Tuesday, May 26, 2015

Yang baik kita share.. yang tak baik.. kita telan..

Yang baik kita share.. yang  tak baik.. kita telan..
Dan itulah yang selalu dipasak ke telinga ni. Hidup merantau.. jauh dari keluarga.. bertuah la badan kalau dapat kawan yang sering mengingatkan kita kalau ada salah.. ada silap yang dah kita perbuat.

Kawan yang sorang ni jugak la yang biasa jadi kawan rujuk bila otak jadi tepu.. jadi beku tak tahu apa nak masak. Kut pagi-pagi tu mula la henfon masing-masing dok bunyi. Soalan biasa..

Sarapan apa?
Lunch nak masak apa?
Malam ni masak lagi ke?

I'm sure gonna miss our chat..

Adat merantau jugak..
Semuanya sementara sahaja. Sampai masa balik kampung tanam jagung jugak nanti.

Yang membezakan.. cuma cepat atau lambat.

And kawan yang seorang ni.. alhamdulillah. Sebelum cecah 45' dah dapat panggilan balik kampung. Kurang dari 2 bulan.. semua nak diselesaikan. Dari menguruskan persekolahan anak-anak sampailah ke bab nak mengangkut reta yang di sini.

Mula-mula tu khabarnya nak let go semua. Tapi bila si Pak Suami dah offer kontena.. apa lagi.. pucuk dicita.. kalau boleh semua nak angkut bawak balik.

Ye la.. walau tak lama mana pun dok menumpang di sini.. sikit banyak.. sure ada jugak yang sempat dikumpol.

Sampai turn Ibu nanti.. cemana la ya..

Keluarga besar..

Bila jumpa gadoh.. tak jumpa.. rindu..


Dan dalam berkemas-kemas barang.. mulalah.. itu pass sana.. ini pass ke orang ni. And rezeki Ibu.. since kawan yang sorang ni tau Ibu selalu masak itu ini.. so stok makanan ada la serba sikit berpindah rumah. Petai.. ikan sembilang salai.. tempoyak.. bunga kantan.. kira semua yang 'rare' tu. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak.

Thus.. pagi ni Ibu kongsikan gambar mihun sup yang lengkap dengan fishball and tauhu keping. Kenyang tersandarlah dengan semangkuk penuh macam tu.

Harta bertukar tangan..
Rezeki Allah mana lagi yang kita pertikaikan.

P/s;
Menangis di dalam hati.. siapa yang tahu.. 

2 comments:

  1. acik rasa kalau sampai giliran sham nanti..satu kontena tak cukup kot sham..

    ReplyDelete
  2. Ontah la Acik.
    Tu sobab laki Sham slalu posan.. jgn nak boli macam-macam.. sok nak balik kut poning nak mikir ngangkut barang..

    ReplyDelete