Friday, November 28, 2014

Respect ??

Assalamualaikum..
Ju'muah barakah..

Just one quick and simple..
Ada betul ka??

Thursday, November 27, 2014

Tekki Shodan - Iron Horse 1

Alhamdulillah..
All my 3 boys dah enroll for karate class. Cuma la ni Manja bercuti sebab baru lepas operation tu hari. Itu pun last week Sensei Yahya dah tegur.. bi'makna.. coming Friday dah tak boleh jadi "penonton terhormat" la.

To me..
Bagus jugak.. buat saja "kata" yang ringan-ringan dulu. Tak perlu la nak angkat kaki sampai paras telinga kan. Anyway.. makna "kata" tu "bunga" la.. macam kita belajar silat jugak.

Sebetulnya..
Benda ni bukan wajib.. tapi dah dok merantau.. tambah pulak dengan anak-anak Tok Sheikh yang kebanyakannya memang sedia maklum.. ehem.. ehemmmmm..

Anyhow.. don't know bout others..
But to me.. bila kita dah hantar anak join for certain activities.. mak bapak kena la jugak ambik tau apa yang anak-anak belajar.

Dulu..
Ibu pun macam "tu" jugak.
Hantar je anak kat kelas.. then lepas tu hilang pi layan diri..

But then little that I realised..
Dia orang mula hilang fokus. Pi kelas.. balik kelas.. 1 benda tak melekat kat kepala. And gradually.. dia orang mula buat peil.. pi kelas setakat pi kelas je la.. setakat nak jumpa kawan-kawan.

So it got me into thinking..
What if.. I show them some interest too??

So..
Ibu mula tanya Tok Wi and Cik Gugel.
Mula start study all the "kata" yang ada dalam karate.
Mula rajin bukak link karate.
Belajar sejarah karate etc..
Mula ajak dia orang sembang pasal karate.
Tanya itu ini..

And you know what..
At last.. Ibu sendiri jadi syok. Balik kelas.. dalam kereta or even while having quality hours.. kita orang start sembang pasal "karate". Instead of masing-masing layan gadget.. layan wassup.. layan weechat (betul ke spelling).. kita orang share tengok video pasal karate.

And last few weeks..
Ibu rakam video ni. Mula tu just nak share dengan family. Actually Amsyar will be sitting for his 1st "dan" (black-belt paling muda) next January. Then later.. I've uploaded it on youtube.


Albeit..
Its far than "bagus" but I hope Amsyar will take this as his first step for betterment.


And at the same time.. Ibu belanja 1 video made by the master.. Dan berapa ntah.. tapi memang sharp la.

If anybody is asking.. Amsyar and the video is showing the same kata.. which is Tekki Shodan or Iron Horse 1.


Tu je bahan nak cerita ari ni.

Assalamualaikum..

Wednesday, November 26, 2014

Cerita.. ceriti..

Cerita dari rumah sebelah..

Ada orang tanya..
Cmana Ibu maintain segala benda yang melekat kat besi tu "untouchable" dek anak-anak..

Entahlah..
Tapi pada Ibu.. very easy peasy (very the takbur one).. bagi jer dia orang explore sendiri. Yang jadi hal ni.. bila.. itu NO.. ini NO.. semua jangan.. lagi la makin curious masing-masing kan.

Example..



Ni si Cinonet masa dia umur baru setahun 2 bulan. Jenis tengah "curiosity kill the cat".. "but.. satisfaction brought it back". Berbaloi babe..

So since dia ada own magnetic board (walhal white board je) so dia ber-eksperimen sendiri la. Lelama.. pandai la dia nak appreciate.

Yang abang-abang pulak..
Ni koleksi si Manja..


While ni hat Bujang Sulong..


Ada yang dah rongak sebab Ibu pinjam nak exchange dengan other collectors. Dengan anak-anak pun Ibu ada masa exchange jugak. Ye la.. tak semua yang kita punya collectors berkenan. Ada masa collectors cari hat soft toys.. cartoon features.. football logo.. macam-macam la kan. Time ni la reta dia orang comes-in-handy.

Tapi bila dah pinjam kena ganti la kan.. biasa kita orang buat 3-ways-exchange. Mine.. biasa dia orang mintak yang dari dalam boxes ni la.

Ni gambar lama.. circa last 5 years.. sekarang...

Anyway..
Same goes for my fresh flowers.. masa awal tu selamber je ada yang pi petik kelopak lily ke.. roses ke.. etc.. tapi Ibu kata jer la.. "haa.. dah tak cantik lagi". From there.. they learnt. Kena sabar.. indeed.. tapi lelama sampai la "tahap bosan" tu. Lepas tu.. insya'Allah..

Even..
Sampai la ni.. dia orang tak segan pun kalau Ibu mintak teman pi beli fresh flowers. Siap jadi tukang pilih lagi. But.. on weekly basis.. Cik Asben la yang pi beli selalunya. Dia pun dah faham.. Unless ada special occasion yang Ibu kena beli sendiri.. then time tu anak-anak la yang meneman.

Jarang Ibu pi beli sendiri.. takut.. that's not the real reason. Tapi Ibu lebih prefer that way sebab it is my kind of way creating quality time with the boys.

Apa nak segan pi beli bunga.
La ni beli bunga ngan Ibu.. years to come.. beli bunga untuk wifey masing-masing pulak.

Okey..
Panjang dah membebel ni. Thus.. dah jam 9.30am. Time untuk masuk "department".

Nanti-nanti kita sambung lagi..

Daaaa..


Tuesday, November 25, 2014

Suka-suki..

I need a hobby..
And yes.. I have a hobby..
Benda-benda routine ada masa bosan jugak nak buat.. and dengan ada "hobi" ni boleh la divert attention sekejap.

So..
Dah tu pandai-pandai la pilih hobi.. sebab ada hobi yang can be very costly.

Me..
Sejak jejak kaki ke sini.. ni la antara hobi yang masih bertahan. Adik-adik dan kawan-kawan pun dah sedia maklum.

Ada masa Ibu beli online.. exchange dengan other collectors or kalau rezeki lebih.. kita beli masa pi ziarah tempat tu sendiri..

And baru-baru ni kebetulan ada adik yang kena pi ke Tanah Seberang. So kita ambik kesempatan berkirim apa-apa yang patut.

Meh..
Ibu nak tayang-tayang sikit la..







Except for the fm HRC.. yang lain tu kira ok la. Tapi tang HRC tu memang semua dah sedia maklum la kan. Lucky for me.. Cik Asben redha kongsi budget.. huhhh.. selamat kantung syiling weiiii..

Anyway..
My advise.. hobi.. hobi jugak. Tapi jangan sampai hobi makan diri. Jangan sebab nak ngikut orang.. kita pulak yang makan diri. After all its only a hobby..

Dah..
Nak cerita tu jer..

Ilal liqa' friends..

Monday, November 24, 2014

Ariana Ross here in Kuwait..


Kut kata tak kenal nanti.. kut la ada orang kata Ibu ni sombong.. ye la artis top dari Malaysia pun tak kenal.. tapi ikhlas.. memang pun Ibu tak kenal.

Ye la..
Masa bila pulak la Ibu nak tengok cerita melayu. Time balik kampung pun.. mana sempat nak layan cerita melayu. Maybe sebab timing tak kena (time maghrib kan) thus.. memang tak minat sangat nak tengok tv sebenarnya.

Andddd..
Time ni la nak do all the catching-up dengan sedara-sedari.. balik setahun sekali kan.

Nak jadi cerita.
Artis yang sorang ni ada buat shooting kat sini. Cerita "Bencinta" untuk slot TV3 next January. Actually 2 minggu sebelum dia orang sampai pun, Amir dah cerita ke Ibu. Okey.. no big deal.

Tapi..
Itu my part of the story..
Orang lain.. woot.. woottttt !!!

Semua nak jumpa dengan dia orang.. semua nak bergambar.. nak itu.. nak ini.. artis kan. Cantik pulak tu.

Yang si hero..
Ada 2 orang kut.. "handsome" khabarnya.
Siapa.. ntah.. unfortunately.. dia orang dah balik awal la pulak. Scene dah abis kan.

Anyway..
Nak jadi kisah.. adik yang sorang ni tersangat la minat dengan Fathia ni. Dah tu.. sungguh-sungguh dia mintak Ibu tolong arrange-kan untuk dia jumpa dengan artis yang sorang ni.

Janji..
Takda la..
But I'll try whatever I can..




Tadaaaa..
You know what.. Ibu kena gugel la pulak nak tau status dia orang ni. Poor me.. so ketinggalan (to some people la).

Anyway..
Nak jumpa kat luar.. ding-dong-ding-dong.. at last Ibu cuba arrange dinner kat rumah. Jemput semua crew termasuk Pak Director and Tuan Producer sekali. Hasil.. alhamdulillah.. all went well.


And before balik..
Sempatlah belanja gambar sekeping dengan semua yang datang tu..

And we have one very happy person last night..

Wednesday, November 19, 2014

Makcik KAYO !!!!

Fils sana
Fils sini

Balance beli rokok
Baki beli groceries
Baki beli jajan

Jumpa dalam washing machine
Jumpa atas meja makan
Jumpa atas rak kasut

Setakat 5fils.. 10fils.. 20fils.. or even 50 and 100fils..
Semua tak mengaku..


Tapi kalau yang macam ni.. ada yang mengaku tak??

Tuesday, November 18, 2014

Kisah suami curang.. cerita dongeng..

Kisah suami curang yang kat FB tu.. nampak gaya dah semacam viral la pulak. Sapa-sapa yang belum sempat baca.. search saja "kisah suami curang".. rasanya.. mesti jumpa nyer la nanti.

Summary..
Suami curang !!!
The blame goes back to si isteri sebab once dah kawin.. dok rumah.. jaga anak.. jaga segala makan pakai.. tapi at last diri sendiri tak terbela.. ie.. busuk la.. comot la.. kurang cantik la.. bla bla bla..

No doubt..
Si isteri kena ambik iktibar..
Dulu masa si suami mengorat kita.. the first thing that he "what ever la" was (very subjective).. tapi ada la yang dia berkenan tu.

And buat si suami pulak..
Come on la.. after years of marriage.. tipu la kalau "benda alah" tu masih ketat anjal macam masa malam pertama. Pinggang yang saiz secekak pun mungkin dah jadi 2 cekak.. rambut yang ikal mayang pun mungkin dah jarang-jarang.. dengan faktor umur yang mempengaruhi.. dengan anak-anak.. etc..

In short.. banyak perkara yang contribute pada sesebuah hubungan suami isteri.

Ada yang komen kata.. ini cuma satu escapism dari kaum lelaki yang berstatus "suami" untuk cari lain.

Ada jugak yang komen kata.. si isteri kena ambik iktibar dari cerita tersebut.


But in real life.
Kisah ni memang terjadi pada kawan Ibu sendiri. Dah berbelas tahun berkahwin tapi at last bercerai.

Reason..
Sebijik la macam yang lelaki tu kata.. bini tak pandai layan.. bini tak romantik lagi.. bini tak pandai masak.. bla bla bla.

To me..
Both of them are my friend.. tidak adil rasanya untuk meletakkan kesalahan pada sebelah pihak sahaja. Ibu tak tahu hal sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Ikhlas.. dah tak ada jodoh. Full-stop.

Tapi hakikatnya..
Pada Ibu.. once dah tak suka.. semua yang baik-baik akan jadi terbalik. Faham la tu kan.

Kita boleh cuba ikhtiar nak pulihkan keadaan tapi sebaliknya kalau itu yang lebih baik.

Mungkin jodoh mereka tiada lagi di dunia.. tapi di akhirat mungkin Allah akan kurniakan dengan bidadara yang 1000 kali (or even more than that) lebih baik dari yang si isteri dapat semasa di dunia.

So.. redha dan bertabahlah..

Janji Allah itu pasti.
Kita berbuat baik dan patuh dengan segala suruhanNya hanya atas satu maksud.. iaitu balasan yang setimpal di dunia satu lagi.

Sapa yang betul.. sapa yang salah..

Tepuk dahi.. tanya diri sendiri..

Note;
Kalau pun ia hanya sekadar cerita dongeng.. fikir-fikirkanlah..