Monday, March 9, 2015

Keluarga kecil kami..

Assalamualaikum all,

Rumah sekangkang kera.. cukuplah untuk kami anak-beranak menumpang hidup di tanah Pasir Berdengung ni. Tiap kali ada niat nak jemput kawan-kawan datang bertandang.. soalan pertama.. muat ke nak jemput 'ramai' ni?

Tapi alhamdulillah.. walaupun dengan keadaan yang sedemikian.. adik-adik kita ni tak pernah bersungut. Walau terpaksa berlaga lutut.. masing-masing masih mampu bergurau senda.. usik-mengusik..

Sebahagian dari adik-adik kita..

Asal kisah..
KAFA dah tak ada..
So kami ada sedikit masa lapang on Khamis malam..

So adik-adik ni mencadangkan dibuat bacaan Yasin di rumah kami selang seminggu setiap Khamis malam Jumaat. Lepas baca Yasin disambung pulak dengan sedikit perkongsian.

Kami..
Kecik tapak tangan.. tak tahu besar mana nyiru yang kami nak tadahkan.

Then bermulalah dengan masing-masing merancang buku apa yang nak di'bedah'.. siapa nak jadi speaker 'terpilih'.. thus.. bagi pihak Ibu pulak.. nak masak ape ni?

Bila CPU makin low.. terpaksa buat macam ni.. 
check-list..
Check and re-check..

Namun.. alhamdulillah.. rancangan yang mulanya ada jugak la ada sedikit huk sana.. hek sini.. akhirnya berjalan dengan lancar. Dari bacaan Yasin hinggalah ke perkongsian ilmu dari adik-adik kita ini.

Dari hanya dua orang speaker 'terpilih'.. akhirnya masing-masing berkongsi serba-sedikit.. dan kami yang serba kekurangan ini.. rasa memang amat terharu bila masih ada insan-insan yang walaupun muda dari usianya tapi tidak dari pengalaman serta ilmunya.

Ameenn ya rabb..
Semoga majlis ini mendapat barakah dariNya dan semoga Allah berkati ikhtiar adik-adik kita ini.

Okey.. dah tak boleh nak story-mory lagi.. ada orang dah emo ni..


10 comments:

  1. Kak sham rindu laaa...kalo tak tu selalu je tgk gambo lauk pauk..now dah tak de dah santapan tuk menjamu mata kat lauk pauk akak huhuhu

    ReplyDelete
  2. seronoknya ada keluarga besar macam ni. bila berjauhan dri keluarga ditanah air, semua rasa bersaudara

    ReplyDelete
  3. Subhanallah....rezeki dan rahmat yang besar kak... Rumah akk jadi lokasi majlis ilmu.

    ReplyDelete
  4. Insya'Allah Qies.
    Lega2 sikit nanti kita share. La ni jarang dah snap gambar lauk.

    ReplyDelete
  5. Irfa.
    Tiap kali terfikirkan adik2 ni.. senang je nak nangis. Rasa.. diaorg ni la ganti saudara.. ganti keluarga di kampong.

    ReplyDelete
  6. Aziela.
    Mudah-mudahan Allah rahmati dan berkati majlis ilmu spt ini. Dan semoga ada yang mendapat menafaat darinya. Ameennn.. ya rabb..

    ReplyDelete
  7. Saya ada dengar antara tempat untuk meraih pahala yg banyak adalah memberi makan kepada kanak-kanak yang menuntut ilmu. Masya Allah, peluang keemasan.

    ReplyDelete
  8. inilah sikap yg di cari sentiasa bersyukur dgn apa yg ada :-)

    ReplyDelete
  9. Betul tu Nasa.
    Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi adik-adik kita ni.

    ReplyDelete
  10. Insya'Allah JM. Semoga kita semua sentiasa istiqomah.

    ReplyDelete