Saturday, June 27, 2015

Kerana kau akan ku tinggalkan..

Selang beberapa jam sebelum majlis iftar di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, kami dikejutkan dengan berita letupan bom di sini.

Tapi.. alhamdulillah.. tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat. Tapi khabarnya ada jugak yang cedera bahkan maut dalam kejadian tersebut.

Dan disebabkan embassy Malaysia berjiran dengan embassy Iran.. cuak la jugak. Khabarnya.. ini semua angkara dari puak pelampau Syiah. Betul ke tidak.. wallahu'alam.

Jugak.. disebabkan dari kemalangan tersebut.. majlis iftar petang semalam.. awal tu.. macam sepi la jugak. Tapi alhamdulillah. By azan maghrib.. ramai jugak yang muncul.

Cuma since majlis ni anjuran pihak Kedutaan Besar, dah tentulah yang terlibat dengan masak-masak and segala A-Z tu staf Kedutaan yang menguruskan kan kan.

Tak cukup kaki tangan.. angkut pulak adik-adik students.

Jom kita cerita sambil tengok gambar.


Dalam dapur ni la kami merempit menyiapkan juadah iftar petang semalam. Allhamdulillah.. semua siap on time.


I'm sure gonna miss this moment..
Walaupun semua yang sibuk dan buat-buat sibuk ni anak orang.. tapi bila masing-masing dah pakat panggil IBU tu.. sayu jugak la hati.


Semua sibuk dengan tugas masing-masing. Sekali suruh sahaja.. sampai selesai.. sampai ke bab cuci periuk belangan.. mafi mushkilah.


Cara masak yang paling stylo Ibu pernah tengok. Even kat group.. gambar ni jugak la yang jadi bahan kami usik-mengusik.


Birthday boy yang kena dera. Tapi okey jer.. setakat goreng sayur.. mudah-mudahan ketat melekat segala yang diajar.. boleh la kalau nak try masak sendiri 'sikit-sikit' lepas ni..


Standard la kalau dah banyak tangan tu.. macam-macam rupa pun ada. Tapi apa nak risau.. staf Kedutaan siap standby sentiasa. Lepas kami selesai saja masak-masak.. tau-tau dapur pun dah settle.


Kita masak.. agak-agak jer.. especially bulan puasa ni. Yang si tukang masak memang la boleh testing tapi setakat hujung lidah jer. Tapi.. mana nak sama kan.


Mana-mana adik students yang tak terlibat dengan masak-masak ambik tugas menyediakan ruang iftar pulak.


Kesihan anak Ibu..
Ibu sibuk kat dapur so.. terpaksa la layan diri. Abang-abang yang biasanya melayan dia orang ni pun sama sibuk.. so harap maklum jer la.



Food spread.. ini cuma satu meja. Meja untuk pemanis mulut tak sempat nak posing.. actually Ibu yang tak sempat nak snap pics. Busy ntah yang haper-haper.

Semua dengan khusyuk mengadap rezeki..

Rezeki babe.. tak cukup makan di Kedutaan.. boleh pulak tapau untuk sahur.


And bila semua dah kenyang.. sampailah masa untuk masing-masing layan diri. Tak kira kecik besar.. time ni la masing-masing nak 'quality time'.

 And akhir sekali..
Bersama Tuan Rumah..

2 comments:

  1. Seronoknya boleh berbuka puasa bersama-sama. Nampak keakraban saat memasak dan saat menyiapkan makanan untuk berbuka tu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Nila,
    Pandai adik-adik kita bawak diri.
    Harap nanti bila dah kawin.. tak ada yang segan nak masuk dapur.

    ReplyDelete