Thursday, May 7, 2015

Rezeki di hujung jari..

Cik Asben upgrade gadget few months back. Alhamdulillah.. rezeki. So.. kena rajin-rajin la sikit study.

So.. boleh bayangkan.. dengan langkah macam jantan.. sling-bag.. sport-shoes.. jubah. Awkward.. not really. Kat sini selamber jer Minah Arab pakai jubah dengan kasut sukan. Same goes with Pok Sheikh dengan distasya pi main snooker with sport-shoes and cap (siap pusing belakang lagi).

Not fesyenita.. like I care..

And semalam.. masa kat Co-op Qadsiya.. boleh pulak nampak pokok kurma kat depan masjid. Sederhana tinggi.. buah tak bersarung pulak tu. Intai-intai.. masya'Allah..

And mujur pakai flats.. kut ala-ala 2-3 inci atau 5 inci.. mana mungkin nak pi menyampaikan maksud. Tak pasal-pasal tumit kasut tenggelam dek tanah. Cuma untuk lebih sopan.. kita mintak Cik Asben teman tepi pokok. Ye la.. tho' ladies in Kuwait dah sedikit liberal.. lebih manis kalau ada yang meneman.


Walaupun dah bertahun dok sini.. tapi tiap kali Ibu tengok pokok ni.. rasa sayu.. rasa hiba.. rasa kagum. No better word can explain my feelings.




Don't worry. Sebijik kurma pun Ibu tak petik. Biarlah masak cukup haul dengan sebaik-baik kejadian. Cukup masa.. ada rezeki.. insya'Allah.



Dah berat sangat sampai kena ikat.. support ke pelepah yang lain.

Sebenarnya depan masjid di Co-op Qadsiya ni ada jugak tanaman lain yang ditanam.. such as tembikai and maybe jugak buah labu. Looking at the shape of the leaves.. ye la kut. Tapi tak dapat la pulak Ibu dapat ambik gambar sebab orang dah mula keluar dari masjid.

And Ibu rasa itu mungkin hasil dari tanaman si Harris.. penjaga masjid.

Actually.. masa aktiviti menembak ni berlangsung.. ada jugak Pok Sheikh lalu lalang dok sengeh-sengeh tengok Ibu. Tapi setakat tengok jer la. Kita bukan buat tak senonoh pun. Abis banyak pun dia mungkin akan tanya.. where are you from? Atau.. are you muslim?

Khalass..

14 comments:

  1. Salam .Hee rasanya berapa lama lg buah kurma ni nak masak ranum ye mak? ;p

    ReplyDelete
  2. Alaikumussalam,
    Menjelang nak posa ni.. boleh la mula kutip hasil.

    ReplyDelete
  3. bestnyer dapat pegang2 buah kurma muda tuh

    ReplyDelete
  4. Banyak buahnya sham..yang hijau lagi ni acik tak pernah tengok.kalau yang warna merah dan kuning tu pernah jugak

    ReplyDelete
  5. Subhanallah....bergugus2 kak. Begitulah kalau Allah limpahkan rezeki pada kita...

    ReplyDelete
  6. Mila,
    Bukan selalu dapat peluang macam ni sebab most of the time.. jumpa pokok kurma yang tinggi-tinggi jer..

    ReplyDelete
  7. Acik,
    Tu yang best ehh..
    Yang dah masak tu.. kek pasar pun buleh jumpo.

    ReplyDelete
  8. Aziela,
    Mudah-mudahan sompek masak sumo buah kurma tu.

    ReplyDelete
  9. bestnya..pokok tu rendah shj tapi buahnya lebat..

    ReplyDelete
  10. Nani,
    Macam-macam pesen boleh jumpa kat sini. Yang lagi rendah pun ada.. tapi biasa jumpa kat area depan rumah Pok Sheikh la.

    ReplyDelete
  11. boleh ambil macam tu je ke kak Sham?ke kena mintak kebenaran pihak masjid?

    ReplyDelete
  12. Ntah la. Tak pasti pulak Salbiah.. sebab tak penah lagi buat macam tu.

    Selama ni pun, kita orang beli jer kat pasar kalau terasa nak makan.

    ReplyDelete
  13. lebat buah nye kang klu dh masak akk dtg la balik masjid ni ;)

    ReplyDelete
  14. Dik Kopiolimauice,
    Ulang pi masjid tu boleh jer.. tapi segan la kut setakat nak petik buah kurma tu jer.

    ReplyDelete