Friday, June 27, 2014

Mak aii.. mahal nyer..

Assalamualaikum all..

Kisah hari ni.. semalam punya cerita..

Semalam jalan-jalan rumah kawan. Nampak pulak kawan yang sorang ni makan kue tiaw goreng. Hati sudah tergoda la pulak. At last.. terus call my mom mintak tapaukan kue tiaw goreng. Thus hasilnya..

Sedikit sayang.. 
Hati ayam dah habis la pulak. Bukan rezeki Ibu la tu.

Itu cerita sarapan pagi Ibu.. Okey.. setel satu cerita..

Then nampak pulak dia minum air epal.. Ibu pun usahakan jugak nak mencari air epal. Tapi hasilnya.. Ibu dapat air gula. Diulang semula.. AIR GULA..

Air epal yang lebih macam air gula.

Subhanallah.. punyalah manis.. sampai dah tenggelam rasa epal tu. Frust.. memang frust.. Macam yang Ibu selalu kata.. I enjoy good food tapi rasanya selama Ibu balik ke sini belum lagi Ibu jumpa kedai yang betul-betul ikut ramuan yang sepatutnya.

Bukan nak komplen tapi.. kalau dah..

1- Nasi goreng kampung boh sawi instead of kangkung
2- Nasi goreng kerabu guna isi ayam instead of ikan bilis
3- Nasi goreng pedas yang langsung tak terasa pedas

And my list can go on and on and on..

Frust la kawan.. ke Ibu yang tak bernasib baik..

By the way.. di sini kalau kita order ikan.. your bill makan memang boleh cecah sampai RM100 ke? Dah dua kali Ibu kena charge macam ni.. seekor ikan siakap saiz biasa-biasa boleh cecah sampai RM40.00. Common ke tu?

Bukan Ibu ni kedekut tapi maklum sahaja.. balik kampung sekali setahun. Banyak benda berubah dalam tempoh setahun tu kawan-kawan. So.. ni kira.. price survey la jugak.

Tolong jawab ya kawan-kawan..

8 comments:

  1. memang macam itulah ibu kalau kt kota ini, mkan kt kedai biasa2 jer pun kami berdua mesti dekat RM50..tu x order seafood bagai.

    ReplyDelete
  2. Nasa,
    Kalau di KL ni mungkin la jugak.
    Tapi ni yg di kampung K.Sham pun mcm tu jugak.
    Patut la ramai yg komplen.. cuma kami ni yang "ter-lambat" nak percaya.

    ReplyDelete
  3. as salam syam, kalau tukang masak mmg selalu tk pernah puas hati kan dgn masakan orang, sama jugak kaknoor hari tu gi KL makan2 banyak beno komplen itu tak sedap ini tk sedap hahaha, dah lah mahal satu hal..

    ReplyDelete
  4. Ikan masak la apa pun mmg rm 40 - 50

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam K.Noor,
    Sham ni masak pun biasa2 jer K.Noor tp unlike di sana yg Sham kena masak sendiri.. di sini Sham ambik kesempatan skima tunjuk2 kat senarai menu saja.

    Skali bila yg "dtg" tu bukan spt yg dicanangkan.. kecewa la jugak.

    Ke dia org ni masak.. ikut "apa yg ada" saja..

    As I said.. mungkin belum rezeki Sham lagi..

    ReplyDelete
  6. Encik/Cik Anon,
    Kalau dah mcm tu.. mmg terpaksalah saya pasang gear "R" semula.
    Masak sendiri rasanya lebih berbaloi.

    ReplyDelete
  7. Assallam sham..kalau makan ikan memang macam tu la..acik pernah order ikan sekor..sotong 2 ekor ngan nasi seratus lebih

    ReplyDelete
  8. Alaikumsalam Acik,
    Subhanallah.. mak aiiii.. kenapalah mahal sgt tu?
    Mmg betullah mcm kata kwn2.. mmg semua benda dah mahal sekarang ni.

    ReplyDelete