Friday, July 25, 2014

Bazaar Ramadhan.. rezeki untuk semua..

Assalamualaikum all,

Puasa.. Ramadhan.. dah hampir nak tutup buku. Ada rezeki.. panjang umur.. kita jumpa pulak tahun depan.. Semoga masih ada lagi hayat kita ketika itu. Juga semoga Allah perkenankan doa.. berikan kesihatan yang baik.. panjangkan umur.. insya'Allah.

Begitu jugak pada yang ambik kesempatan dengan menambah pendapatan di pasar-pasar atau bazaar Ramadhan. Ada yang masak sedap.. ada yang.. (sila sambung ayat dalam hati). Semua tu rezeki masing-masing.

And bagi kami.. rasanya tak sampai 5 kali ke sana. Mungkin sebab lebih selesa masak sendiri.. lebih yakin dengan kebersihan masakan sendiri.. and jugak.. sebab rasanya.. harga pun lebih murah (betul ke?).. Tapi pada yang bekerja.. ada masa perlu jugak akur dengan keadaan dan terpaksa membeli atas faktor kesuntukan masa.

Anyhow.. cerita kami.
Rasanya lama jugak dah tak makan ikan bakar. Ibu sebenarnya biasa-biasa saja tapi Omak sey.. setakat ikan terubuk bakar sebesar lengan Ibu ni.. anytime dia boleh layan "sekor" sorang-sorang.

Dah macam tu.. try la pi ronda-ronda nak sampaikan hajat. Sekali... RM40 sekor. Mak aii.. Tak tahulah kami yang kedekut atau memang dah harga macam tu.

Terus ambik iktibar.
Hence.. semalam Ibu pi dayakan jugak mencari terubuk. Kat pasar banyak kan.. Alhamdulillah.. walaupun Ibu sampai dah lewat (2.++ pm jugak time tu).. 2 ekor terubok jadi mangsa. And petang semalam.. selamat sudah ikan terubuk bakar jadi rezeki berbuka puasa kami. Anak-anak pun sama makan jugak. Tapi terpaksalah Ibu sama-sama jadi tukang scan tulang-tulang terubuk tu.

And kosnya 2 ekor terubuk (kecik sikit jer dari lengan Ibu ni) baru RM16.00. Berbaloi kan.

P/s;
Tapi indeed-lah Ibu terpaksa mengharung bara panas dan asap dari sabut kelapa. Tapi satisfaction.. is pure 100++%.

Terubuk yang sedang dibakar.
Bliss..

6 comments:

  1. Puas hati la tu. Bab bakar dengan sabut tu la yang paling saya suka sekali!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Azie,
    Walaupun dr hujung rambut sampai ujung kaki seluar semua bau asap.. memang berbaloi..

    ReplyDelete
  3. Hari tu pun pergi bazaar jumpa terubuk kecik jer, tanya rega rm20.00 mak ai, tak jadi beli...tapi rezeki tetap ada, kedai bawah ada jual x sampai rm10 pun...ape lagi membakarlah kito tp bkn ngan sabutlah dlm foil jer...dapt jugak merasa terubuk bakar..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Saya pula, hanya makan berdua atau bertiga. Kalau masak sendiri, seminggu juga baru nak habis makan lauk tu kak.... So, kami beli atau makan di luar yang berdekatan dengan rumah jer. Kalau the whole family berkumpul ramai2, baru bersemangat nak masak... Puas hati tengok lauk langsai...

    ReplyDelete
  5. Nasa,
    Kalau ada ikhtiar tu.. insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. Azie,
    Kalau yg mkn setakat berdua atau bertiga.. mmg lebih praktikal kalau beli sahaja. Sbb ada masa, bila kita masak sendiri ni.. kena fikir jugak modal dan tenaga. Makan pulak belum tahu lagi boleh habis ke tak kan kan..

    ReplyDelete