Sunday, November 9, 2014

Nasik mandy Penjara..

Hari Jumaat..
Setelah hampir 6 bulan tekak ni dok mintak nak makan nasi mandy.. akhirnya sampai jugak hajat..

Cuma..
Sedia maklum.. dok sini macam-macam ada.. mandy Yamani.. mandy itu laa.. mandy ini la.. tapi at last mandy penjara jadi pilihan. Sebenarnya.. kat belakang rumah ni pun ada berjual nasi mandy.. tapi entahlah..

Kat rumah sebelah dah ada orang bertanya.. kenapa panggil nasik mandy "penjara". Sebab.. lokasi kedai nasik mandy ni dekat ngan penjara. Khabarnya ni penjara yang terbesar di Kuwait. Actually Ibu pun tak study tang bab tu..

Lokasi..
Area Kabd. Sulaibikhat pun dah dekat ngan area ni. Nak kira dari rumah kita orang.. jauh jugak sebenarnya. Tapi apakan daya.. dah nak sangat kan..

Jom kita layan gambar..


Nak close-up..
Tak berani la pulak. Tak tergamak pulak nak berhenti kereta tepi jalan then tetiba ambik gambar. Kat sini tak macam kat Malaysia. Suka suki boleh ambik gambar. Dari semua kaum perempuannya hinggalah ke bangunan-bangunan tertentu.. karang tak pasal-pasal pulak ada yang kena angkut..



Pilihan kami cuma mandy kambing and mandy ayam. Well.. of course Ibu prefer yang hat ayam. Kambing.. ermmm.. belum terbukak pulak hati lagi..



Tak ada ulam tak sah.. maybe for that reason dia orang ni kurang ada penyakit. Tang penyakit tu.. bahagian masing-masing la kan..


Anyway..
Walaupun kami makan nasik mandy.. tapi tekak kami masih tekak orang Melayu.. dah jadi macam tu.. budu la jadi penyelamat.. And since kami tu hari lunch port kat rumah Amir so sanggup bawak cili api.. lemon and budu. Memang makan bertambah-tambah la kami..


Kut la ada sesapa dari tanah seberang yang datang berziarah ke sini and nak try nasik mandy penjara ni.. boleh la try call. Kawasan makan.. macam biasa.. memang lelaki je yang datang makan kat sini. Tapi kalau nak bawak family.. still no problem.


Nak show-off sikit la..
Ini portion Ibu.. sambal seciput kat bucu atas kanan tu actually sambal cili bekal dari kedai. Tapi tak pedas mana pun. Tu yang kena tambah budu kat bucu bawah sebelah kiri. Then nasik.. ulam and ayam.. cukup la tu kan..

Well..
Tu je la cerita Ibu untuk hari Ahad ni.. Actually.. sejak dari Khamis lepas sampai la semalam.. jadual kami penuh.. nanti-nanti kut sempat kita share la cerita-ceriti..

Ilal liqa' friends..

2 comments:

  1. makan nasi mandy ngan budu..hehehe.tak pernah try lagi.mandy kambing la sedap kak sham..

    ReplyDelete
  2. Mandy kambing memang sedap.. tp dah gear slow ni.. kena kurangkan daging merah.

    ReplyDelete