Sunday, July 27, 2014

ME.. Last day of Ramadhan..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. mabrook pada yang telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Syabas jugak seandainya masing-masing telah berjaya dan mampu melaksanakan rukun Islam ke-3 ini dalam erti kata "sebenar".

Puasa bukan sahaja bermakna menahan lapar dah dahaga. Ia jugak menuntut kita mengenal erti sebenar PUASA.

Menahan NAFSU.
That's the real facts.
Jangan berlebih ketika berbelanja di bazaar Ramadhan, jangan terlebih shopping hanya sebab nak menyambut Eid mubarak, jangan setakat puasa tapi tak solat (solat tu jatuh rukun Islam nombor 2 tu babe). Jangan over sangat ketika buat itu ini. Sebab.. Islam selalu menekankan "bersederhana" in everything.

Jangan pulak dalam bulan ni masing-masing pakat rajin "gores dan sain" lepas tu for many months to come "liat tapi terpaksa" membayar hutang kad kredit.

PUASA jugak sebenarnya memberi peluang kepada perut kita untuk roll-engine lebih relax and bukan lebih kerja dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Jugak bukan bermakna dalam bulan ni para isteri digalakkan pi dok tekan suami masing-masing nak gelang, cincin, rantai berjurai (kesian la weii). Jugak bukan bermakna kita kena tukar langsir baru.. tambah peraboh rumah.. ahhhh.. you know lah what I mean.

PUASA bermakna kita diberi masa untuk study balik diri masing-masing. Maklum sahaja.. time ni semua Sir and Madam Seth Tan kena masuk lokap. So what ever that you do.. its portraying YOU.. yourself.

PUASA jugak memberi kita peluang untuk muhasabah diri sendiri.. mengajar diri kita untuk cuba lebih memahami kondosi those who are less fortunate.

Pada yang mampu.. cuba-cubalah hulur lebih sikit dari biasa pada golongan yang less fortunate tu. And if can.. janganlah cuma tunggu bulan Ramadhan ni saja nak do so. Insya'Allah.. setiap rezeki yang kita kongsi dengan "mereka", Allah akan gandakan pulak untuk kita.

At the same time.. janganlah pulak rajin bukak and baca Al-Quran "hanya" di bulan Ramadhan. If can.. make it into a good habit. Benda-benda yang mulanya kita rasa macam terpaksa ni.. tapi kalau kita lakukan as a routine.. insya'Allah ia akan jadi satu kebiasaan..

Opss.. my bad.
Orang tua dah start membebel. Tapi at least.. bebel untuk diri sendiri jugak.

Anyway.. hari baik bulan baik ni (actually 365 hari) dalam setahun tu semuanya hari-hari yang baik..  Ibu nak mintak maaf.. terkasar.. terlanjur kata.. terkurang.. terlebih dan segala yang terrrrrr tu. Benda baik kita buat example.. benda tak baik.. ignore je la ya..

Eid Fitri al-mubarak..

Ada rezeki kita jumpa lepas raya.. nak masuk dapur dah ni..

 
Mantai kito aghi ni waghih !!!

Saturday, July 26, 2014

Cerita orang kampung Tg. Ipoh..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. rezeki orang kampung.. rezeki kami jugak. Walaupun terpaksa round satu kampung (dengan muka toya) hasilnya memang berbaloi.

Muka toya.. ye la.. tak pernah Ibu harung kampung kat sawah yang sebelah tu. Dari tak kenal orang.. tup tup baru tau itu ini. Nasib baik bulan posa. Otherwise.. senak kena jamu yang macam-macam. Musim buah kat kampung sekarang ni.

Puas hati.. ikan sembilang beli dengan orang kampung sendiri.. insya'Allah yakin asal usul kejadian.
 
Meh Ibu share sikit tips pasal ikan sembilang ni..
Ikan sembilang sungai (liar) isinya lebih kental dan padat. Not to mentioned.. kurang lemak. So dengan proses menyalai yang lebih singkat.. isinya jugak lebih sedap dari ikan sembilang ternak.


Ikan sembilang ternak.. semua yang bukan dari ikan sembilang sungai la.

