Friday, October 3, 2014

Ibu tak ajar.. dia yang kata..

Diberi peringatan..
Pada yang dah nak muntah pelangi baca cerita pasal "Haazem sakit" ni, elok la stop terus pembacaan. Memang buat sementara waktu ni.. Ibu memang tak ada modal lain selain dari cerita "Haazem sakit".

Okey??

Don't know bout others.. but..
Terapi minda jugak sebenarnya sangat penting. Communication between si pesakit dan para doktor jugak sebenarnya membantu semasa the healing process. Especially when you're dealing with kids..

Bak kata Haazem semasa ditanya..
Kenapa balik sini berubat.. sana tak ada doktor ke?
Jawab Haazem..
"Doktor kat sana bukan tak pandai.. cuma.. dia orang tu MALAS !!!"

Kut la ada doktor Pak and Minah Arab yang baca statement ni (and kalau dia faham la..) sure sentap.

But..
Itu cerita jujur dari anak Ibu.
- Dia yang sakit..
- Dia yang kena mengadap doktor kat sana..
- Dia yang kena tanya macam-macam.. 
- Dia yang kena tengking kena marah sebab menangis tahan sakit..
- Dia yang kena cucuk sana.. cucuk sini.. (sampai hari ni bengkak pun tak hilang lagi)

Itu belum lagi ayat skima pressure..
Contoh ayat..
- What are you not telling me?
- There is something you're not telling me?
- What are you hiding from me?
- Are you sure you're telling me the whole story?
(sila baca dengan penuh ekspresi muka.. ya'ni kening berkerut sampai nak bertaup.. lebih dramatik kalau boleh angkat kening sebelah terjungkit)

Ehh.. dah ko yang jadi doktor.. ko investigate la..

Tapi bila ditanya tentang doktor di sini..
- Doktor kat sini kelakar..
- Doktor kat sini baik-baik..
- Doktor kat sini takda yang jerit-jerit marah Haazem..
- Doktor kat sini kalau garang pun tapi still senyum.. (firm la tu)

And tang the nurses pulak..
- Kakak kat sini senyummmmmm jer..
- Kakak kat sini semua baik-baik..
- Kakak kat sini kalau mintak tolong.. takda komplen..
- Kakak kat sini cakap perlahan (sopan) jer..
- Kakak kat sini kalau cucuk se-lowwww jer..

What can I say.. budak-budak ni ikhlas..

Tapi yang paling best..

HAAZEM PALING SUKA HOSPITAL KAT SINI SEBAB BOLEH CAKAP MELAYU..

Semoga jati diri anak Ibu tidak akan luntur walaupun di kelilingi oleh Pak Sheikh.. Minah Arab.. and segala bangsa jenis manusia di dunia ni..

Meh..
Ibu nak belanja sekeping gambar separa horror.. so diberi peringatan.. mana-mana yang lemah semangat tu.. baik jangan tengok la..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


16 comments:

  1. Wehhhh!!! ngeri tengok banyak nya stapler...tp dah tengok masa anak operate bahu patah ari tu, tabahkan hati jer!

    semuga dengan nurses n doctors yang baik2 Haazem akan cepat sembuh seperti asal...

    Selamat hari raya aidil adha buat Sham n keluarga.

    ReplyDelete
  2. Eidul Adha Al-Mubarak buat K.Rose sekeluarga jugak.

    Insya'Allah.. demi anak.. Ibu kena firm.. Ibu tumbang.. anak melayang..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Nampak macam cantik jer tu. Parut sikitlah, tapi Hazem lelaki macho. Lelaki macho, kena ada parut..hehehehe. Service hospital swasta di sini, memang saya tak nafikan antara yang terbaik kak. Adik saya yang nurse di hospital swasta, selalu berlemah lembut dengan patient walau dia sendir menyinga kalau di rumah. 3 kali patient komplen pasal dia hatta dia terlupa senyum sekali pun, habislah kena tindakan tatatertib.

    ReplyDelete
  4. acik dah khatam baca kisah Hazem..lamanya tak buka blog..ketinggalan..Alhamdulillah Hazem dah makin sihat

    ReplyDelete
  5. Siannya dia... Tp memangla Kak.. Kalau tgh sakit, dilyn dan disoal mcm2, bertambah sakit jadinya. Time sakit le kita nak dilyn elok kan...

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Wohooo.. mcm tu pulak ke?
    Tak kisah la dia ikhlas ke tidak.. janji.. pesakit semua happy. Kita ni pun kalau asal buat kerana terpaksa.. lama2.. kita ikhlas jugak.

    P/s;
    Bab parut tu.. yg sedia ada pun dh mcm2. Adatlah anak lelaki.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Acik,
    Anak lelaki.. dah mula melasak pun.
    Tau2 dh bejalan sampai ke taman mainan. Ambik angin petang.. katanya.

    ReplyDelete
  8. Kina,
    Masa sakit ni la kita nak "manja" extra.

    ReplyDelete
  9. Tak terkata sbb semua tu benar belaka. Semoga Hazeem terus kuat. Terus positif. Dan sembuh cepat.

    Servis doktor dan nurse sekarang dah jauh berubah. Dah tak macam 20 tahun dulu yg teruk. Now depa yang takut patient plak.

    ReplyDelete
  10. speedy recovery hazeem. Itulah kata2 ikhlas seorg ank kecil.

    ReplyDelete
  11. SubhanAllah. Semoga Hazeem cepat sembuh.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Azie,
    Mmg byk perubahan.. atau mungkin jugak rezeki kami.
    Servis di hosp kerajaan mahu pun swasta.. 2-2 sama bagus.
    Senyum tak pernah lekang di bibir.

    ReplyDelete
  13. T.kasih both to Tifa & Laura.
    Insya'Allah.. kalau dia cepat & rajin buat terapi.. cepat la back on track.

    ReplyDelete
  14. Salam sham, nampak kering luka tu. di bahagian mana operate? belakang lutut ke? semoga hazeem cepat sembuh.

    ReplyDelete
  15. Alaikumsalam Hasnida,
    Joint hip sebelah kanan (atas). Alhamdulillah.. dia dah semakin sihat.

    ReplyDelete