Wednesday, June 11, 2014

What's in there??

Why do I need big bag??

What do you have in your bag.. or for some ladies.. bags??

Me..


1- Panadol or ponstan
Dua beradik ni tersangatlah penting. Hatta salah makan.. terus naik ke kepala.. inilah dukun segala dukun. Well.. at least in some occasion. 


2- Buku kecik and pens
Ibu ni suka "menconteng". Pen yang macam-macam kaler tu will represent my mood. So, kalau nampak Ibu dah keluar pen merah tu..

Pen biru.. pen merah
Jangan dekat ngan Ibu
Ibu tengah marah


3- Camera
Ibu ni jenis suka snap pic. Hatta gambar pokok kurma pun Ibu nak snap. Tapi Ibu tak pandai nak guna smartphone. Dah jadi macam tu.. few years back.. Cik Asben bagi hadiah (tapi rosak dah). So.. last 2 years.. Cik Asben ganti dengan hat yang dalam gambar tu.


4- Hanky
2 most of the time. 1 untuk Ibu 1 lagi for my boys. Nama jer anak jantan tapi dah nama pun budak-budak. Ibu pulak jenis tak boleh nampak benda-benda alien ni singgah kat badan ke.. tangan ke.. muka ke.. whatever la..


5- Pad
Its not just for me. Tapi sesapa pun boleh mintak in case of emergency.

6- Purse
Semua orang pun sure ada benda ni kan.. tak yah tunjuk la ya..


7- Wet tissue and hand sanitizer
Ini dah jadi macam satu necessity jugak. Ada masa meja makan pun Ibu lap dengan wet tissue ni. Call me a freak.. tapi nak buat macam mana.. dah terbiasa.


8- Candy
Ini memang crucial. Ibu ni kena selalu cukup gula. Kut tetiba tangan dah pucat.. dahi dah berpeluh.. harap maklum je la..


9- Handphone or handphones
1 nombor Malaysia.. 1 lagi nombor sini. Ibu cukup suspen kalau yang hat oren tu berbunyi. Tambah pulak kalau bunyi time tengah malam or time suboh. Ye la.. dah dok jauh merantau ni..


10- Handyplast
Untuk anak-anak kecik. Ini dukun segala dukun. Dulu lagi best.. siap ada yang gambar mickey mouse la.. kungfu panda la. Tapi bila now most of them dah besar sikit.. segan la kut.


11. Vicks
Yang ini pun sama penting. Tapi Ibu bawak yang hat kecik jer. Bukan nak pakai banyak sangat pun kan. Tapi kalau nak guna tu.. kena ada la jugak.

12- Misc.. 
Ex; nail clipper. Tapi selalunya asyik tertinggal. Tu yang jadi masalah bila nak guna. And ada masa rokok Cik Asben pun tumpang sekaki. Which unlikely selalu sebab I dislike the smell of a cigarette.

Sebenarnya macam-macam boleh jumpa dalam beg Ibu. And for that reason Ibu kena guna beg besar. Dulu masa Ibu layan novel.. itu pun boleh jumpa dalam beg. Tapi sejak mata dah "problem" ni. Kurang la sikit.

And.. insya'Allah.. yang bertangkai 2 tu pun bakal nyusul masuk kategori wajib ada dalam beg Ibu. Thus, memandangkan segala reta yang ada dalam beg tu.. Ibu lebih selesa kalau guna sling beg. Kurang sikit sakit bahu.

Korang??



15 comments:

  1. bukan sekadar bawa sling beg lagi, kena guna beg pack macam budak2 nak gi sekolah..

    ReplyDelete
  2. Setakat handbag kecik cenonet tu, memang saya tak pandang la kak. Atau, kalau pakai yang kecik, mesti yang backpack tu menyusul juga....
    Kalau dulu ada pampers, botol susu, baju anak sepasang, sweater anak. Sekarang, pampers mak, underwear..hehehehe, makeup beg yang kecik dan sebotol air mineral.

    ReplyDelete
  3. Nasa,
    Dulu memang K.Sham guna beg pack.
    Sekarang je dah lega sikit.

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok beg tangan Ibu

    ReplyDelete
  5. teringin nak tengok beg tangan Ibu

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Been there.. done that.
    Ada masa tak cukup space.. memang kena angkut satu beg khas untuk dia orang ni saja.
    Ni, kurang la sikit..

    P/s;
    Wohoooo.. mini makeup beg pun ada.
    Kelazzzz mak..

    ReplyDelete
  7. Nieda,
    Adalah suku-sakat gedabak macam ni..

    http://sarfaeiz.blogspot.com/2013/03/ku-jatuh-chenta.html

    ReplyDelete
  8. saya pun suka guna bagpack..semua kalau boleh nak isi dalam tu.
    p/s: sy pun macam kak sham ke mana-mana pergi bawak buku nota dan pen.hehe

    ReplyDelete
  9. Dik Sal Bee Yah,
    Senangkan guna begpack.
    Tapi sejak dah otai ni.. kena slow sikit la.
    Anak selalu tegur.. Ibu ni macam boys la..

    ReplyDelete
  10. hampir sama dgn barang yg ada dlm beg saya , kecuali pad
    lain kali nak bawak jugak mcm akak cakap, bukan utk kita je, mgkin boleh digunakan bg org yg kecemasan

    ReplyDelete
  11. uih beg doraemon betul yer kak...

    saya plak guna beg cinonet jer...takat boleh masuk purse, hanphone, tissue n pen hihihi. Kekadang kalau keluar dekat2 jer bawa pouch kecik jer

    ReplyDelete
  12. oh,,akak ade hypo ek.
    banyakkkk..nya benda dlm hdbag..mesti besar hdbag akak.haha

    ReplyDelete
  13. ok.kantoi,.. baca separuh dan komen.haha. Akak pakai sling beg..tp still..boleh bayang saiznya..ahaha

    ReplyDelete
  14. Ahaaaa byk betul brg dlm beg kak sham, jm tercari2 alat solek x de ke hikkss

    ReplyDelete
  15. Irfa,
    Sikit ari lagi maybe Irfa boleh share dengan anak dara pulak.

    Mila,
    Dulu zaman tak pakai handbag.. akak suka pakai seluar yg byk poket tu.
    Kunci kereta, hphone.. segala benda masuk poket.

    JM,
    Alat solek mmg takkan jumpa.
    Sbb kalau K.Sham pakai gincu pun masa keluar rumah je.
    Nak solat.. makan etc.. sapu licin..

    ReplyDelete