Okey.. ini cerita kelmarin. Selepas selesai disalai.. kami gulaikan pulak dengan kedondong muda. Alhamdulillah.. memang tak berbaki. && wajib buat extra podeh. Memang tak menyesal.. ermmm.. rasa macam nak beli jer pulak lagi ni. Buat bekal bawak balik ke negara Pasir Berdengung tu.

Anyway.. semua ni sebab nak menyambut Cik Asben yang baru balik. Rezeki untuk iftar. Rezeki kami semua jugak.


As for Cik Asben.. sampai saja ke Tanah Malaya.. terus lapor diri. Sementara stok masih ada babe.. At least satu wishlist dah boleh pangkah terus. 

Apa nak masak hari ni?? Ermmm.. rendang daging rusa.. macam menarik jugak kan kan..

Friday, July 25, 2014

Bazaar Ramadhan.. rezeki untuk semua..

Assalamualaikum all,

Puasa.. Ramadhan.. dah hampir nak tutup buku. Ada rezeki.. panjang umur.. kita jumpa pulak tahun depan.. Semoga masih ada lagi hayat kita ketika itu. Juga semoga Allah perkenankan doa.. berikan kesihatan yang baik.. panjangkan umur.. insya'Allah.

Begitu jugak pada yang ambik kesempatan dengan menambah pendapatan di pasar-pasar atau bazaar Ramadhan. Ada yang masak sedap.. ada yang.. (sila sambung ayat dalam hati). Semua tu rezeki masing-masing.

And bagi kami.. rasanya tak sampai 5 kali ke sana. Mungkin sebab lebih selesa masak sendiri.. lebih yakin dengan kebersihan masakan sendiri.. and jugak.. sebab rasanya.. harga pun lebih murah (betul ke?).. Tapi pada yang bekerja.. ada masa perlu jugak akur dengan keadaan dan terpaksa membeli atas faktor kesuntukan masa.

Anyhow.. cerita kami.
Rasanya lama jugak dah tak makan ikan bakar. Ibu sebenarnya biasa-biasa saja tapi Omak sey.. setakat ikan terubuk bakar sebesar lengan Ibu ni.. anytime dia boleh layan "sekor" sorang-sorang.

Dah macam tu.. try la pi ronda-ronda nak sampaikan hajat. Sekali... RM40 sekor. Mak aii.. Tak tahulah kami yang kedekut atau memang dah harga macam tu.

Terus ambik iktibar.
Hence.. semalam Ibu pi dayakan jugak mencari terubuk. Kat pasar banyak kan.. Alhamdulillah.. walaupun Ibu sampai dah lewat (2.++ pm jugak time tu).. 2 ekor terubok jadi mangsa. And petang semalam.. selamat sudah ikan terubuk bakar jadi rezeki berbuka puasa kami. Anak-anak pun sama makan jugak. Tapi terpaksalah Ibu sama-sama jadi tukang scan tulang-tulang terubuk tu.

And kosnya 2 ekor terubuk (kecik sikit jer dari lengan Ibu ni) baru RM16.00. Berbaloi kan.

P/s;
Tapi indeed-lah Ibu terpaksa mengharung bara panas dan asap dari sabut kelapa. Tapi satisfaction.. is pure 100++%.

Terubuk yang sedang dibakar.
Bliss..

Thursday, July 24, 2014

Rezeki orang kampung..

Assalamualaikum all,

Memang dah jenis and peil kami.. menjelang dzohor.. barulah mula merancang apa yang nak dimasak untuk iftar. Tapi cuma bila sesekali mood sedikit baik.. kami try to plan a bit earlier.

Dah jadi macam tu.. mulalah me and Omak sey ronda-ronda keliling kampung mencari bahan apa yang boleh dibuat lauk untuk iftar.


Yang dicari ikan sembilang.. tapi jumpa pulak ikan baung. At last selamat jadi masak lemak tempoyak with daun kunyit.


Yang ini memang sengaja dicari. Cuma bila kita berkehendak.. memang tak jumpa. Tapi bila kita tak nak.. ramai pulak orang berjual. Tapi at last jumpa di pasar tani. Mahal.. harganya memang tersangat la "boleh tahan". Tapi alhamdulillah.. lepas ni bolehlah tutup buku. Redha' je la kan. Benda nak jadi darah daging..


