Sunday, April 19, 2015

Pasar basah.. Souk Sharq

Hari Sabtu..
Hari untuk menyiapkan segala keperluan seminggu yang akan datang. Dari juice, snacks etc. sampailah ke keperluan sekolah anak-anak dan untuk Ibu masak-masak. And seperti biasa.. check-list kena buat siap-siap. So tak ada yang tertinggal and if can tak ada yang membeli 'terlebih' dari sepatutnya.

And since (selalunya) kami memang sejak dari pagi dah berada di Kuwait City (kelas karate) so biasanya kami akan pilih untuk ke Sultan Center sahaja.

Tapi kali ni Ibu bukan nak cerita pasal Sultan Center.. tapi nak cerita pasal pasar ikan Souk Sharq yang kedudukannya hanya bersebelahan dengan Sultan Center.


Petang-petang biasanya ramai jugak locals yang akan dok melepak kat sini. Sambil layan anak main basikal or anything yang sesuai.. ada jugak yang ambik kesempatan berkelah. Tapi setakat atas bangku-bangku comel tu sajalah.



Kawasan bot-bot orang kaya Kuwaiti berlaboh..

Sultan Center, Souk Sharq..



Seperti kebiasaan mana-mana negara Gulf, waktu dzohor hingga asar adalah waktu rehat bagi kebanyakan pekerja. Waktu ni la dia orang nak break for lunch.. and jugak untuk solat.

And as seen above.. pemandangan biasa. Mujur jugak cuaca tak berapa panas. Masa Ibu snap pic ni.. masih berangin. Tapi tunggu jer la bila masuk bulan 5 nanti. Rasanya tak ada yang berani or sanggup nak berkelah macam ni bawah pokok tu. Rasa nak terbakar ubun-ubun kepala.


Beginilah keadaannya kalau datang ke pasar jam 2.00 petang. Parking pun kira senang la jugak. Tapi kalau datang jam 3.00 petang.. memang selalunya kami kena pusing-pusing sekali dua jugak. Sebab.. time ni la ikan baru naik.

And time ni jugak biasanya ramailah geng-geng India, Bangladesh akan berkerumun ke pasar ni. Sebabnya.. dia orang ni biasanya akan beli dalam kuantiti yang banyak. Tak main la ikan-ikan yang macam dalam gambar ni.


Nak cari telur ikan.. tapi semua yang jumpa tak berkenan..

Ada ikan-ikan yang dah mula dilonggok dalam bakul..


Pak Sheikh dah mula ronda-ronda..

Ini bukan Minah-minah Arab..
Mokcik Kuwaiti mana nak mencemar duli turun pasar babe..

Di kawasan ni biasanya akan berlangsung 'jual-beli' dalam kuantiti yang banyak. May it be from the locals or not. Even ada jugak fishmongers yang akan direct ambik stok dari sini.

Memang gamat.. memang meriah.
Rasa macam dah kat building bursa saham la pulak. Satu building jadi berdengung. Hiruk pikuk dengan tawar-menawar.

Tak pelik kalau tengok peniaga kecil-kecilan pun sama kecoh di sini. Tapi for golongan India, Bangladesh.. and ada jugak dari kaum Pinoy pun sama akan turun padang. Mereka biasanya akan hantar wakil which later lepas selesai urusan jual beli dia orang akan pakat-pakat bayar pukul rata.

Ada jugak pernah terfikir nak 'tong-tong' dengan geng Malaysia beli yang hat dalam bakul.. tapi.. setakat ni.. tak ada la pulak yang sudi. So.. masing-masing pakat beli ikut keperluan masing-masing sahajalah.

Our regular fishmonger.. 

Salmon (Finland)
- edited - Cik Asben kata.. ini salmon Norway -

Salmon (Lubnan)

Can you spot the different?


Di sini pulak kira macam office untuk pasar ikan ni la. Kira bersih jugak sebenarnya pasar ni. Tho' pasar basah.. tapi jarang kami tengok pasar ni 'basah'. Ntah la.. dah dia orang ni biasa macam tu. Kejap-kejap mop lantai.. kejap-kejap mop lantai.


Ada yang sanggup tak?
Tapi ini sebenarnya kecik jer kalau nak dikirakan. Sebab biasanya kalau kami sampai sini jam 3.00 petang tu.. yang besar dari ni pun banyak.

Kut pada kita 'mak aihhh.. besarnya'.. Pak Sheikh sini selamber jer beli. Then suruh fishmonger tu buang kulit.. ambik fillet saja.. settle.

Ketam pun dah kurus..


Di mana ada pasar.. sure ada kucing..



Ada jugak yang mencuba nasib di luar pasar.. rasa-rasa penat 'takda hasil'.. pi jer la beli kat pasar (agak nyer la).

Ini sebenarnya pemandangan biasa. Tepi pantai Souk Sharq ni memang salah satu port memancing bagi kaki pancing area Kuwait City. Kalau during winter.. macam pesta la jugak kat sini.

Dengan yang berkelah.. dengan yang bawak anak-anak beriadah ke sini. Tapi kami setakat ni tak pernah lagi 'dapat rezeki' setiap kali memancing kat sini. Mata kail asyik tersangkut kat batu-batu yang banyak kat tepi tu jer.

Ada jugak nyonya yang tengah menembak kat sini..

And inilah rupa pintu utama untuk masuk ke pasar ikan Souk Sharq.
 
Mini garden menyambut kedatangan kami..

Walaupun sesibuk mana.. masih sempat menunaikan tanggung jawab.

Setakat ni, cuaca masih lagi sesedap rasa. Tho' matahari terik tapi keadaan masih lagi berangin. Thus, dengan keadaan yang macam ni.. ramai sebenarnya yang melepak kat kawasan ni masa Ibu snap pic. Tapi takkan la pulak nak hala ke dia orang kan.

Ada yang tengah sembang-sembang.. ada yang tengah tidur. And since kawasan ni dekat dengan pintu masuk 'tengah' ke pasar ikan so dengan air-corn yang ada la jugak rasa sipi-sipi.. memang sedap sangat layan diri kat area ni.

Tunggu saja pulak during summer. Insya'Allah.. lain pulak pemandangannya di sini. Hampir setiap pokok kurma yang berderet depan building ni akan mula mengeluarkan hasil.

And satu pemandangan biasa kalau ternampak setiap pelepah kurma akan ada 'sarung' yang berisi buah kurma. Masya'Allah.. such a wonderful sight if I may say.

And rasanya ada la yang akan ditugaskan khas menjaga hasil kurma tu nanti. Sampai rezeki kita cerita pulak bout buah kurma di tanah Pasir Berdengung ni.

Ilal liqa' and have a wonderful weekend friend..

11 comments:

  1. saya rasa Ibu Sham pernah mention dalam entry dulu-dulu yang pasar-pasar diorang ni selalu kering sebab perempuan Arab kan selalu pakai jubah labuh, so diorang tak nak jubah-jubah tu kotor.

    unik jugak, pergi pasar petang-petang..kita kat sini kalau pukul dua baru nak pergi dapat sisik jlah.

    ReplyDelete
  2. kalaulah pasar diMalaysia tak basah dan lecak..

    ReplyDelete
  3. Dik Salbiah,
    Ikan di pasar ni akan naik 2 kali sehari.
    - 9 am
    - 3 pm

    So.. ikut mana-mana yg selesa.

    ReplyDelete
  4. W'pun pasar di M'sia basah & lecak.. saya harung jugak.

    Geram tengok macam-macam boleh jumpa/beli kat sana.

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee pasal 'mencemar duli' tu sy konpius la sikit., bukanke mak mak Arab dilarang/diharam keluar ke pasar, memandu kete dsb? hrmmm ;p

    pst. nice photos keep it up

    ReplyDelete
  6. Tiga lalat,
    Larangan ke pasar, driving tu actually only applied in certain areas in Saudi Arabia.

    Unlike so.. Mokcik Kuwaiti lebih liberal.. boleh drive, boleh pi morning coffee.. tea-break suka-suki.. boleh bekerja.. boleh buat apa saja tho' tanpa escort.

    Btw.. thanks for the compliments.

    ReplyDelete
  7. teelur ikan apa tu sham.panjang2 acik nampak..acik pun suka beli telur ikan..sebab telur ikan tak banyak..acik kena pi kol 7 pagi..baru dapat beli telur ikan

    ReplyDelete
  8. Iyo eh Acik,
    Panjang-panjang..
    Dah Sham pun tak tau tolo ikan apo.. tak koso la nak memboli.
    Tapi tu la.. tak jumpo pulak tolo ikan paghang ko.. ikan tenggiri ko.. yang tu memang sodap.

    ReplyDelete
  9. cantik plak raga ikan dia tu...salmon findland lgi segar warnanya ye....

    ReplyDelete
  10. Betul Kopiolimauice,
    Salmon Finland lebih padat isinya & lebih sedap jika dibandingkan dengan salmon Lubnan.

    &&& lebih mahal.. adeihhh..

    ReplyDelete
  11. Bestnya kak sham... Betul2 segar ikannya tu. Paling tak thn tu, kering plak... Uuisshh.. Tapi, sekadar baca dr jauh ajelah...

    ReplyDelete