dia akan pulangkan rezeki kita berlipat ganda lagi.

    ReplyDelete
  2. bila diperantauan, jumpa rakan senegara mcm jumpa family ;)

    ReplyDelete
  3. huhuhu... Besarnya pengorbanan mereka

    ReplyDelete