Mula kisah.. ada orang buat peil separuh merajuk. Ye la.. asyik kita jer yang masuk dapur kan. So.. dengan muka tak tahu malu.. mintak ke Omak sey tolong masakkan gulai ayam (extra podeh) and pajeri nenas. Cuma sedikit sedih.. the moment Omak sey dengar anak cucu nak balik berbuka puasa.. terus kadar cili api dikurangkan. Maka terkulat-kulat la Mak Dara ni makan dengan muka separuh feel (sobab tak podeh).

Tapi kan.. the morale of the story.. setiap lauk yang kita masak sendiri.. kita boleh yakin lillahi ta'ala.. bersih dan jauh dari segala anasir-anasir yang tak dikehendaki kan..

And projek pagi ni sesudah suboh kami turun padang menyalai daging and ikan sembilang lagi. Esok orang jauh nak balik Tanah Malaya dah..


Harap maklum je la kalau dah menyalai tu.. lepas ni nak mencari partner untuk dijudokan dengan daging and sembilang salai la pulak..

Tuesday, July 22, 2014

Cerita takda gambar..


Assalamualaikum all,

Ini edisi sedikit “lepas angin”. So, dari ada yang terasa puasanya akan sedikit tercalar.. baik jangan teruskan pembacaan anda. Memang tengah tuttttt ni.

Kisahnya..
Dah dua tiga kali jugak anak Bujang Sulong merajuk sebab hajat nak makan di restoran yang satu ni tak kesampaian. Serious.. macam la dah boleh tunggu sehingga lepas bulan Ramadhan. Tapau.. tak aci pulak katanya.. Walhal.. kut ada rezeki tu.. tak ke mana..

Pernah dicadangkan makan "di sana" selepas solat maghrib.. tapi mengenangkan jarak perjalanan dari rumah ke bandar agak jauh (Omak tak bagi Mak Dara ni keluar lewat malam) so.. solution.. nak tak nak.. terpaksa makan di sana time iftar jugak.

Sebenarnya.. Ibu lebih senang berbuka puasa di rumah sahaja.

Selesa.. itu point nombor 1. And yang kedua.. senang nak solat maghrib lepas iftar. Boleh sahaja kalau nak solat kalau iftar di luar. But knowing my boys.. eloklah kalau solat di rumah saja. And thirdly.. Omak sey and Ayah pulak a bit reluctant nak menginggalkan solat terawih berjemaah di surau yang berdekatan di rumah kami.

Err.. mungkin ada yang kata.. boleh jer berterawih di luar. Well.. in my case.. Omak sey and Ayah dah sedikit uzur. Solat pun guna kerusi. So.. bila berterawih di luar seperti ada sedikit "kurang selesa". Alahhhh.. orang tua. Dia dah selesa dengan comfort zone dia orang. Faham je la kan..

Okey.. Again.. kut rasa ini post meriak or apa-apa yang yang tak berkenan di hati.. sila tinggalkan pembacaan anda secepat mungkin.

Sambung cerita.
Kami sampai a bit lewat but mungkin dah rezeki kami.. dapat la meja yang lastttttt sekali yang mana by 7.++pm masih lagi dihuni oleh satu kumpulan bermata s*#@^.

Anak-anak pulak dah mula rasa tak selesa bila meja mereka masih jugak tak siap. What can I say.. it’s a public restaurant babe. You can’t just simply chase people away so you can happily dok kat meja you. Lainlah kalau mak bapak you own the place. Another reason why Ibu tak suka nak berbuka puasa di luar.

Okey. Lepas disuakan dengan sepiring kurma.. barulah group tu angkat kaki. Itu pun selepas rasa canggung melihat restoran tersebut mula dipenuhi dengan kelibat manusia yang beragama Islam sahaja. Kebetulan pulak time tu semua datang pakai tudung. Yang pakai kopiah pun ada.

Okey.. setel satu bab.

Time bukak puasa pulak.
I was sooooo freaking annoyed watching “again” this satu kumpulan manusia ni yang langsung tidak ada rasa hormat pada pekerja yang 100% beragama Islam. Tak sempat nak bukak posa pun lagi. Time tu la dia orang ni nak beli kek.. time ni la dia orang ni nak beli itu ini.. and so on.

