Sunday, May 31, 2015

Rezeki di tapak tangan..


Setiap hari Jumaat.. seboleh-bolehnya memang masjid inilah yang kami tuju. Antara sebab.. lepas tu senang nak pi Co-op beli groceries. Tapi yang paling mustahak sebab.. muazin di sini.. orang Malaysia.. Ustaz Muhammad. Jadi paling kurang.. boleh jugak jumpa di sini sambil-sambil bertanya khabar.


Tapi memang dah nak jadi rezeki. Masa nak parking tu.. dekat sangat la pulak dengan pokok kurma nan sebatang ni. Punyalah rendang. Punyalah rendah. And since baru azan pertama.. sempat la nak ambik gambar serba sikit ni.

Montel-montel gak hasil dari pokok ni..


Memang ni la yang dikata.. rezeki ditapak tangan..


Cuma keadaan buah kurma tu ada la sikit bekas dari air hujan + pasir yang turun 2-3 hari lepas. Di sini kut hujan.. memang standard la jadi macam ni. Dah nama pun tanah Pasir Berdengung.

Keliling pokok.. semua dok gayut macam ni..

Suatu pemandangan biasa..



Then its time for lunch pulak.
Mencari something yang similar pada 'tekak Melayu".. ayam goreng kicap.. daging goreng kicap. Cukup la yang simple-simple sahaja. Kut complicated sangat nanti.. anak-anak tak puas pulak makan.




And sebagai pelengkap..
Tomyam udang.. telur dadar and a must.. cili potong. Tak tergigit cili.. tak sah rasanya. Btw.. cili tu pun kami terpaksa mintak extra. Maklum sahaja.. tho' restoran Siam.. yet dia orang ni dah biasa dengan lidah segala Pok Sheikh tu. Yang sedang-sedang saja..



The everything dalam pinggan si Bujang Sulong..

Teh'o panas untuk Ibu..


Pada sesiapa yang jalan-jalan ke Kuwait City dan ingin mencari 'budget food'.. cepat plus.. if 'no vege please'.. boleh saja singgah di sini. And untuk kami 5 beranak.. these meal complete with drinks cuma 11.00++KD. Kira okey sangat la tu.

Happy weekend friends..

Friday, May 29, 2015

Iran Souk - ai is disappointed..

Siang malam.. panas dah sama taraf.

Kut nak selamat.. pi jer la jalan-jalan dalam mall. Other that that.. bersedialah untuk mengeluarkan sisa-sisa toxin dari semua ruang atau celah roma.

Serious babe.. memang tak sanggup babe. Tapi dah terpaksa punya pasal.. Souk Iran kami gagahkan jugak.

Last datang sini.. adalah setahun or ke dah dua tahun yang lepas. Lama jugaklah dah tak berziarah ke sini. Bukan ada nak cari apa pun. Tapi ini sebab kes nak lari dari panas.. so kunun-kununnya setakat beza seKD-dua tu.. redha jer la.

Perlu ke?
Tak perlu..

Nehi.. nehi..

Sejibik macam yang kat Turki..

Prefer the original design..
Btw.. ini botol minyak wangi..

Tak kut..






Rasa dah macam kat Nilai 3 jer la pulak..

Definitely not..

Mungkin tidak..

Tak kena-mengena langsung..

Tak payah nak cari pasal..



Lampu raya Pok Sheikh..

Suku sakat Shaun the ship..

Hujung bulan dah ni tapi still sepi..


At last Friday market jugak kami tuju. Semua gara-gara hat yang kami berkenan tu harganya sangatlah luar biasa. Double the normal price babe.. tak mampu la kami..

Lantas kali ini dengan sedikit kekuatan yang masih berbaki (sebab pi lepas maghrib).. sempat la merewang ke tempat lain. At last jumpa dengan benda berjuntai-juntai ni. But as I said.. panas ni babe.. maka kami segerakan ke tempat yang sepatutnya. And akhirnya..


Pencarian kami berakhir di sini and less than 20 minutes.. Kuwait Dinar bertukar tangan. Warna biru laut jadi pilihan si Bujang Sulong and harapnya jangan ada yang huk-hek-huk-hek for the next at least 4-5 years. Itu pun kut masih panjang lagi jodoh kami di sini.

As for Iran Souk.. assalamualaikum..

Thursday, May 28, 2015

Money.. money.. money..

Dah boleh la mula berangan nak makan itu.. nak makan ini..

Macam kata si Cinonet : Ibuuuu.. Arif rasa dah rindu sangat nak makan makanan Malaysia.
(ayat skima abis tu babe)
- abis tu yang Ibu masak tiap hari tu apa?

At the same time masing-masing mula la korek.. goncang tabung. Reason.. nak pi tukar duit Malaysia. Masing-masing nak belanja guna duit sendiri. Ibu offer direct saving ke akaun pun tak layan. Semua pakat nak berurus niaga sendiri.

Suka ati ko la nak oiii..

Di sini kalau nak pi tukar duit.. lokasi pilihan.. biasanya Souk Mubarakiyah la. Berderet money changer. Suka-suki jer masing-masing tayang duit segala jenis duit. Macam tak ada value jer la pulak.


- Ini gambar back in year 2010.. masa bawak Omak and Ayah pi jalan-jalan kat Souk Mubarakiyah. Dalam hati terfikir jugak.. tak takut kena rompak ke dia orang ni? Tapi memang sepanjang lorong ni.. memang pemandangan biasa jer ni. Pilih jer la mana-mana money changer yang berkenan di hati.

Sementara tu Ibu nak share la rupa duit Pok Sheikh ni. Baru jer tukar kaler.. tukar design last year. Still.. speaking of which.. Ibu prefer lagi duit lama.. lebih lembut.. saiz pun kecik sikit. Ni mujur masih muat purse. Setakat isi 1-2KD.. tak berbaloi la nak tukar purse baru.

And since hari ni baru dapat duit pasar (duit keras-keras lagi kan).. boleh la tayang-tayang sikit rupa duit Pok Sheikh ni.


20KD.. the biggest notes
Besar gak notes ni.. mujur muat lagi purse..


10KD
Okey la.. sedang-sedang elok..


5KD..
I'm always in love with purple..


1KD..
1 hengget la kiranya..


Half KD.. or yang biasa orang sebut nus dinar..


 Rubuq dinar or quarter..


The coins..
100 fils
50fils
20 fils
10fils
5fils

Once somebody told me.. tho' only 5fils..
himpun-himpun..