Tuesday, November 18, 2014

Kisah suami curang.. cerita dongeng..

Kisah suami curang yang kat FB tu.. nampak gaya dah semacam viral la pulak. Sapa-sapa yang belum sempat baca.. search saja "kisah suami curang".. rasanya.. mesti jumpa nyer la nanti.

Summary..
Suami curang !!!
The blame goes back to si isteri sebab once dah kawin.. dok rumah.. jaga anak.. jaga segala makan pakai.. tapi at last diri sendiri tak terbela.. ie.. busuk la.. comot la.. kurang cantik la.. bla bla bla..

No doubt..
Si isteri kena ambik iktibar..
Dulu masa si suami mengorat kita.. the first thing that he "what ever la" was (very subjective).. tapi ada la yang dia berkenan tu.

And buat si suami pulak..
Come on la.. after years of marriage.. tipu la kalau "benda alah" tu masih ketat anjal macam masa malam pertama. Pinggang yang saiz secekak pun mungkin dah jadi 2 cekak.. rambut yang ikal mayang pun mungkin dah jarang-jarang.. dengan faktor umur yang mempengaruhi.. dengan anak-anak.. etc..

In short.. banyak perkara yang contribute pada sesebuah hubungan suami isteri.

Ada yang komen kata.. ini cuma satu escapism dari kaum lelaki yang berstatus "suami" untuk cari lain.

Ada jugak yang komen kata.. si isteri kena ambik iktibar dari cerita tersebut.


But in real life.
Kisah ni memang terjadi pada kawan Ibu sendiri. Dah berbelas tahun berkahwin tapi at last bercerai.

Reason..
Sebijik la macam yang lelaki tu kata.. bini tak pandai layan.. bini tak romantik lagi.. bini tak pandai masak.. bla bla bla.

To me..
Both of them are my friend.. tidak adil rasanya untuk meletakkan kesalahan pada sebelah pihak sahaja. Ibu tak tahu hal sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Ikhlas.. dah tak ada jodoh. Full-stop.

Tapi hakikatnya..
Pada Ibu.. once dah tak suka.. semua yang baik-baik akan jadi terbalik. Faham la tu kan.

Kita boleh cuba ikhtiar nak pulihkan keadaan tapi sebaliknya kalau itu yang lebih baik.

Mungkin jodoh mereka tiada lagi di dunia.. tapi di akhirat mungkin Allah akan kurniakan dengan bidadara yang 1000 kali (or even more than that) lebih baik dari yang si isteri dapat semasa di dunia.

So.. redha dan bertabahlah..

Janji Allah itu pasti.
Kita berbuat baik dan patuh dengan segala suruhanNya hanya atas satu maksud.. iaitu balasan yang setimpal di dunia satu lagi.

Sapa yang betul.. sapa yang salah..

Tepuk dahi.. tanya diri sendiri..

Note;
Kalau pun ia hanya sekadar cerita dongeng.. fikir-fikirkanlah..

3 comments:

  1. Saya setuju....sangatttt setuju. Usahakan...berdoa. Namun kiranya tak.seperti diharap, redhalah dan berusaha agar menjadi lebih baik. Yakni, pelaburan saham akhirat.

    ReplyDelete
  2. Kalo saya senang aje Kak Sham.. Kalau dah nak cari lain or tak suka kat kita... berpuluh alasan boleh diberi. Banyak aje saya tengok wanita cantik & pandai mengurus rumahtangga dimadu/dicerai. Benda ni ikut nasiblah... Dan pastinya hanya Allah yang mengetahui mengapa mereka ini diuji..

    ReplyDelete
  3. kasihan jugak bila baca kisah sebegini..tapi hanya mereka saja yang tau kisah sebenar.lelaki dan perempuan kena ambil iktibar.

    ada je bini cantik kena tinggal..tul tak?

    ReplyDelete