You tinggal in a multi-racial religious country.. bukan sehari.. bukan dua hari.. rasanya dah banyak keturunan pun. Aren’t there any respect at all ke pada pekerja yang beragama Islam tu untuk berbuka puasa dulu tho’ dengan seteguk air and sebiji kurma??

Tak boleh ke ko pi ronda-ronda cari benda lain dulu??

Bukan lama mana pun.. its only takes about 5 minutes? But more to it.. it only took “respect”. Eiiiiii.. rasa nak sebut je apa yang terbenak dalam hati ni.. but.. rasanya korang pun faham kan.

Well..
Dulu (many years ago) Ibu pun biasa berbuka puasa di luar. Cuma Ibu tidak sempat didedahkan dengan pengalaman yang sebegini. Sedih.. sakit hati.. sakit jiwa.. serius ni.. and mungkin dengan faktor umur yang dah 4 series ni.. lebih sedap dan selesa rasanya berbuka puasa di rumah sahaja. Kut ada wishlist makan-makan.. it can always wait. Panjang umur.. kita sambung projek makan-makan lepas bulan Ramadhan. Kut pendek umur.. time tu sibuk mengadap hal "alam lain" la pulak kan.

Hence.. Ibu nak kongsi sedikit pengalaman kami berbuka puasa di luar ketika di Negara Tanah Berdengung yang satu tu.

Kuwait tu pun bukanlah dihuni oleh semua manusia yang beragama Islam. Tapi gomen dah imposed.. restoran tidak akan dibuka sehingga selepas 30 minit azan mahgrib or at least selepas azan maghrib. Mungkin ini boleh memberi laluan kepada para pekerja untuk menunaikan solat maghrib or even to bukak puasa dengan selesa. Alahhh.. setakat seteguk air.. sebiji kurma or sebatang rokok (oksigen tu babe) lama mana sangat la kan. Solat 3 rakaat.. tak sampai pun 5 minit. Boleh take turn pun.

Seriously.. perut memang la kenyang semalam. Tapi I was really disturbed with the thing I’m experiencing.

And selepas selesai makan.. saja Ibu buat-buat tanya lokasi surau di pusat membeli-belah pada adik yang sejak mula dok layan Ibu and my boys.. “adik dah bukak puasa ke?”. Again.. I was touched (menyesal pun ada) bila tengok air muka adik tu terus berubah. Macam dah nak nangis je Ibu tengok muka adik tu.

Well.. mungkin itulah harga pengorbanan yang terpaksa ditanggung oleh Si Polan. Dia orang ni pun bukan takda cert or kertas yang segulung tu pun so that they can cari kerja 9-5 kat tempat lain. Hari ni.. bangsat sangat pun sure ada Dip. Tapi dah takda rezeki kan.. Opsss.. mind my bahasa.. bulan puasa pulak tu.

Entahlah.. masa balik dalam kereta tu.. macam-macam Ibu dok fikir dalam kepala otak ni. Conclusion.. memang menyesal tak sudah..

Perut kenyang tapi entahlah.. macam takda satisfaction. Tambah pulak.. mengenangkan Omak sey and Ayah yang terpaksa melepaskan solat terawih 10 malam terakhir. Buat sendiri di rumah.. mana nak sama dengan berterawih berjemaah di masjid atau di surau.

Again.. ini bukan edisi meriak. And me.. still bangga menjadi penduduk tetap dari kecik sampailah sekarang thus megah menjadi warganegara MALAYSIA. Even kalau boleh.. biarlah Ibu ni sempat dikuburkan di sini. Tapi kalau dah termaktub kata.. ajal Ibu di SANA.. itu kerja DIA.

Tapi.. what I'm trying to say here.. tak bankrupt pun kalau restoran tu di-PAUSE-kan sekejap perkhidmatannya (ayat apa la ni??). Bagi peluang pada staff untuk bukak posa. Ada jugak yang Ibu tengok take turn in doing so.. tapi rata-ratanya terpaksa jugak kena handle those customer yang "kurang kefahaman" tentang skima orang Islam nak bukak posa.

