Saturday, September 27, 2014

Apa diharap padi seberang..

Ada orang bertanya.. actually ramai jugak yang dah bertanya..
- sapa yang masuk hospital?
- anak sakit apa?
- kenapa muscle koyak?
- kenapa sampai bernanah?
- kat sana takda hospital ke?
- doktor sana teruk sangat ke?

Dan ini hanya soalan favorite yang biasa Ibu kena tanya. Soalan luar dugaan tu.. ignore je la ye..

Sebenarnya.. kami bersyukur sangat walaupun dalam tempoh 8 hari yang kami dok ding dong ding dong pi sana sini.. jumpa doktor macam-macam.. dalam keadaan Haazem dok menangis menahan sakit.. akhirnya Allah bagi jalan untuk kami berubat.. di sini sahaja. Ya'ni MALAYSIA.

Dalam tempoh yang sama jugak.. ada di antara sahabat-sahabat di sana yang datang berjumpa memberikan sokongan moral as well as bagi jalan.. bagi idea.. ikhtiarkan tiket murah and cepat (keja orang airlines la ni) and macam-macam la..

Tapi yang buat kami tersekima nak balik sini for Haazem's treatment was pengalaman sahabat yang sorang ni.

Kisahnya.. dia kena slip-disc (harap Ibu tak silap). Dah jadi macam tu.. lepas dok berulang alik ke hospital.. makan ubat macam-macam.. at last pakar kat sana putuskan untuk buat operation. Cerita detail Ibu tak sure tapi lepas dah operate tu kena la buat macam-macam follow-up. Makan bulan la jugak.

Then since si sahabat masih dalam tempoh MC (6 bulan) so dia orang suami isteri pakat balik sini untuk sambung follow-up kat sini saja. Alang-alang dah cuti tu kan. Sambil-sambil tu mungkin jugak boleh cuba diikhtiarkan perubatan alternatif. Mana tahu.. kut ada yang serasi pulak..

Nak jadi kisah..
Minggu pertama si sahabat buat follow-up kat hospital di Melaka.. doktor sana kata.. penyakit si sabahat tu "sepatutnya" tak perlu buat pembedahan. Memadai dengan buat terapi dulu. Kut dah tak boleh jugak.. then baru dibuat operation as "last effort".

Hati mana la yang tak tersentak.. hati mana la yang tak sedih.. tapi benda dah lepas. Si sahabat terpaksa redha dengan ketentuan yang dah disuratkan. Bak kata orang tua-tua.. nasi dah jadi bubur.

Redha dan terima sahaja laa..

Dan semasa kami dok pening memikir hal Haazem.. dia pun sama susah hati jugak. Dia cukup risau kalau-kalau nanti Haazem tanggung nasib yang sama macam dia. Penyakit memang la lain.. maksud Ibu.. akibat dek doktor sana propose treatment pelik-pelik (walhal solution simple je).. at last Haazem kena "menanggung" seumur hidup.

Jangan ada yang silap tafsir. Ini bukan skima tak redha atau kes menyesal. Tapi kita memang dah sepatutnya berikhtiar sehabis mungkin.. cari yang terbaik. Didengar jugak jika ada any second opinion..

Alahhhh.. senang cakap la.. kut orang lain pun.. sama jugak kan.

At the same time.. bukan Ibu nak provoke kata doktor sana semua tak elok.. 

Bukan macam tu..

Cuma bila dah 8 hari tetap tak ada solution. Asyik buat benda yang sama. Xray.. ultra sound.. makan ubat.. dah tu cerita yang tak pernah consistent.. dari pening dok memikir.. senang cerita.. balik sini je la.

Doktor di sini pun bukan tak bagus. Tun M tu pun.. berapa kali dah kena operate dek penyakit sakit jantung nyer tu. Tak pernah pun sampai ke tahap kena pi oversea cari pakar luar. Itu maknanya doktor di sini.. sila sambung dalam hati..

Thus..
Medical service ni bukan sahaja merangkumi perihal perubatan.. hatta..

Tang perut pun depa jaga jugak..

8 comments:

  1. sy baca dari atas..tp
    smpai bawah sy tersengih tgk makanan tu..Kak sham..ada kat Mesia ye.
    Mudah2an ..mana tau angin kt sini boleh dpt tau & sembuh sakit Hazeem...

    ReplyDelete
  2. betul tu, lagi pun hospital2 malaysia dah terkenal tempat buat rawatan yang terbaik...siap buat promosi lagi salah satu tarikan tourist dtg sini untuk dapatkan rawatan dgn dr pakar sini....Lebih baik dan murah banding kalau buat kat singapore...itu pendapat pesakit luar negara.

    ReplyDelete
  3. saya pn trtanya2 jgk kak tentang hazeem. Smga Allah mmberi yg trbaik buat keluarga akak

    ReplyDelete
  4. Saya setujuuuuu sangat dengan Kak Syam...

    ReplyDelete
  5. so ibu sham! bagaimana dgn keadaan hazeem skrg

    ReplyDelete
  6. setuju kak Sham..mana tau suasana tanah air sendiri boleh cepatkan recovery

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Haazem semakin sihat. Sihat tubuh badan.. sihat jugak selera makan.

    T.kasih pd semua yg mendoakan serta yg bertanya khabar.

    ReplyDelete
  8. Kak Sham.. Ramai kenalan luar yg ckp lynn hospital kita jauh lg baik dr oversea nun...

    ReplyDelete