Sunday, May 31, 2015

Rezeki di tapak tangan..


Setiap hari Jumaat.. seboleh-bolehnya memang masjid inilah yang kami tuju. Antara sebab.. lepas tu senang nak pi Co-op beli groceries. Tapi yang paling mustahak sebab.. muazin di sini.. orang Malaysia.. Ustaz Muhammad. Jadi paling kurang.. boleh jugak jumpa di sini sambil-sambil bertanya khabar.


Tapi memang dah nak jadi rezeki. Masa nak parking tu.. dekat sangat la pulak dengan pokok kurma nan sebatang ni. Punyalah rendang. Punyalah rendah. And since baru azan pertama.. sempat la nak ambik gambar serba sikit ni.

Montel-montel gak hasil dari pokok ni..


Memang ni la yang dikata.. rezeki ditapak tangan..


Cuma keadaan buah kurma tu ada la sikit bekas dari air hujan + pasir yang turun 2-3 hari lepas. Di sini kut hujan.. memang standard la jadi macam ni. Dah nama pun tanah Pasir Berdengung.

Keliling pokok.. semua dok gayut macam ni..

Suatu pemandangan biasa..



Then its time for lunch pulak.
Mencari something yang similar pada 'tekak Melayu".. ayam goreng kicap.. daging goreng kicap. Cukup la yang simple-simple sahaja. Kut complicated sangat nanti.. anak-anak tak puas pulak makan.




And sebagai pelengkap..
Tomyam udang.. telur dadar and a must.. cili potong. Tak tergigit cili.. tak sah rasanya. Btw.. cili tu pun kami terpaksa mintak extra. Maklum sahaja.. tho' restoran Siam.. yet dia orang ni dah biasa dengan lidah segala Pok Sheikh tu. Yang sedang-sedang saja..



The everything dalam pinggan si Bujang Sulong..

Teh'o panas untuk Ibu..


Pada sesiapa yang jalan-jalan ke Kuwait City dan ingin mencari 'budget food'.. cepat plus.. if 'no vege please'.. boleh saja singgah di sini. And untuk kami 5 beranak.. these meal complete with drinks cuma 11.00++KD. Kira okey sangat la tu.

Happy weekend friends..

4 comments:

  1. Orang perempuan pun pergo.masjid masa.solat Jumaat yer kak? Wah, mesti meriah kan.

    ReplyDelete
  2. Aziela,
    Tak ramai mana sangat pun.
    Still.. ada la jugak.
    Especially masjid yang medium-nya English.

    ReplyDelete
  3. Restoren thai yang ada jual tomyan tu te sham

    ReplyDelete
  4. Iyo Acik.
    Restoran tu la yang jual tomyam tu.

    ReplyDelete