Tapi tu la kan.. sapa lah Ibu ni nak suruh itu ini.. setakat membebel kat sini.. itu mampu bikin la..

Ilal liqa'..

P/s;
Kut ada yang sentap.. well.. sambung ayat dalam hati ya.



Friday, July 18, 2014

MH17..

At this very moment we're indeed being tested in such great way.. 

&& I'm far beyond words..
Al-Fatihah.. and may others rest in peace..

Thursday, July 17, 2014

LEMANG dan cerita lemang..

Lemang sepanjang tahun..


Yes.. kalau seandainya ada sesiapa yang nak balik kampung ke Kuala Pilah dan melalui jalan Seremban.. insya'Allah.. pemandangan orang berjual lemang panas adalah sesuatu yang sangat "common".

Biasa dijual dengan harga RM8.00 sebatang. Itu harga standard.

Tapi pernah jugak "orang kampung" kami suka suki charge Omak sey RM10.00 sebatang dengan alasan "buluh lemang" yang digunakan adalah "lebih special".. well.. sekali tu je la kami berurusan dengan Si Polan. After all.. kami nak makan lemang.. bukan nak makan buloh lemang.. aduhaiiii..

Unless katanya "buluh lomang untuk Acik ni bosa sikit".. well.. itu logik. Tapi kalau disebabkan dot dot dot.. sila sambung ayat seterusnya dalam hati sajalah.

Well.. ini bukan cerita dongeng.. tapi memang kena direct dengan kami.

And jugak pernah dalam satu kes Ibu and Cik Asben berhajat nak berbuka puasa dengan lemang.. dengan alasan kononnya.. lemang masih baru (kononnya buluh lemang pun belum LEBAM MACAM DAH 2-3 HARI NYER STOK).. maka kami dengan suka hati beli 5 batang.

Sekali sampai rumah.. bila dibelah.. kantoi sudahhh. Lemang "sambung" babe. Atas hat lain.. bawah sambung dengan hat lain. Yakni.. ini stok belen.. entah stok dari bila la tu.. dipotong dan diambil hat yang masih "sedikit" okey dan disambung dengan lemang stok yang lain. Ini bukan cerita dongeng.. tapi Ibu pun jenis tahu nak melemang.. so don't try to con me..

Okey itu sedikit pengalaman Ibu membeli lemang.
 
Tapi petang semalam.. alhamdulillah.. 2 batang yang kami beli.. memang berbaloi. Dengan cukup santan.. lemang pun padat.. kami cukup puas hati.

Haa..
Kisahnya.. Ibu ni jenis makan tak suka "kocoh kocoh". Or in other word.. tak suka kelam kabut. I like to take my time. Tak ada orang nak gegar suruh cepat or orang itu ini bertanya and macam-macam la.

Thus.. Ibu lebih selesa makan luar musim.
 
Kut nak makan pagi raya tu.. jangan mimpi la boleh sengeh-sengeh layan diri. Kejap-kejap orang ni panggil.. kejap-kejap orang lain pulak panggil.

Dah macam tu.. semalam.. terus pi pasar cari tulang untuk dibuat sup tulang. Sekilo dah cecah RM22.00 rupanya. Redha je la. Tapi tulang pun masih baru. Senang cerita macam ni je la.. ada rezeki extra kita beli la lebih sikit.. kut tak.. beli je la apa yang termampu.

Hence.. iftar semalam..

Presenting.. 
Sup tulang yang dimakan dengan lemang.

Tak tahu la dengan orang lain. Tapi bagi keluarga Ibu.. ini benda biasa.

Unlike others yang mungkin lebih suka makan dengan rendang daging or ayam.. well.. tekak and selera masing-masing kan.

Alhamdulillah.. wishlist yang satu ni dah boleh dipotong dari senarai yang masih berjela.

Okey.. sambung cerita lain kali..

Ibu nak cari pisang muda pulak ni. Ada rezeki kita buat masak lemak cili api. Partner dengan goreng ikan sepat masin and sekali dengan ulam yang di-judo dengan sambal gesek.

Masya'Allah..
 

Wednesday, July 16, 2014

Cubalah lebih ber-HATI PERUT !!!

Okey.. you've gone too far peeps.

