Thursday, April 23, 2015

TUO dah weiiii..

Cerita basi..

Sebenarnya banyak kali jugak cubaan untuk mengadu di sini terpaksa dikuburkan. Kalau ada pun yang terlepas.. kena pi kejar balik and dipadamkan. Semua gara-gara Ibu ada peminat tegar.

Tegar pi mengadu.. tegar pi ber-wassup.. tegar pi print-screen.. tegar segala yang tegar. In short macam ni jer la cerita.. cerita kita.. kita pulak nak kena filter.. nak kena cerita yang baik-baik sahaja.. ya'ni macam kita ni HATI PLASTIK.

Tapi elok jugak ada peminat tegar ni.. wowwww.. I femes la youuuu..

Segala perihal mengadu domba tu dah lama Ibu maafkan.. berlapang dada sajalah. Kita pun bukan sempurna sangat. Dari pusing kepala.. sakit hati.. AKU DAH MAAFKAN KO.. tapi yang lain-lain tu.. lu sendiri setel dengan DIA.

Why I said so..
Jika aib yang mendatang..
Jika malu yang ko beri..
Jika morally down akibatnya..
Aku pun manusia jugak babe..

Tapi lillahi'taala utang lu sama gue.. setel..

Banyak masa terfikir jugak.. buat apa aku ngadu kat sini.. DIA kan ada.. tapi dah namanya manusia. Waima kita tahu.. kita buat jugak. Mungkin dengan maksud kita nakkan perhatian.. kita nak shoulder to cry on.. kita nak 'mengadu'.

Cara masing-masing la kan..

Dan dengan faktor umur yang semakin meningkat.. macam Omak sey selalu cakap.. 'bilo kito dah makin tuo ni.. peil pun dah balik macam budak-budak'.. ya kut.

Whay I said so..
Ibu cepat sentap..
Ibu cepat terasa..
Ibu cepat tersinggung..
Ibu cepat.. ehh.. all three above.. sama la tu kan..

Kut dulu-dulu beratus ucapan.. sanah helwa Kak Sham.. selamat hari lahir Sham.. hepi b'day fren.. and mana yang miang-miang sikit tu.. happy birthday beautiful (kes terpencil) etc.. tahun ni Ibu ambik pendekatan.. tutup FB (actually lama jugak dah FB padam) and tengok siapa sebenarnya yang betul-betul ingat tarikh lahir Ibu.

Sedih wooooo.. thus far..
Sorang terawal..
Sorang on-time..
Yang lain.. ???

So conclusion nye.. bila FB dah tutup akaun.. baru kita tau siapa sebenarnya yang betul-betul ingat kita sebagai kawan.. sebagai sahabat.. sebagai teman.. sebagai kakak.. sebagai adik.. sebagai whatever-la-kan..

Jangan pusing-pusing..
Nabi Muhammad wafat masa umur baginda 63 tahun. Meaning I still got 20 years to go.. tapi.. itu pun kalau sempat cecah umur tu.

Sementara tu.. betulkan hati.. luruskan niat.. benda remeh-temeh ni.. bertabahlah wahai hati..

Walaupun hakikatnya sakit untuk ditelan.. yakinlah Allah itu takkan menguji hambanya yang Dia rasa kita tak mampu untuk menerimanya. Still saying is much easier than taking action. And for that reason kita kena selalu muhasabah diri.. mudah-mudahan Dia permudahkan urusan kita.. insya'Allah.

And for that reason too.. la ni Ibu cuba banyakan duduk-duduk dengan orang yang baik-baik.. or at least sembang-sembang dengan those yang mulutnya selalu 'free from gossip'. Maybe you should try too.. mungkin boleh bagi tenang sikit mana-mana yang 'kacau'..

Knowing myself yang jahil ilmu akhirat ini.. kita ambik pendekatan.. kita berkawanlah dengan si penjual minyak wangi.. mudah-mudahan tempias wangi tu sampai jugak ke kita.

Sebenarnya.. macam kata sorang adik ni.. kita tak perlu tunggu 'that time' untuk berubah.. every single second is a turning point in our life.. cuma kita jer yang nak atau pun tak nak..

Ikhlas..

Kalau dengan Ibu meroyan ni ada yang terasa.. bagus la. Kalau selama ni jadi macai atau yang sekapal dengan emojies tanduk dua tu.. cukup-cukup la tu. Perbetulkan diri tu balik. Hutang dengan Dia mungkin kita boleh mintak maaf.. tapi kalau dengan sesama manusia.. kut dapat yang hati kering tu.. berjawab la nanti.

Sementara tu.. Ibu berleter ni.. bukan setakat nak bagi peringat pada yang membaca.. lebih dari tu.. ingatan untuk diri sendiri jugak.

Sambut hari lahir bukan setakat dapat ucapan dan doa dari yang mengenali kita.. bukan sekadar pi candle-light-dinner.. bukan setakat bukak kotak yang cantik berbalut dengan segala reben selepuk tu.. much more to it.. kubur dah kata 'mai-mai'..

Assalamualaikum..


13 comments:

  1. samo la kito sham..tahun ni pun acik tutup kat fb tu..dah tuo..bak kato oamk sham..dah jadi budak balik kan..
    anak2 ngan kawan2 rapat acik memang masih ingat..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. hppy bzday ibuuuu ^___^ moga diberi kesihatan yg lebih baikkkk

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Ari ni baru la semasing mulo wassup, message segalo.
    Telajak pun.. alhamdulillah.
    Ado yo yg ingat laei kek Sham ni ha.

    ReplyDelete
  4. Tima kasih bang.
    Kek bday terbang takde ke bang?

    ReplyDelete
  5. Tima kasih dik..
    Ameennnn.. ya rabb..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....dah reach another level. Happy birthday k. Sham. Semoga diberkati Allah dengan.yang baik2 belaka.

    Saya dah sangat lama tutup fb. Saya tak boleh tahan. Boleh mendatangkan penyakit hati. And saya dah cukup berbahagia kalau hubby dan anak ingat birthday saya. Saya cuma takut bila kubur dah ditimbus, saya pun akan hilang dari ingatan mereka. Mana lagi saya nak mengemis kasih mereka waktu tu? Eh...saya.pula yg meroyan. Sorry kak...hehehe

    ReplyDelete
  7. Ameennnn..
    T.kasih Aziela.
    Semoga tidak terputus amal dan hubungan kita setelah meninggal dunia selagi masih ada 3 perkara ni.
    - Sedekah jariyah
    - Ilmu yang bermenafaat
    - Doa anak yang soleh

    ReplyDelete
  8. Salam jumat.,hepi besday cik kak 3 bujang itu ;p

    ReplyDelete
  9. Happy belated birtday.
    Tak apa... itu semua buat muhasabah diri. Yang penting kita ingat ialah sebaik-baik umur baik panjang atau pendek ialah kita manfaatkan umur kita untuk berbuat kebaikan.

    ReplyDelete
  10. Alaikumussalam..
    T.kasih 3 lalat..


    T.kasih Amie.
    Insya'Allah wa bi'iznillah.

    ReplyDelete
  11. owh , sama je level kita ni ... hari lahir adalah peringatan kematian buat kita sebenarnya ...

    ReplyDelete