Wednesday, September 3, 2014

Hukum memotong bulu ari-ari

Assalamualaikum all,

Sebelum ni kita dah cerita pasal bulu kening.. kali ni kita turun sikit ke area yang sedikit sulit. Bulu ari-ari atau bulu yang kat area kemaluan tu la.

Kut Ibu dolu-dolu.. Tok Haji Buncit yang ajar Ibu mengaji tu kata.. kita kena potong/gunting setiap 40 hari. Reason.. takmo bagi setan bergayut kat situ. Cerita korang pulak macam mana??

Anyway..
Jawapan yang lebih detail.

1) Kaitan dengan kebersihan dalam Islam.
Ada banyak hadis-hadis, antaranya :
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata :
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logik akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.

2) Sebab saintifik.
Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesan-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Okey. That wrap-up kuliah agama dari Ustazah Instant untuk hari ini. Ada rezeki.. kita share ke buluss yang lain pulak.

Note :
As usual.. semua ni Ibu copy paste dari pelbagai sumber.

4 comments:

  1. tngh pikir lps ni k. Sham nak cerita psl buluss ape plak..... Tq 4 sharing kakk

    ReplyDelete
  2. menjaga kebersihan :-)
    alam JM xsinggah sini kan

    ReplyDelete
  3. Saya di ajar oleh ustazah masa dalam usrah waktu awal remaja dulu. Syukur... Now, saya kena ajar anak pula. Syukurlah anak saya agak terbuka dengan saya, maka mudah nak membimbing.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Tifa..


    T.kasih JM sbb sudi singgah..


    Aziela,
    K.Sham terpaksa guna khidmat Ustaz Ikhwan.
    Segan nak cerita ke anak bujang.

    ReplyDelete