Suka hati jer dok tayang-tayang video kepala budak putus la.. kaki putus la.. badan bersepai la.. otak berterabur la.. they are all in jannah now. Tempat mereka sangat suci.. thus.. let them rest in peace. Kita yang atas dunia ni masih ada lagi unfinish business.

Nak tanya ni.. just what do you achieve by doing so.. kut ya pun.. tunjuk la yang sesuai dengan tontonan umum. Yang sempurna sifatnya.. at least yang dah dikafankan. They deserve to be treated in such manners. Bukannya jadi tontonan umum bagi meraih LIKE di dada FB. Menjadi bahan untuk menyemarakkan kemarahan dengan situasi yang tengah bergolak. Kita sudah sedia maklum.. cuma.. cubalah lebih sensitif.

Try to put ourselves in their situation. Andai kata si Ibu.. si Ayah atau keluarga melihat gambar-gambar tersebut menjadi "bahan".. how would they feel.. how would they react.. Al-Fatihah.

Sejujurnya..
Ibu ni memang jenis yang suka tengok segala video yang horror morror.. insya'Allah.. tunjuklah video orang kena sembelih pun Ibu masih mampu tengok. But as in Gaza's situation.. I dare not.. sedih.. berseka air mata babe..

Okey.. selamat satu cerita..


Cerita orang kampung.. 
Wohoo.. semalam ronda-ronda cari bahan nak masak untuk iftar. Jumpa la pulak orang berjual petai and durian. Selama ni pun banyak jugak. Tapi ini.. melampau punya banyak.

Durian kampung yang rosak sikit (buat tempoyak) baru seringggit sekilo. Yang lain tu sekilo RM2.00. Petai.. seikat RM4.00. Ni semua bakal jadi bahan la. Stok tempoyak.. stok durian and petai memang dah kena replenish ni.

Airport Kuwait.. 
Alhamdulillah. Setakat ni.. lepas lagi. Bawak la apa pun. Rasanya memang takda problem. Cuma ada masa botol kicap terpaksa tunjuk sebab dia orang ingatkan kita bawak masuk liquor. Tapi keluarga kami.. alhamdulillah.. setakat botol kicap kipas udang tu belum ada lagi Pak Kastam nak tengok.

Okey.. nak pi pasar ni. Ada orang berhajat nak makan sup tulang partner ngan lemang.

Ilal liqa' friends.
- Jaga diri.. jaga hati..




Monday, July 14, 2014

Wa tammat.. Argentina kalah weiiii..

Hamba keciwa..
Anyway it was a good fight.. Ibu tak tengok pun.. Cik Asben jer yang rajin brief. Ishhhh.. tak kosalah hamba.. karang terlajak bangun sahur.. naya jer ke anak-anak.

Anyway..
Ada persamaan tak??


Dahhhh..
Tutup buku pasal World Cup. Nanti ada pulak orang kata so insensitive of me dok tayang and cerita pasal bola walhal at the same time nun kat Gaza tengah bergolak.. mandi darah etc.

Meh.. sini Ibu nak cerita sikit.
Pada Si Polan tu.. why can't you just be happy for others even for 5 minutes? Kita ni manusia biasa. Ada perasaan ada nafsu.

If you're truly into Gaza there are ways of doing it. Bukan hanya setakat berkompang di dada FB. Berdoa for our Muslim friends and others is one of it.. (tak payah la tunjuk gambar tadah tangan kat FB pun).. buat solat hajat.. baca doa qunut Nazilah.. and kalau ada rezeki yang lebih.. ada sahaja badan-badan tertentu yang bertindak khas bagi menyalurkan "sumbangan" anda itu. Tapi apa yang paling penting.. keikhlasan kita.

Itu "rahsia" antara kita dan DIA. Tak perlu pukul canang sambil mengutuk others yang kita "rasa" kurang peka. BIAS won't lead to anywhere but only hatred. At the same time.. CONFIRM ke Hamba Allah yang so insensitive tu tak ambik tahu langsung pasal kes Gaza ni? Jeng jeng jeng.. silap cakap.. fitnah pulak nanti..

Errrr.. terbabas la pulak..

