Saturday, March 14, 2015

Satu hari minggu di Hawally..

Assalamualaikum all,

Cerita hari minggu kami..
Hari nak bermalas-malas.
Semalam sehari suntuk dah keluar. Dari lepas solat Jumaat sampailah ke malam. Dari memenuhi jemputan 'lunch' di rumah sahabat.. sampailah menghantar anak-anak ke kelas karate and last sekali.. weekly groceries.

So hari ni..
Dok sahaja di rumah.
Sambil gosok baju.. prepare apa-apa yang patut untuk esok pulak.

Dah pi belanja tu.. sure la macam-macam jumpa. Meh Ibu share pics kat sini.





Buah kundang..
Buah ceremai..
Yang ni beli kat kedai Siam. Harga.. mak aihhhh.. redha jer la.

Kundang tu memang makan mentah. Arif suka sangat la tu. Tapi buah ceremai tu sebab masam nyer.. nau'zubillah.. maka Ibu divert buat campor-campor dalam kuah gulai. Ada rezeki.. Ibu share kat sini nanti.

Then..
Kan dah kata hari ni hari nak bermalas-malas.. so.. pagi ni tadi Ibu buat roti jala untuk sarapan. Kebetulan ada pulak kuah kari ayam 4 hari lepas yang dah Ibu frozen-kan. Yang itu pulak kisahnya.. ayam.. kentang habis.. tapi kuah banyak berbaki. So.. hari ni.. defrost.. kita tambah ayam.. and tambah kentang. Khalas..



Jangan ditiru yang kat atas tu. Itu skima orang dapur yang malas nak posing-posing. Sambil masak.. kita food-tesing dulu. Tapi untuk orang lelaki yang di rumah ni.. kita hidang la elok-elok. Paling tak pun.. kalau 'rasa' jatuh nombor dua.. presentation tetap nombor satu. Well.. at least kena bersih la.

Ntah la.. at least.. itu cara Ibu la. Kalau ada yang nak resepi roti jalan tu.. Ibu guna resepi yang ini. Tapi biasalah.. kut ada yang macam terlebih.. terkurang.. kita alter la sikit-sikit.

Tapi since dah semua kekenyangan.. petang-petang sikit la kita masuk dapur semula. Makan anak-beranak.. apa-apa pun boleh. Janji kenyang &&&&& halalan toi'yiba.



Sementara tu Cik Asben dengan projek mem-varnish-nyer. Suka la buat apa-apa pun kan kan..

10 comments:

  1. terlior tgk buah buah tu.Rasa la ni juga nak pi cari.

    ReplyDelete
  2. saya jumpa kt kedai buah 5 bintang di kl sentral rega buah kundang tu sekilo rm48.00, apatah klau dah sampai di negara pasir berdengung tu...

    ReplyDelete
  3. Carik jangan tak carik..
    Kat Malaysia.. insya'Allah senang jumpa buah-buah ni. Harga pun jauh lebih murah.

    ReplyDelete
  4. Nasa,
    Kalau semuanya convert ke RM.. memang rasa tak terbeli buah-buah tu.

    ReplyDelete
  5. dah lama rasanya tak mkn buah kundang dan ceremai tu...ceremai tu mmg masam...bua jeruk baru boleh mkn..kiranya buah tu di import dari msia ke

    ReplyDelete
  6. T.kasih JM.
    Sudi lagi berkunjung ke sini.
    Buah ceremai & buah kundang tu dibeli dari kedai Siam di sini.
    Import dari Thailand la kiranya.

    ReplyDelete
  7. Salam kenal ibu Sham :)

    Tadi pergi pasar, buah kundang RM25 sekilo, tapi memang suka sangat buah tu.

    Roti jala tu kira rajin dah, kalau malas, roti keping jer cicah kuah kari...hehehe

    ReplyDelete
  8. T.kasih dan salam kenal jugak.
    Di sini.. kut nak mkn.. memang kena buat sediri la nampaknya.

    ReplyDelete
  9. buah cermai tu buat jeruk asam boy pun sodap ... utglah masih blh jumpa buah2n tempatan ... dah lama x buat roti jala ...

    ReplyDelete
  10. Vee,
    Akak ni nak buat jeruk tak pandai.
    Tu yg 'jadi' lain tu.

    ReplyDelete