Thursday, March 26, 2015

Minyak wangi hunting..

Assalamualaikum all..

Subject kita kali ni.. MINYAK WANGI.

Kisahnya..
Tu hari ada orang bertanya.. actually kekanda Meng yang bertanya.

Benda menarik ni kita jangan tunggu lelama. So sementara cerita masih panas ni.. Grand Avenues kita pi ziarah. Actually Grand Avenues ni adik-beradik Avenues. Cumanya.. Grand Avenues ni.. lagi 'grand' jer la.

Tapi.. sebelum kita nak pi berjuang tu.. tangki kena isi dulu. Takut nanti kurang darah.. kurang iman.. kurang segala yang kurang nak menahan nafsu nafsi masa dok study benda alah yang wangi tu.








Pemandangan biasa sebelum kami sampai ke tempat nak layan tekak.. layan perut. Tapi sebenarnya banyak lagi kiosk sepanjang jalan before nak sampai ke tempat yang kami tuju tu. Cuma segan la jugak Ibu nak menembak. Snap pun bebih kurang jer la. Mujur jugak gambar.. kira boleh la..


Ni la tempat yang kami tuju. Restoran Leila. Restoran yang menyajikan makanan dari Lubnan. Cik Asben yang recommend tempat ni sebenarnya. Dia dah try sebelum ni. Ikut tekak dia.. kira okey dah.


Pembuka bicara.. roti yang siap boh habatus'sauda. Bau jer pun dah tau. Lemak-lemak manis. Sedap.. tapi Cik Asben sound jangan makan banyak sangat. Yang lain tak rasa lagi ni..

Dah makanan dari Timur Tengah.. sure ada buah zaitun.. and segala jenis jeruk..


Kerabu terung.. salad terung.. sama la tu.. masam sikit.. terlebih lemon. Tapi kalau lemon tu kurang sikit.. garam lebih sikit.. memang dah secukup rasa.


Jus delima.. ada orang tu suka sangat dengan jus delima. Pi mana-mana pun still jugak nak jus delima. Where as Ibu.. teh kelat la jadi pilihan. Itu yang paling selamat.. itu pun kena jugak berebut ngan si Arif. Hantu teh dak kecik tu..

Mix grill..
Bujang Sulong opt for this..

Kufta.. saja order kut la sesapa nak makan daging..

Chicken wings..

Hati ayam goreng lemon..
(jugak boleh mintak masak dengan buah delima)
Yang ini.. Ibu pun boleh buat.. macam masak kicap jer..



As you can see.. with niqab.. distasya.. so common.
Sebenarnya.. Ibu nak jugak tunjuk other customers yang ada kat Leila ni masa kami lunch tu. Tapi segan la pulak nak teropong. Since this is a Lubnan's restaurant.. dah tentulah ramai jugak dari Lubnan. Macam makan kat kampung sendiri la kira nyer ni. And one thing bout Minah-minah Lubnan.. its really easy to spot them.

Dia orang ni lebih cantik dari Minah-minah Arab yang lain. And most of them jugak.. ramai yang bukan Muslims. So the way they dress.. memang lain la sikit. Dah tu.. kalau nak dibandingkan dengan Kuwaiti (tho' not all) dia orang ni lebih slim.. lebih cantik.. rambut perang.. mata kaler-kaler.. complexion pun lain sikit.. in short ramai yang macam model.

Well.. kat Avenues ni susah sikit la nak differentiate sebab macam-macam orang pun ada. But.. there is one restaurant kat tepi Gulf Road.. Seven Seas ke apa namanya.. lupa dah.. lama sangat dah tak pi sana. Tapi yang kat situ memang almost 80% asal dari Lubnan.

Memang cantik-cantik babe..


Ini pulak kerusi makan kat restoran tu. Ini untuk yang single. Kalau yang double.. siap ada bantal peluk. Authentic design as if.. konon-konon kita orang tengah makan kat Lubnan. Actually.. most of the interior design.. pinggan mangkuk.. segala yang ada kat sini.. semua dari sana.

Yang paling rajin melayan kami makan..

 

Okey.. sampai dah kat tempat yang dituju..
Amouage.. originally from Oman. Boleh baca di sini and di sini dan jugak di sini. Sebenarnya.. sebelum ni kami dok lalu-lalang jer depan butik ni. Tak ada hati pun nak singgah sebab 'tak masuk list'. Tapi bila dah ada yang bertanya tu.. well.. curiosity kill the cat..

