Friday, October 10, 2014

10 sifat mazmumah

Assamualaikum all,
Salam hari Jumaat.. penghulu segala hari.

Tak ada apa nak share hari ni. So apa kata kita fahamkan makna 10 perkataan yang di bawah ini.

Apakah dia 10 sifat mazmumah itu?

1. Riak.
Bermaksud mengkhabarkan amalan baiknya kepada seseorang samada secara berkias ataupun berterus terang.

2. Ujub.
Bermaksud hairan diri atau bangga diri. Orang yang bersifat ujub ini adalah timbul dalam hatinya sangkaan bahawa dia sempurna dari orang lain.

3. Sumaah.
Bermaksud mengharapkan puji-pujian dari orang ramai terhadap amal baik yang dilakukannya.

4. Kasihkan dunia.
Cinta kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai daripada mengasihi Allah dan Rasul-Nya.

5. Bakhil.
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.

6. Buruk sangka.
Perasaan buruk sangka yang timbul terhadap orang yang ikhlas melakukan kebaikan.

7. Takbur.
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak. Merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain dan memandang hina ke atas mereka.

8. Hasad.
Bermaksud perasaan iri hati terhadap seseorang yang dikurniakan nikmat atau kelebihan oleh Allah ke atas mereka. Dia berharap Allah menarik balik nikmat tersebut dan memberikan kepadanya sahaja.

9. Dengki.
Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyamainya atau lebih darinya.

10. Panjang angan-angan.
Sifat ini menunjukkan kekerdilan manusia, kemahuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuannya yang sebenar.

Nampak ringan tapi ia sangat dibenci oleh Allh swt.

Semoga dengan pemahaman perkataan-perkataan tersebut, kita akan berusaha untuk menjauhinya. Insya'Allah.

COPY PASTE.


1 comment: