Thursday, April 16, 2015

Souk Maliya.. cerita bergambar..

Akhirnya..
Kedai gunting yang kami tuju bukak jugak semalam.
And sesampai di sana Uncle Mahmood or Abu Mahmood tengah bergunting (ke bercukur) dengan Popeye (si penggunting rambut). Suka kepalang masing-masing dapat jumpa Uncle Mahmood. Why.. ntah la..



Mujur jugak tak ramai customers semalam. So cepatlah jugak settle urusan menggunting rambut 3 kepala hero-hero Ibu.


Jangan buang masa..
Ada agenda lain lagi selepas ni..

Kalau ada yang perasan.. charge menggunting rambut di sini.. 2.5KD 1 kepala. Kecik-besar.. semua sama. Tapi dulu dengan Uncle (Auntie June) setakat kepala Arif ada diskaun. Dengan Popeye.. semua dia pukul sama harga.

Salon lain mungkin lagi mahal. Khabarnya ada yang cecah sampai minimum 4KD. Nak murah pun ada.. nus.. atau half KD. Tapi biasanya ini charge untuk kedai India la. Cuma anak-anak dah serik and setakat ni tak jumpa lagi kedai yang faham dengan kebiasaan anak-anak.

Maklum saja.. anak-anak Pak Sheikh di sini biasa rambut nipis and sedikit curl (typical Arabs).. so setakat 'rakam wahid' atau bercukur nombor 1.. khalass..


The best part..
Di sini tak ada ABC.. tapi cuma Halo-halo. Actually.. air batu kisar.. yang dicampur dengan segala jenis jelly and manisan as well as.. buah kabung. On top of that.. ada pulak nestum.. jagung.. isi kelapa.. keladi and last but not least.. ais kerim. Ikut la suka ati apa nak boh pun. Tapi my boys biasanya akan mintak perasa vanilla. And sebenarnya.. inilah yang mengikat hati kami ke sini. ABC.. kalau nak.. buat sendiri. Tapi dah anak-anak membesar dengan 'halo-halo' so bila disogok dengan ABC.. macam rasa lain la pulak.


Kami yang dah biasa ni.. setakat semangkuk halo-halo.. insya'Allah memang boleh kenyang (kenyang air la) tapi pada yang baru.. mungkin kena share sebab portion halo-halo ni memang banyak. Berbaloi pulak dengan harganya.. semangkuk 1KD.

Sambil-sambil makan halo-halo.. tungggu turn bergunting.. biasanya Uncle Mahmood akan rajin melayan budak-budak ni. Dah macam anak-anak dia la pulak.


Dua kedai ni milik penuh Uncle Mahmood..

Berhijrah ke Kuwait sejak berumur 16 tahun lagi dan kini mampu mempunyai 6 buah kedai di serata Kuwait City.. Abu Mahmood dah boleh goyang kaki sambil kutip hasil. Anak-anak dia pun semua dah bujang.. anak dara.. so dengan anak-anak Ibu la pulak dia menumpang manja.



Tadah jer la telinga..
Abu Mahmood memang suka bercerita..

Cuma satu jer yang budak-budak ni tak tahan.. Abu Mahmood ni suka sangat mencium budak-budak ni. Actually its a way of showing their hospitality.. greetings and most of all.. their TLC. Bukan setakat dengan anak sendiri.. anak jiran.. anak kawan.. as long as 'anak-anak'. Tapi dengan Bujang Sulong.. laga-laga pipi la (dah bujang kan). Kira macam kita jugak.. cuma biasanya bila dia orang ni laga-laga pipi.. ada bunyi babe.




Sambil-sambil tu.. snap pics jugak. Tapi segan la jugak. Dengan bawak meriam.. beriya sangat la pulak. Sedang Ibu snap pics ni ada jugak aktiviti 'usha-usha' sedang berlangsung. Tapi tak gamak la pulak nak snap. Nanti tak pasal-pasal pulak kena menjawab.

Anyway.. lepas selesai urusan bergunting.. agenda kami seterusnya terjah Souk Safat.. souk segala jenis kain dan suku-sakat yang sewaktu dengannya pulak.


Kami ni jenis lagi suka menempah seluar sekolah luar musim or dalam kata lain.. blue ocean strategy.. malas nak menunggu turn.. dari memilih kain sampailah ke mengukur seluar. So.. bila dah reda-reda.. baru kami ziarah ke Souk Safat.

Kira Souk Safat ni kalau di Malaysia.. macam pi kedai kain area Jalan TAR la. Tapi bukan setakat kain saja.. macam-macam ada.

Ini pun ada hajat nak buat rombongan Cik Kiah ke sana. Insya'Allah ada rezeki kita share pulak cerita Souk Safat.



And seperti kebiasaannya.. dah sampai sini sure anak-anak akan mencari 2 benda ni.. burger and nachos. Kira setel la dinner dia orang untuk malam tu. Ibu and ayah.. balik rumah layan gulai ikan tenggiri dengan sawi jeruk and sambal bilis goreng pedas. Itu lagi kenyang pada kami.. setakat makan burger and nachos.. alahaiii..









Last sekali sempat jugak tembak sana.. tembak sini serba sikit. Tapi dari luar kedai jer la..


Bawah.. kedai kain..
Atas.. boleh terus tempah baju..
Btw.. nampak tak tu.. punyalah banyak Minah Arab tu tempah baju.. sampai kena bawak kadama nak mengangkut segala stok yang dia dah tempah. Actually ini pemandangan biasa di sini. Dah cara dia orang pun. Silap-silap.. itu untuk sorang punya tempahan. Orang kat sini dah terlebih duit sangat..



Lengang..
Try tengok time weekends..

And itulah pengakhiran cerita Ibu untuk kali ni. Ada rezeki kita share la apa-apa yang patut lagi.. insya'Allah.

Ilal liqa'..





10 comments:

  1. banyaknya kain org tu beli yer, utk saudara-mara dia kut...diaorg tak pulak masukkan kain2 tu dlm plastik...

    ReplyDelete
  2. Nani,
    Itu baju yang dah siap bertempah.
    Ada masa dah siap dry clean sekali.
    So balik terus gantung & boleh pakai.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sham..tu la yang seronok e acik baco ni..macam2 acik boleh tengok

    ReplyDelete
  4. Sesamo Acik.
    Sham ni tak pandai nak bercerito.. sikit-sikit share sambil tunjuk gambar..

    ReplyDelete
  5. Kak...the moment sey baco gulai tenggiri sawi joruk tu...pys...hilang terus pandangan kek halo2 tu. Adoih...epik la K. Sham ni..

    ReplyDelete
  6. style orang Arab kot suka cium budak-budak..huhuhu.

    sernok baca, rasa teringin nk melawat negara pasir berdengung ni..mesti seronok.

    ReplyDelete
  7. Gulai ikan tenggiri ngan sawi joruk tu memang lauk oghang kito.. kan kan Aziela.

    ReplyDelete
  8. Dik Salbiah,
    Kuwait ni biasa-biasa saja.
    Ikut la pada kesukaan masing-masing kan.
    Tapi kalau nak shopping.. tak ada apa pun kat sini.

    ReplyDelete