Anyway.. masya'Allah..
Dari luar pun.. dah macam bau malaikat terhempas (as my Omak selalu sebut).

Intai-intai kat luar kedai dulu..

Bismillah..

Collection.. for men..
Ladies dah abis la pulak..

Takmo beli minyak wangi.. yang 'ini' pun ada jugak..




Ada jugak yang tengah study.. like me..


 
Kalau perasan..
Botol putih (kat kiri sekali).. and botol kuning (kanan sekali).. best seller tu..


Get yourself rewarded..

Okey.. abis dah cerita pasal minyak wangi. Ada rezeki sambung cerita pasal minyak atar pulak. Omak sey dah posan nak pakai yang 'tu' maso pagi ghayo.

Daaa..

18 comments:

  1. Packaging cantik, berapalah rega yang botol merah hati tu.....

    ReplyDelete
  2. Nasa,
    Tak tergamak la pulak nak tanya hat yg merah hati tu..

    ReplyDelete
  3. Wangi boto tu sham yo..sodap ko bau e sham

    ReplyDelete
  4. Iyo eh Acik.
    Memang sodap.. ati dah bekonan kek botol yang kuning tu pulak dah.. tongah ngumpol an duit la ni.. kut la ado lobih2 boli sayo tu kan..

    Tapi yang best tu.. Amoage ni tahan lamo. 4-5 kali tangan lalu dek air.. baghu ilang.

    ReplyDelete
  5. Cik Nieda,
    Dari luar kedai pun dah boleh bau.
    Amoage ni banyak guna ekstrak dari bunga & buah-buahan..
    Ntah la.. terpulang pada masing-masing la kan.
    Tp pada Sham.. memang sweet la.

    ReplyDelete
  6. Terliur tengok....tak mampu la den nak boli e...boli DG 3 taun tak abes laie. jimat2

    ReplyDelete
  7. Sham pun tengok jo Kak Rose.
    Nak boli.. blom mampu kak.. mahal kepalang.

    ReplyDelete
  8. mak arab ni kalau sopim minyak wangi, macam beli sayur, pakai bakul gitu

    ReplyDelete
  9. Irfa..
    Haaa.. tau tak per..
    Tu pasal ada yang dah sebatu jauh ke depan.. minyak wangi kat belakang still bau lagi.

    ReplyDelete
  10. thanks Shams..

    memang nak kena menabung ni. kat isetan kl ada kaunter dia dgn klia..

    nanti la pi usharina.. ke kena gi oman gak baru murah kot

    ReplyDelete
  11. Sama-sama Bang,
    Alang-alang kut pi Oman.. jgn lupa beli kemenyan bang.
    Kemenyan Oman.. mmg terbaik..

    ReplyDelete
  12. minyak wangi ni , saya suka bau tapi x blh pakai , pening kepala ... jus delima tu mengancam mata dan tekak ...

    ReplyDelete
  13. Food spread, Masya Allah....sedapnya nampak, kak... Saya baru tau pasal Lubnan. Saya ingatkan semua Muslim, bukan rupanya yer. Anyway, sey lately ni bukan main obsess la pula dongan perfume. So, elakkan tompek2 macam ni sehabih mungkin...kok tak..langsai semuo poket sey kak...

    ReplyDelete
  14. Vee,
    Jus delima (actually segala jus) di sini memang pekat.. memang asli. Sebab biasa memang perah dari buah dan takda campur sebarang perisa.

    Well, itu yang biasa kami tengok dia orang buat la.

    Kut kat Leila ni guna 'perisa'.. nasib badan la..

    ReplyDelete
  15. Amouage tu memang mahal Aziela (pd akak la).. tapi setakat Lancome, Chanel, Gucci etc.. masih mampu beli. Actually lebih murah dari harga di Malaysia.

    OR.. mungkin sebab tak ada TAX kut.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya tgk mknnya... Mknn Arab..mknn sunnah...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Maria,
    W'pun bukan setiap masa tapi setakat buah delima, buah zaitun, buah kurma, madu dan habatus'sauda.. tu semua mmg senarai makanan sunnah yang paling senang kami jumpa di sini.

    ReplyDelete