Monday, January 12, 2015

Escaping reality..

Terlebih dahulu.. Ibu mintak maaf.. seikhlas hati tak ada maksud nak meng.. (what ever la) anak sesiapa pun.

Anak-anak kita hari ni.. mungkin la selamat dari perbuatan sebegini.. tapi cucu.. cicit kita.. kita belum tahu lagi. Yang dah lepas.. terlajak.. terlanjur tu.. sudah la.. taubat nasuha lillahi'taala. Pintu taubat Allah tu terbuka setiap masa..


How banter.. tapi kelakar ke?
Femes la lepas ni anak-anak kita.. tapi buat apa femes dengan cara ni?

Terkujat separuh nyawa bila Ibu tengok video ni..
Macam tak percaya.. but.. kena percaya la jugak sebab dah terang-terang tunjuk perilaku anak-anak kita yang.. whatever la..

I'm sure.. by now benda ni dah viral satu Malaya. Kalau kami yang di sini pun tahu.. tak kan orang sana tak tahu menahu.. Dunia cyber hari ni.. sekali tekan "ENTER".. satu dunia tahu itu ini..

Escaping reality..
Ya.. escaping reality la sangat.. but only for a while..
Tentu anak-anak dara ni semua sepertinya mimpi jadi kenyataan. Ye la.. kan dah dapat jumpa hero mata sepet.. kulit putih mulus.. tinggi lampai (tinggi sangat ke)?.. bla bla bla.. dah tu siap kena pegang-pegang.. kena peluk.. kena cium..

Astaghfirullah..

Tapi semua ni kejap saja.
The moment kiri kanan depan belakang dok ngutuk.. pedih hati.. bernanah telinga.. nak sorok muka pun ntah tak tahu kat mana..

Yang mak bapak pulak..
Aduhaiii.. banyak-banyak la beristighfar.. bukan ini yang diminta.. bukan ini yang diajar. Mana mak nak letak muka dengan jemaah masjid.. dengan geng baca Quran..

Yang si ayah pulak..
Mana nak letak muka dengan kawan sepejabat.. dengan jemaah sembahyang Jumaat.. dengan geng se-korum minum teh kopi lepas solat Isyak?

I.. myself as a mother.. try tp put myself in their shoes.
Macam mana weihhhhh??

Bila nak kawin mintak duit hantaran ribu riban.
Bila nak kawin.. mintak segala jenis hantaran "atas par" yang bukan-bukan..

Tapi..
Tapi terang-terang anak dara rela kena peluk cium in public.

Some might say.. what about yang buat "hal" belakang kita?

Yang tak nampak tu.. benda wujud tapi cmana nak cerita?
Jangan pulak kita buat fitnah.. memadai saja yang dah terang-terang kat mata kita.

Inilah yang dikata.. fitnah akhir zaman..

Benda haram.. tetaplah haram..
Benda tak boleh buat tu.. tetaplah tak boleh buat..

Tak kiralah K-Pop ke.. M-Pop ke.. Lolly-Pop ke..

No means NO..
Haram means HARAM..

Semoga kita terlindung dari fitnah yang sebegini.
Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan.

Adeihhhh.. sadis..

Jaga hati.. jaga diri..

Take care friends..

1 comment:

  1. itulah kak, seriau nak mendidik zaman serba mencabar ni. pendidikan semakin mahal (kalau nak yang ada asas agama)

    moga dijauhkan anak2 kita dari menjadi sebegitu

    ReplyDelete