Okey.. back on cerita bukak posa. Petang semalam anak cucu balik kampung. So Mak Long sedia maklum dengan "order list". Sorang nak ikan terubuk bakar.. sorang nak ikan jaket bakar.. yang mak orang pulak nak mihun soto. Dah tu Omak sey pun berhajat nak makan gulai ikan tenggiri salai.. 

Okey.. kes naya ni.. nak tak nak dapur kena operasi sikit awal. Ye la.. itu hanya core order. Yang eksesori.. punya la banyak benda nak kena buat.

Then.. sabut kelapa pulak habis. So terpaksa round sampai hujung kampung mencari sabut kelapa. Nak salai ikan.. kena carik sabut kelapa la.

Mujur ada sorang adik ni yang memang sudi rela bagi F.O.C. Tempat lain kami kena charge RM10.00 untuk sekarung beg plastik sampah besar tu... semua dah buat duit dik oiiii.. Maybe knowing that kami memang jenis yang actively menyalai daging and anything yang boleh disalai. Semua dah jadi "duit" sekarang ni. No hal la.. mampu kita beli.. tak mampu.. kita dok dendiam..

Anyway.. dalam kelam kabut.. one women show ni babe.. by azan.. semua siap. Cuma Ibu sempat snap gambar gulai ikan salai as bahan bukti. Yang lain rasanya dah selamat jadi hampas kunyit.

And presenting.. gulai ikan tenggiri salai with pucuk ubi.

Ibu nak tayang-tayang sikit ni..


Umur dah cukup haul.. kena la berjemaah dengan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Sunday, July 13, 2014

Saya Yang Berkhidmat..

Selama ni pun memang lauk-lauk ni jugaklah yang membesarkan Ibu. Thus sekarang Ibu perturunkan pulak kepada anak-anak Ibu. Walaupun ketara masih ada rejection sebab ramuan ada yang sedikit pelik tapi mana yang boleh ditelan.. insya'Allah in due time.. tak banyak sikit melekat jugak kat CPU masing-masing.

Jom kita share cerita sambil layan gambar.


SIL berhajat nak makan riyash semenjak dari dia mengandungkan baby ke-5. Alhamdulillah.. 2 kilo setel sudah. Yang ni memang kompom la bukan Tanah Malaya mari kan kan..


Ada gulai daging salai, ada sayur goreng, murtabak daging, fish fillet, asam pedas ikan tenggiri, nasi goreng pedas (semua sendiri bikin) and "Roti John" as well as nugget dari bazaar untuk anak-anak.


Angkara sangkut dalam jem (highway KL-Seremban) kami iftar dengan mi hailam saja dulu. Lepas solat terawih baru kami sambung dengan nasi pulak.


Ayah berhajat sangat dengan mi kari. Tho' takda sayur and telur rebus (as requested) alhamdulillah.. tak berbaki air tangan Ibu kali ni.


Gulai udang galah, goreng ikan plain (untuk anak skima Upin Ipin), salad (idea untuk sayur tak mari la pulak) and sambal sardin pedas dengan belimbing buloh.. okeylah.. kombinasi carca-marba tapi tetap berbaloi..


Tayang-tayang..
Inilah rupa dapur yang saban petang berjasa untuk kami. Alhamdulillah.. memang tidak mengecewakan. And insya'Allah.. setakat ni kalaupun start masak jam 6.30pm.. by iftar semua selamat terhidang atas meja makan.


Ayam goreng berlada and daging masak black pepper. Simple and hanya sebagai menambah lauk dari iftar petang sebelumnya yang masih ada berbaki sepiring kecik.


Rezeki orang jauh.
6.23pm kami dapat panggilan dari sahabat lama.. dah macam keluarga pun dia orang ni. Rendang ayam dengan daun pucuk puding.. sambal tempoyak daun kayu and gulai daging salai (favorite couple ni).. sempat disiapkan menjelang iftar.

3 jenis lauk ni memang very well known and sinonim dengan masyarakat N.9.

Makan bertambah Uncle John (nama manja model dalam gambar) walaupun sedia maklum dengan skima jarang menambah nasik.

Tak tahu lama mana mampu bertahan tapi setakat ini sememangnya kami lebih selesa berbuka puasa di rumah sahaja.