Thursday, June 19, 2014

Cerita naik belon..

Assalamualaikum all,

Bersiaran dari Tanah Malaya.. which part of Tanah Malaya.. tak dapek la Ibu nak bagi tau sobab ehh.. semanjang bejalan jo.

Alhamdulillah.. our trip balik ke sini dipermudahkan. Walaupun ada delay more than an hour semasa di Kuwait airport.. hence sampai sahaja kami di airport Colombo.. terpaksalah kami berlari-lari manja sebab dah final call. Thus.. Ibu nak menziarah kedai benda yang melekat-lekat kat besi tu pun tak sempat. Dah tak rezeki Ibu la tu.

Alhamdulillah.. tahun ni tak banyak songeh..

Cerita dalam flight.. lesson learnt..
Tahun lepas anak-anak Ibu pakat semua dok lapar sebab tak aci dengan “beriyani” yang dia orang offer. So.. the moment sampai airport Colombo semua terjah Coffee Bean sana. But still tak jugak boleh nak order suka-suki sebab its Colombo babe. Bab HALAL tu kena extra fikir jugak la. At last.. Mc Donald di KLIA jadi mangsa.

Dah jadi macam tu..
Tahun ni.. Ibu siap-siap bagi makan kenyang-kenyang sejak dari rumah lagi. Last year tu.. sebab “over confident” pun ya jugak. Kami ingat nak makan di airport saja.. sekali.. problem pulak masa nak check-in.

Tepuk dahi.. 
Padan muka sendiri..

Haazem with his "bekal"..

Tahun ni.. since kami opt for the same airlines.. sedikit bersedia la. Example; for my Manja.. Ibu siap tapau lagi popcorn ayam. FYI.. airport Kuwait ni.. benda-benda macam ni.. ada masa "lepas" jugak.. So kira try je la.. ada rezeki.. lepas..

Ada jugak yang tanya.. kenapa tak ambik airlines lain. Meh Ibu nak cerita.. Ibu ni ada sikit sakit lutut. So kalau ambik direct flight (8 jam) cepat sakit lutut wooo. Dulu masa muda sikit, memang Ibu naik Kuwait Airlines jer. Direct.. senang. Whereas Emirates ke.. Gulf ke.. Qatar ke.. most of the airlines 7 jam jugak nak sampai ke sini. NO can do la. Tak tahan lutut ni..

Tapi.. haa.. tapi syok la memborong masa transit. Makan pun senang. So, now Lankan pulak jadi pilihan. Kuwait – Colombo 4 jam. Then Colombo - Malaysia pun 4 jam. Transit pun tak lama dalam 1.30 to 2 hours. Airport pulak kecik. Senang Ibu nak bergerak. No hassle nak naik turun bas.

Well.. at least.. itu cara kami berfikir. Orang lain.. lain pulak reasoning nyer kan.

Dalam flight pun Alhamdulillah.. kami dapat jiran yang jenis pi sekolah. Naik Lankan ni ada jugak disadvantage nyer. It’s the only airlines from Kuwait yang offer liquor dalam flight. Thus.. the moment naik jer.. mula la “orang kampong” order beer and segala suku-sakat benda tu. Bau tu masih boleh tahan lagi. Yang ngeri tu kalau ada kes “mabuk”. Ye la.. kat Kuwait tak merasa kan.. so ada yang pakat lepas hajat la kan.

Singapore Airlines memang tak masuk buku lagi sebab kena stop kat Dubai and Singapore. Rasa lama sangat la pulak nak sampai..

Well.. setakat tu dulu cerita Ibu untuk kali ni. Tenet pun tenat gak ni. Adat la.. guna prepaid jer. Senang.. pakai buang.. Alahai.. macam iklan pampers la pulak.

Yang betulnya memang Ibu takmo anak-anak practice mengadap gadget saja. If can.. while we’re here.. (Ibu pun terlibat sekali la tu).. pandai-pandai la bawak diri kan..

Ilal liqa’..

5 comments:

  1. dlm flight mmg kena ada jajan utk anak2 sbb diorang kalau boring mesti nak makan je

    ReplyDelete
  2. SELAMAT SAMPAI KE TANAH MALAYA TERCINTA...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah sampai.... Wah, meriah la rayo tahun nie yo kak. Mantai kek mano kak?

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Biasa budak2 ni layan video @ cartoon sampai ke sini la.
    Then dalam keta suma pengsan.

    Sal Bee Yah & Nasa,
    T.kasih.

    Aziela,
    Mantai kek Pilah la tahun ni.

    ReplyDelete