Monday, September 1, 2014

Kantung syiling ku rabak..

Typical.. walaupun bukan semua.. typical..

Sakit jiwa betul la.. kita balik setahun sekali. Nak jumpa sedara.. nak jumpa waghih waghoh.. sepupu sepapat.. nak ngenalkan anak-anak dengan kaum kerabat.. atok.. uwan.. onyang.. sumo eh la..

Tapi bila dia orang tengok suma 3 hero yang hulur tangan..

Statement seterusnya.. "Long.. kut ko takdo anak pompuan.. umah ni esok-esok poei kek oghang lain ni.. sayang..".

Alahai..

Well..
Being the only daughter in the family.. rumah Omak sey tu automatically menurun ke Ibu la. Bukan besar mana pun. Rumah kampung 3 bilik. Tapi entah apa la dia orang ni..

Sekali.. dua kali.. tiga kali.. kita ignore sambil sengeh je la kan. Tapi bila dah selalu sangat.. "alah ghoto dunio.. bukan buleh bawak masuk kubo pun". Errkkk.. rasa ada yang sentap tak??

Then.. family vacation..
Asal plan nak pi cuti je.. "Long.. sponsor half ya". Again.. erkkkk..

Pi beli kain baju raya pulak..
"Long.. alang-alang boli tuk Omak ngan Ayah tu.. lajak-lajak la untuk dot dot dot..". (sambil bagi senarai suku sakat).

Order kuih raya pulak..
"Long.. takkan la ghumah Tanjong ngan ghumah Bachok jo.. ghumah dot dot dot..".

Dah balik sesekali.. kita ni nak la pi menapau sarapan ke.. minum petang ke.. kudap-kudap ke. Then tanpa rasa bersalah.. "Long.. nanti tolong boli-an skali dot dot dot (sambil berkirim air liur je)".

Ini bukan "teasing senario".. Si Polan memang bersungguh and in some event (previously) memang Ibu dah terkena. Infact.. tahun ni pun masih terkena.

Waaaa !!!!

Kenapalah korang kejam sangat. Ingat Cik Asben tu balik kampung bawak Kuwait Dinar berguni ke? Kita orang pun macam orang lain jugak.. perlu makan.. perlu bayar itu ini.. perlu bayar yuran anak (cuma rasanya sedikit lebih mahal dari orang lain).. kena menyimpan untuk anak-anak nak sambung belajar nanti.. itu ini la kan.

And kenapalah cetek sangat pemikiran korang..

Ingat dah dok obersee ni semua orang mewah sangat ke? Some.. yes.. rezeki masing-masing kan. But still..

Tak boleh ke layan kita orang ni seperti makhluk Allah yang lain. Kami kerja macam orang biasa jugak.. kami makan minum macam orang lain jugak.. our life style pun lebih kurang macam korang jugak.. anak-anak kami pun dressing macam anak korang jugak.

From what I can see.. life korang lagi happening. Baju raya silih berganti tiap hari. Seminggu raya.. 7 pasang baju raya.. macam-macam pesen. Bukan setakat baju.. handbeg.. kasut.. head dress.. semua sedondon dari kepala sampai ke kaki. Paling-paling main ribu jugak nak maintain "presentation" yang macam tu.

Now.. tell me.. who is more "ber-wang"?

Almost every week korang dok post makan sana sini.. pi cuti sana sini.. dapat hadiah itu ini.. and the list goes on and on.


And.. unlike some people yang suka suki boleh pi cuti-cuti oversea.. kami terpaksa menabung dari awal untuk tiket pulang ke Tanah Malaya setahun sekali.

Then..kami juga terpaksa "berkira" kut nak makan di luar.. sekali makan anak-beranak paling kurang dah 25KD (times with 11). Itu baru kedai makan Siam yang biasa-biasa jer.. belum lagi pi restoran yang kebaboomm. Sewa rumah.. yuran anak.. bas sekolah.. itu la ini. And semua tu dibayar in Kuwait Dinar. Tapi kut in RM.. huiyooooo.. best wooo.. selang 5 tahun kita orang boleh la balik kampung pacak rumah banglo sebijik.

So..
Kenapa asyik nak "menekeh" kita orang je. Sekali dua kami nak bersedekah.. itu hak kami. But don't make it into a habbit asyik nak "mengetuk" jer. Elok-elok kami ikhlas.. nanti jangan sampai jadi macam kisah "rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi".

Jangan sampai ada yang kena tunjuk buku kira-kira. Besar periuk.. makin tebal la pulak keraknya.

Dah jadi macam tu.. yang lain-lain tu korang fikirlah sendiri.

P/s;
Cerita ini doesn't apply to me alone.. it goes to some of us too. So be more considerable.. please.

9 comments:

  1. SAlam Kak Sham
    sabar banyak-banyak eh..hehe

    ReplyDelete
  2. orang biasa ingat kalau kerja or duduk luar negara,tandanya banyak duit.

    ReplyDelete
  3. kita pun selalu kena situasi cam ini ngan org kampung...tak ingat org dyg uk bandar lagi kais pagi makan pagi, tak berkais pakat tak makan...duk kampung boleh petik segala pucuk tepi umah...sampai yuran sekolah anak pun nak kita dahulukan...camne tu...pastu kalau dorg dengar kita nak balik sesekali masing2 dok tanya nak hadiah? kadang terfikir dorg lebih pentingkan hadiah dari berjumpa dengan kita...

    ReplyDelete
  4. hahaha!!!!k.sham meluah perasaan as bini org kayo kuwait dah. infact scenario ni command la terjadi kat mana2 'org kayo' dok obersea ni. feeling dalaman pun samo la dgn apo k.sham raso ni eh. den pun terkeno juga. huhu!!! blh perang dunio ketigo jugak den pun

    ReplyDelete
  5. sedih JM dgr..hai pemikiran org kampung macam tu lah..bawak bersar lah ye tetapi kalau JM pun hangin jgak

    ReplyDelete
  6. hb selalu cakap sekali dua boleh layan permintaan camtuh, kalau selalu.. wat bodo jer lerr hihi. Kalau nak shopping g sendiri2 jer

    ReplyDelete
  7. Biasalah kak, saya sangat memahaminya. Orang ingat kita yg dok oversea ni cop duit :) Saya simple saja, saya boleh bagi saya boleh sponsor..dengan syarat jangan mintak. Saya tak suka orang meminta2 sebab kalau saya tunaikan permintaan tu maknanya saya bagi tu separuh ikhlas. Tapi kalau tak meminta saya boleh jer nak sponsor or whatever dengan seiklhas hati.

    Apa2 pun kak, Jaga Diri, Jaga Hati (macam pernah dengar tak?)

    ReplyDelete
  8. skrg ni tahun 2017. 1KD = RM14 ., byk beza tuuh

    ReplyDelete